Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, March 16, 2012

Projek Kek ke-4: Kek Mentega Kukus

Now ni tengah menunggu Kek Pisang Kukus atas dapur.. tapi tengoklah.. hihi dah ada plan projek kek kukus seterusnya.. projek kek kukus ke-4 : Kek Mentega Kukus.. resepi ni aku amik dari blog sue-hasue.. kat sane macam2 resepi kek ada.. sume nye sedap2 kata mereka yang dah mencuba.. korang klik SINI kalo nak ke sana k..


Inilah rupa kek hasil tangan cik sue-hasue.. gebusnye kan..

Jom kita wat kek..

Bahan-bahan ( Tin 8 inchi diameter )

* 4 biji Telur
* 125g Gula Kastor
* 1/2 sb Ovalet
* 190g Tepung Superfine
* 220g Butter
* 2 sb Susu Pekat
* 1 st Esen Vanilla

Cara-cara

1. Pukul telur, gula & ovalet sehingga kembang & pekat. Masukkan tepung yg di ayak sedikit2 sehingga sebati.
2. Di bekas berasingan, pukul mentega & susu pekat sehingga kembang. Masukkan esen vanilla.
3. Satukan kedua2 adunan sehingga sebati.
4. Lapik kertas & minyakkan tin kek. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Api yg terlalu kuat akan menyebabkan permukaan kek merekah. Pastikan air betul2 menggelegak sebelum mengukus.

No comments:

Iklan