Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, March 30, 2011

Poco-Poco Haram!

pic: pakarhowto

Itulah yang dinyatakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.. Menurutnya Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan bahawa tarian poco-poco adalah HARAM..

Kenapa??

Katanya sebab ada unsur-unsur kepercayaan agama Kristian selain pemujaan roh.. jadi haram bagi orang Islam mengamalkannya.

So sekarang makcik2 ngan kakak2 poco2 kat area umah mak aku tu carilah step lain kalo nak bersenamrobik macam selalu.. dulu dah ada orang kata tak boleh.. tapi tak caye..

Ini adalah perkara yang dilarang oleh hukum syara' kerana menyerupai mereka disebut oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dengan sabda Baginda:

Maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripada golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

Menyerupai mereka dari sudut penampilan zahiriah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu al-Qaiyim al-Jawziyyah merupakan satu jalan ke arah menyerupai mereka dari segi maksud dan perbuatan. Ia juga sebenarnya timbul atas dasar suka dan menganggap ianya adalah satu perkara yang baik. Apabila seseorang itu menganggapnya satu kebaikan maka cenderunglah dirinya untuk melakukannya. Apabila dia sudah melakukannya buat pertama kali nescaya akan diulanginya untuk kali kedua dan seterusnya sehingga menjadi adat atau kebiasaan kepada dirinya. Dengan itu akan lenyaplah nilai-nilai Islam di dalam dirinya itu.

Dari itu perbuatan menyerupai orang-orang kafir itu adalah sangat ditegah sekalipun tanpa tujuan meniru perbuatan mereka itu, demi menjaga iman dan aqidah umat Islam daripada terjebak ke arah perkara yang membawa kufur.

rujukan: hmetro & pakarhowto

10 comments:

Siti Noor Aminah said...

buat je normal aerobik tu.

atieaizam said...

@-GC-: tu yg sebaiknye.. :)

fazilah Rahman said...

hahhaha..poco2 kat sinki sambil basuh pinggan jew...

munna said...

selalu tgk video poco poco tu tapi munna tak pernah pun berpoco2..lepas ni tak nak tgk dah

Wanzi said...

memang betul... memang dari dulu lagi tak setuju... sebab tak sesuai dengan budaya kita....

Lydia Miza said...

tak pernah poco2...dan tak tau pun step dia camner..cuma aerobik je dulu sblm peknen..kalau dah x boleh dan haram jgn lah buat..dosa je kan?

kindergartenlibrary said...

Tapi , poco2 best ~

atieaizam said...

@munna: penah gak nak belajar.. tpi ntah malas la pulak hiehe..

atieaizam said...

@Wanzi: yang tak sesuai tu lah yang dorang suka buat..

atieaizam said...

@LM: sah2 dah haram kan hehe.. takmo2..

Iklan