Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Sunday, March 27, 2011

Alahai Anak Omak..

Satu ketika di rumah mak..

"mira, jom kita balik.." aku ajak anak aku balik umah..

"tak nak.. ada atuk kat depan tu".. mira seolah takut..

"nape? atok tak marah lah.." aku pujuk mira..

anak aku tu sebenarnya takut atok dia marah sebab dia pi bawak remote astro balik.. hehe.. sabar jer lah.. udah ler atok ngan opah dia tak reti nak menekan decoder ikut manual.. jenuh la atok ngan opah layan kartun sampai esok pagi hahaha!!! aku dok pikir, macamana nak ayat mira nih..

"mira! atok dah takde kat situ".. aku cepat bagitau anak aku.. padahal atok dia masih dok lagi kat sofa tu hehe..

"atok gi maner?" tanye mira kat aku..

"atok masuk bilik air.. cepat lah!" aku cakap sambil tarik tangan mira keluar..

"opah ader.."mira still takmo keluar..

alahai..opah pulak dah..

"opah tak marah lah! cepat lah.. mama nak balik dah ni.." aku tinggi kan suara sikit.. tapi sikit pun anak aku tak menguit dari tempat dia..

"haaa.. jom jom jom.. opah pun dah takde, cepat lah" aku desak lagi..

"opah gi mane?" ishhh.. banyak pulak soal jawab anak aku nih.. secara spontan keluar idea nih..

"opah pegi bilik air, cepat la.." aku dah bosan memujuk..

mira cepat2 bangun.. pastu dia pandang aku..

"mama.. atok ngan opah kencing sama-sama ke?"

"erkkkk..." aku terlopong kejap.. adik aku dok tergelak2 bagai nak rak tengok muka terkejut aku.. sebenarnya dia pun terkejut bila mira tanye soklan macam tu kat aku..

adoiiiii,, macamana ler dia leh pikir yang tu pulak.. aishhhhh.. sedangkan alasan2 aku bagi tu just nak bagitau yang atok ngan opah dia dah pergi tempat lain.. yang aku pun mcm ler takde alasan lain yang nak bagi.. sesak napas aku kejap.. terpaksalah aku explen yang atok dia masuk bilik.. tidor.. opah jer yang masuk bilik air.. sengal aku kejap.. len kali aku kena berhati2 bila bercakap.. mira oh mira..

7 comments:

Shira said...

hihii ;) itu yg saya takuti untk menjadi guru prasekolah :)

nerz mimi said...

budak sekarang da makin bijak bertanya....... hihi

putERi-kAtEk said...

hahahahha.....
kelakar... bijak bijak!!!!

atie aizam said...

@Shira: hikhik budak2 skrg sgt mengejutkan..

atie aizam said...

@nerz mimi: very the! kdg2 soalan tu buat ibu bapa tak mampu nak jawab..

atie aizam said...

@putERi-kAtEk: bijak ke situ sgt mengerunkan.. hehe

munna said...

budak2 skrg mmg panjang akalnya...kita nak terangkan pun kadang tak terjawab

Iklan