makan macamtu pun sodap :)
tengoklah sosnya.. terbaik!
Resepi Popia
Kulit popia secukupnya- aku guna segera punya
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar ayam cincang
3 sudu besar air
1 btg Carrot - parut panjang
1 btg timun - parut panjang (buang bahagian tengah timun)
1 mangkuk taugeh
1 sudu besar udang kering
Garam dan gula
Cara membuatnya:
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan masukkan udang kering, tumis hingga kekuningan sedikit.
- Masukkan ayam cincang dan sedikit air. Masak hingga ayam masak.
- Masukkan carrot dan timun yang dah diparut panjang. Masak dalam 5 minit.
- Masukkan taugeh, balik2kan sayur bagi sebati dalam 3 minit. Jangan lama sangat nanti taugeh layu.
- Masukkan garam dan secubit gula.
- Angkat dan tapis.
- Bila dah sejuk, gulungkan dan gamkan dengan bancuhan tepung gandum + air.
Resepi Sos Popia Special
Bahan A:
8 batang cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
(cili kering hendaklah di rebus, toskan dan di goreng. Bawang besar dan bawang putih juga di goreng hingga layu atau kekuningan, blend ketiga-tiganya)
Bahan B:
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula pasir
garam secukupnya
1/4 sudu tepung jagung
Cara Membuatnya:
- Campur Bahan A yang dah diblend dengan bahan-bahan B dalam kuali/periuk kecil.
- Masukkan 1/2 cawan air dan kacau sebati.
- Masak 5 minit.
- Masukkan tepung jagung yang dah dicairkan.
- Masak 5 minit dan sejukkan.
maaf, lambat update :)
7 comments:
fuyooo... terliur pulak mlm2 ni :)
klau kena dgn sos yg sesuai mmg sedap kn ^^
tak penah lg buat popia..selalu beli je.Ape resepi sos tu?
alooohh...cepat la update resepi sos!ptg ni nak buatt...
Sedapnyaa tgk popia tuh.. :)
SODAPNYE SIS .. POST UMAH KITE SIKIT .. HEHE .. MELELEH AIR LIOR NI HAAA ..
Tadi baru je buat kuih popia..tapi belum berpuas hati dgn hasilnya..tgh cari resepi baru..
Post a Comment