Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Thursday, August 16, 2012

Muruku Bijan

Wah dah berhari aku tak update sini.. biasalahkan.. dah dekat nak raya ni, banyak keje nak buat.. nak online pun tak sempat.. apa lagi nak ziarah kawan2 memang tak sempat.. selain bz menjahit, aku sekarang bz mengukis.. hihi.. wat biskut raya daa.. baru 2 jenis tapi bz mengalahkan PM hihi.. mana taknye.. buat keje dengan si kembar.. haruslah lambat siapnye kan.. so sehari sejenis jer lah.. 2 hari lepas aku buat Muruku..

Aku buat Muruku biasa & Muruku Bijan.. rangup dan sedap.. alhamdulillah.. resepinya aku reka2 sendiri lepas aku baca resepi2 dalam internet yang buatkan aku agak kompius sikit dengan bahan2nya.. so kawan2 yang nak mencuba. sila lah.. ada resepi kat bawah ni.. jangan risau.. pasti sedap dan rangup..

 acuan plastik ajer..

wangi.. goreng dengan daun kari sekali..

hasilnya 4 balang.. 
1 dah export ke kampung, 1 dah selesai di makan hihi


Resepi Muruku (1 adunan dapat 2  1/2 balang)

500gm tepung Muruku Baba's
250gm tepung beras
2 sudu marjerin
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jemuju
1 sudu besar bijan 
2 sudu serbuk cili
3 tangkai daun kari (racik halus)
garam & msg/gula

Cara membuatnya:
  1. Campurkan kedua-dua tepung dan masukkan bahan2 lain kecuali santan dan air. Gaul rata dan baru masukkan santan dan gaul lagi. Tambah air sikit-sikit sambil uli doh hingga doh lembut.
  2. Masukkan dalam acuan dan gunakan acuan bintang 3 untuk dapatkan muruku yang lebih rangup.
  3. Goreng dalam minyak yang penuh.


No comments:

Iklan