Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Sunday, August 5, 2012

Kuih Cara Berlauk Kari Daging

Haaa.. ini percubaan pertama aku buat kuih cara.. wah best best.. sedap dan senang sangat nak buat.. lagi senang bila kari daging tu aku dah masak masa sahur.. pastu simpan lam peti ais..  time nak berbuka baru bancuh tepung n bakar.. rasanya pun memang sedap.. kalah yang jual kat luar tu.. ntah apa2 rasa ntah.. susah nak cari kuih sedap kat bazaar ramadhan kan.. tapi bagi aku yang penting suami ngan anak2 suka.. :D

oklah.. kalau ada yang nak cuba buat, silakan.. kat bawah ni aku ada kongsikan resepi nya ok.. resepi asal kat sini tapi aku olah sikit ikut selera aku sekeluarga..

panassss..

mewah dengan inti.. dan pasti yummy!!

BAHAN UNTUK INTI
  • 200 gm daging kisar (1/2 keping daging cincang Ramly Burger)
  • 3 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 1 1/2 biji bawangbesar (sederhana besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh udang kering
  • Garam dan sedikit gula

BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
  1. Blend bawang putih dan bawang merah dan tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blender dengan udang kering, tumis kekuningan sikit dan masukkan rempah kari yang dah dipeskan (bancuh dgn air) dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.

UNTUK MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG
    • blender jer semua bahan

    CARA MEMASAK KUIH
    1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
    2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
    3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bawang.
    4. Tutup gunakan tutup periuk selama 5 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.
    note: acuan tu dah 3 tahun beli baru guna.. yang penting guna juga akhirnya kan hehehe..

    2 comments:

    caliph shuriken said...

    dh lama x mamam kuih ni, huh...

    dEdEQ dE wIshEs said...

    WAH .. SODAPNYE SIS .. ANTO CINI SIKIT .. HEHE

    Iklan