Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, August 24, 2012

Blueberry Muffin

Ada yang buat rumah terbuka ke? mesti ramai yang dah dapat jemputan kan.. aku pun ada juga.. insyallah sampailah aku nanti memenuhi undangan kalian.. baru2 ni aku beraya ke rumah sahabatku ida kat klang.. so sebelum nak ke sana, aku buatkan muffin blueberry untuk tuan rumah sebagai buah tangan.. kali ni aku cuba resepi dari pakar muffin kak izahdaut.. memang sedap dan gebus gebas kejadian muffin blueberry tu.. tak muak makan banyak kali.. anak2 lah yang paling suka makan.. dan alhamdulillah tetamu kat rumah sahabatku ida kat klang pun suka gak makan muffin tu.. terima kasih yer kak izah share resepi yang sedap ni.. izinkan saya berkongsi di sini pula yer..




 gebu gebas.. yummy!

Resepi Blueberry Muffin (35 biji saiz kecil)

Bahan-bahannya:
125 gm mentega *saya guna buttercup
1 1/2 cwn gula kastor *sya guna 1 1/4 cwn
4 biji telur
1 sk vanilla essence
3 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1/2 sk garam *guna garam bukit
1 cawan buttermilk
blueberry filling secukupnya

*buttermilk: 1 cwn susu segar + 1 sb oren sanquik. Bancuhkan keduanyaa dan biar beberapa minit hingga menjadi pekat.

haritu aku doublekan setiap bahan2 kat atas ni.. dapatlah dalam 80 biji.. kalau 35 biji habis kat anak2 aku makan jer hihi..

Cara Membuatnya:

  • Pukul butter dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
  • Kemudian masukkan pula vanila esen dan pukul lagi sebati.
  • Tepung diayak bersama baking powder dan garam. 
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Tepung dimasukkan berselang2 dengan buttermilk.
  • Gunakan cara kaup balik semasa proses mengaulkan tepung dlm adunan butter. Bukan pukul dengan mixer ye.
  • Bila semua bahan sudah sebati bolehlah diceduk kedalam muffin cup. Diingatkan jangan overmix adunan tadi.
  • Cedukkan sedikit adunan muffin, kemudian isikan filling bluberry dan tutup balik dengan adunan muffin sepenuh 3/4 cup.
  • Bakar pada suhu 180  C selama 20 minit. (ikut oven masing2)

4 comments:

Rinna said...

Sedapnya tgk muffin kek tuh..

Selamat Hari Raya.. Atie dan keluarga.. :)

atieaizam said...

@Rinna: hihi.. tkasih atas ucapannya.. Selamat hari raya juga..

Unknown said...

saya nak try lah.... nampak sedap

Ayisha said...

Salam,...tq ya share resepi ni

boleh tak kalau sy guna tepung nail sendiri until resepi Ni,...mcm mana ya nak bust corak mcm dlm gambar do atas

Iklan