Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, August 8, 2012

Popia Goreng dengan Sos Special

Popia la pulak.. dah macam blog masakan la pulak blog aku ni.. tapi xpelah.. inipun aktiviti aku juga kan hihi.. lagipun berkongsi ilmu ni banyak manfaatnya kan.. petang semalam aku buat popia goreng dengan sos sekali untuk juadah berbuka.. nak buat popia aku rasa takde masalah.. kebanyakkan resepi kat internet ni semuanya lebih kurang jer.. senang cari.. tapi yang susahnya nak buat sos popia yang sedap.. betulkan.. bukan nak kata sos yang ada kat internet, kat blog2 kawan ni tak sedap tapi tak menepati selera aku.. tapi aku tetap jugak godek2 resepi sos kat internet ni.. hinggalah aku terjumpa satu resepi yang hurmm.. rasanya sedap kot sos ni kalau ikut pada resepi yang tertera.. hati kecil aku kata 'cuba buat!" dan aku pun cubalah.. dan...... hasilnyaaaa... MEMANG SEDAP!!!!! betul!!!

 makan macamtu pun sodap :)

tengoklah sosnya.. terbaik!

Resepi Popia
Kulit popia secukupnya- aku guna segera punya

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar ayam cincang
3 sudu besar air
1 btg Carrot - parut panjang
1 btg timun - parut panjang (buang bahagian tengah timun)
1 mangkuk taugeh
1 sudu besar udang kering
Garam dan gula

Cara membuatnya:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan masukkan udang kering, tumis hingga kekuningan sedikit.
  2. Masukkan ayam cincang dan sedikit air. Masak hingga ayam masak.
  3. Masukkan carrot dan timun yang dah diparut panjang. Masak dalam 5 minit.
  4. Masukkan taugeh, balik2kan sayur bagi sebati dalam 3 minit. Jangan lama sangat nanti taugeh layu.
  5. Masukkan garam dan secubit gula.
  6. Angkat dan tapis.
  7. Bila dah sejuk, gulungkan dan gamkan dengan bancuhan tepung gandum + air.

Resepi Sos Popia Special

Bahan A:
8 batang cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

(cili kering hendaklah di rebus, toskan dan di goreng. Bawang besar dan bawang putih juga di goreng hingga layu atau kekuningan, blend ketiga-tiganya)

Bahan B:
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula pasir
garam secukupnya

1/4 sudu tepung jagung

Cara Membuatnya:
  1. Campur Bahan A yang dah diblend dengan bahan-bahan B dalam kuali/periuk kecil.
  2. Masukkan 1/2 cawan air dan kacau sebati.
  3. Masak 5 minit.
  4. Masukkan tepung jagung yang dah dicairkan.
  5. Masak 5 minit dan sejukkan.
Note: hias dengan bawang goreng rangup.. memang sedap.

maaf, lambat update :)

7 comments:

Dayang Deno said...

fuyooo... terliur pulak mlm2 ni :)

caliph shuriken said...

klau kena dgn sos yg sesuai mmg sedap kn ^^

inazamri said...

tak penah lg buat popia..selalu beli je.Ape resepi sos tu?

Izwa Kamaruddin said...

alooohh...cepat la update resepi sos!ptg ni nak buatt...

Rinna said...

Sedapnyaa tgk popia tuh.. :)

dEdEQ dE wIshEs said...

SODAPNYE SIS .. POST UMAH KITE SIKIT .. HEHE .. MELELEH AIR LIOR NI HAAA ..

Eyma Balkish said...

Tadi baru je buat kuih popia..tapi belum berpuas hati dgn hasilnya..tgh cari resepi baru..

Iklan