Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, August 1, 2012

Buah Melaka Dwi Warna

Hari ni santapan manisan berbuka puasa aku sekeluarga ialah Buah Melaka Dwi Warna.. dah lama teringin nak buat buah melaka ni.. asik dok lam waiting list jer hehe.. maybe sebab senang sangat kot.. tak trill ekekeke.. pooodah!!! hihihi... malas nak menggentel sebenarnya ngee~ makan laju jer.. sebiji sebiji masuk mulut kan.. jom layan gambar.. kalau sapa2 nak mencuba.. resepi pun ada.. cubalah..

 hijau..

 merah..

kuning..

Resepi Buah Melaka
  • 4 cawan tepung pulut
  • 3 sudu tepung gandum
  • secubit dua garam
  • 2 helai daun pandan
  • air
  • kelapa parut (putih)
  • gula kabung/gula melaka

Cara membuatnya:
  1. campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
  2. masukkan air sikit-sikit dan uli sampai senang nak dibulat2kan.. jangan sampai lembik ok..
  3. bahagikan doh kepada 3 bahagian.
  4. letak pewarna yang dikehendaki setitik dua dan uli sebati..
  5. masak air dalam periuk, letak daun pandan bagi wangi sikit. Biar hingga mendidih.. sambil tu anda boleh gentel2 doh yang ada dan masukkan gula kabung yang dah didadukan kat tengah2.
  6. masukkan dalam periuk yang airnya dah mendidih tadi.. kalau doh tadi timbul tu namanya dah masak lah.. boleh angkat guna penapis untuk toskan airnya dan terus benamkan dalam kelapa parut yang dah dicampurkan garam tadi. 
  7. itu saje.. sekian :)

7 comments:

Nor Suhaiza said...

waaaa..nmpk sedap.hik3...dr awl puasa ag nk mkn kuih ni tp xdpt2 lagi.nk buat en.husband xmkn..xsuka katanya.nk beli xjmpa2 ag kt sabah ni..jwabnyer tgu balik smjung la bru dpt..hahahaha...

atie aizam said...

@Nor Suhaiza: tu lah kan.. cam asben sya ni kuih2 talam tak makan.. kuih2 talam la pulak yg sya suka hihi..

caliph shuriken said...

slalu mkn yg kaler ijau ^^

aryes coulborn said...

perghhh! pepagi dah tengok semua ni..aduyai... -.-" huhuhu

atie aizam said...

@caliph shuriken: saje wat kaler2.. anak2 suka.. :)

atie aizam said...

@aryes coulborn: hihi maap.. time berbuka nanti tgok balik ekk.. hihi

|shuhadaothman|TM said...

menarik. ad mcm2 wrna skrg eh kuih ni. hehe

Iklan