Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, August 7, 2012

Kari Kambing Saizam

Sesekali layan kambing memang terbaik!! nak layan selalu tak boleh.. kang ada yg masuk wad pulak hihi.. so berbuka puasa semalam aku masak kari kambing.. aku namakan kari kambing saizam sebab asben aku (nama pena saizam) suka sangat dengan kambing.. tak kiralah masak ape pun..lama jugak lah aku melembutkan daging kambing ni hah.. tapi bila makan memang yummy!!

Aku masak kari kambing ni degan bahan2 yang simple jer.. kalau nak cuba kat bawah ni ada resepinya k..



Selain tu aku masak lagi kuih cara berlauk ngan kuih cara manis.. guna bahan yang sama macam kat dalam SINI cuma untuk kuih cara manis aku gantikan inti daging dengan gula pasir.. senang jer rupanya hihi.. yang penting semua kuih tu cleaaaarr!!!



Ok, kat bawah ni ada resepi Kari Kambing Saizam, cubalah..


Resepi Kari Kambing Saizam

Bahan-bahan Utama:
1 kilo tulang rusuk kambing
2 cawan santan pekat
air secukupnya untuk merebus
1/4 sudu teh asam jawa Adabi

Bahan Tumis:
2 biji bawang besar (sederhana besar) } hiris
3 ulas bawang putih } hiris
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih

Bahan Pes Kari
2 biji bawang besar (sederhana besar)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
(blend/tumbuk bahan2 kat atas)
4 sudu besar serbuk kari daging (campurkan serbuk cili dan sedikit air)
2 sudu besar serbuk cili (pakai cili kering pun boleh)

Tambahan:
3 biji kentang - potong 6
4 biji cili hijau -potong 2 tak putus
daun ketumbar

Cara Memasak:

  1. Tumis bahan2 tumis hingga naik bau dan nampak bawang dah nak garing (jangan sampai garing tau.. layu2 sudah)
  2. Masukkan bahan pes kari dan tumis hingga naik minyak. Kacau selalu takut hangit kat bahagian bawah periuk.
  3. Masukkan daging kambing dan air. Rebus daging kambing dalam 1 jam.
  4. Masukkan kentang, santan dan asam jawa.
  5. Masak hingga kentang empuk dan masukkan cili hijau dan daun ketumbar.
  6. Masukkan garam dan sedikit gula.

7 comments:

deno said...

kuih cara tu deno mkn hari2 ma buat.. ada dua jenis jugak, sama... cara manis dan inti daging... sedap! :)

Raudzah Zahari said...

kuih cara ni favorite..tapi nak dapat yang best susah...yang manis lebih sedap rasanya...

Zuraini said...

nampak sedap tapi nasib baik tak makan kambing n lembu heheheh...

atie aizam said...

@deno: sedap kan.. akak dulu ingatkan susah nak buat.. seronok pulak buat kuih ni.. tapi mkn hari2 tak jemu ke :)

atie aizam said...

@Raudzah Zahari: mmg susah nak dpt yg sedap.. buat sendiri mmg puashati.. cepat dan sedap.

atie aizam said...

@Zuraini: laaa ruginye tak makan kambing hihi.. tak tahan bau ke?

ASSOYFINGER67 said...

Assalam..dinda...postlah kat kanda..:)

Iklan