Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, July 31, 2012

Kuih Lapis untuk Mira

Semalam, bukan saje hajat asben aku yang aku tunaikan..
permintaan anak dara aku si mira pun tertunai jugak..
alhamdulillah..
dah lama mira suh aku buatkan kuih lapis..
tapi malas betul aku nak melapis2 nih..
kena tunggu dan lapis dan tunggu dan lapis sampailah habis..
tapi semalam mood aku memang terbaik..
2 kuih sekaligus aku buat..
siap sempat masak kari ikan tongkol lagi..
bukan apa, seronok tengok anak2 dan suami happy ..
jom layan kuih lapis untuk mira


 tadaaa... tak sabar nak potong

 dah sejuk betul, baru boleh potong rupanya

amacam?? yummy!!

ok ni ada resepinya yer..

Bahan-bahannya:

aku guna loyang 8"

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
4 1/2 cawan air
1 sudu kecil garam
pewarna hijau, kuning, merah

Cara membuatnya:
Paling senang!!
  • blend jer semua bahan kat atas kecuali pewarna.
  • bahagi adunan kepada 3 bahagian.
  • masukkan pewarna dalam setiap bahagian
  • pastu sapu minyak sikit kat atas loyang, kalau nak lagi senang angkat nanti, lapik plastik kat dalam loyang.. pastu kukus loyang tu kejap..
  • masukkan 1 cawan/senduk adunan bewarna hijau ke dalam loyang, kukus selama 10 minit
  • kemudian lapiskan pula dengan 1 cawan/senduk adunan warna kuning dan kukus selama 10 minit.. buat ulang2 sampailah adunan habis.. lapisan terakhir tu aku kukus dalam 20 minit. 
  • dah masak, sejukkan dulu baru dipotong..  
resepi ni aku rujuk resepi dari blog kakyatie,, cuma ada part2 aku ubah sikit ikut selera aku hehe.. anyway tq kakyati :)

Hampir 13 Tahun Menanti Karipap

Lama tu...
dan akhirnya semalam, hajat asben aku telah aku tunaikan..
dah hampir 13 tahun asben aku suh aku buatkan karipap untuk dia..
selalu gak lah asben aku perli..
dia kata aku tak reti buat karipap nih..
aku bukan tak reti cuma maleh nak tunjuk skill hehe..
semalam dah terbukti kan..
anak2 kata.."mama, kita makan separuh, separuh lagi kita jual ar.. sedap ni.. "
kembang kempis pipi gebu aku dok sengih2..
asben aku terkezut gak, aku siap leh klim tepi karipap lagi huhu..

"bang.. ni skill dari zaman budak2 dulu tau" hehe

 yang penting klim tu hehe..

yummy!! terbaik wok!

Saturday, July 28, 2012

Kasui Untuk Bonda Tersayang

Dah berhari bonda nak makan kueh kasui.. aritu bonda ku suh adik aku buatkan untuknya tapi adik aku lately ni agak sibuk (buat2 sibuk jer tu ngee~) tak sempat dia nak buat kasui untuk bonda.. tapi untuk tak menghampakan bonda, adik aku beli jer 3,4 ketul aritu.. beli dengan buat tetap tak sama rasanye kan..kalau buat biasanya kita buat dengan penuh kasih sayang kan kan kan hehe.. so bonda.. harap bonda dah jamah kasui masa berbuka tadi yer.. sedapkan bonda ngee~


Friday, July 27, 2012

Ijazah Palsu


Menurut sebuah akhbar ni, orang kenamaan termasuk Tan Sri, Datuk dan ahli politik adalah antara yang membeli ijazah palsu daripada sebuah syarikat yang didedahkan oleh akhbar ini baru-baru ini.

Siasatan polis mendapati kebanyakan yang memiliki ijazah menggunakan nama universiti palsu luar negara itu memegang jawatan penting dalam organisasi tertentu.

So.. apa nasib mereka yang telah memiliki Ijazah palsu tu.. ??? berani ke dorang dedahkan sape2 empunya ijazah palsu tu? hehe.. macam tak jer kan.. Malaysia Boleh! 

Tuesday, July 24, 2012

Cup Cake Coklat Ramadhan

Mood baking mai balik dah.. so tadi yang awalnye mengantuk terus segar bugar.. pepagi nan indah tapi bising dek bunyi kipas usang yang dah berkhidmat puluhan tahun kat ruang tamu umah aku ni hah, aku menyiapkan bahan2 untuk buat coklat cake.. tapi kali ni aku guna cup.. biasanya buh atas loyang jer senang cerita.. sekali jalan siap.. tapi tu lah.. rajin pula aku pepagi ni..padahal bergelut dengan si twins yang tak tidur lagi tu hah.. nak wat camner, mood tengah mari, layan kan ajer hihi..

Resepi ni aku dah cuba berkali2.. dan hasilnya muaaaaaaaahhh!! memang sedap.. tapi aku ada edit sikit ikut selera aku hihi.. kalau nak cuba resepi ada kat bawah ek.. jom layan gambar dulu :D

  
gebus.. cuma kali ni merekah ler pulak..  
api kuat kot.. x perasan..  hihi

nak jugak hias.. adehh

adunan ni dapat 14 biji cup saiz 3"

nampak tak ujung tu.. dak twins tu..
akhirnya lena jugak dorang :)


ni resepinye yer.. oklah nak masak untuk sahur pulak.. takkan sahur makan kek jer kot.. kang ada yang bangun meraung tengok mama dia hidang kan kek jer untuk sahur.. hehehe


Bahan A :
  • 1 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak (nak guna butter cair pun boleh)
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe 
semua bahan kat atas, masak dengan api perlahan sehingga gula larut. Padam api dan rehatkan sekejap..

Bahan B - di ayak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C :
  • 4 biji telur - pukul guna whisk pun boleh
 Cara-Cara
  1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A berselang seli dan gaul sebati.
  2. Bila dah sebati masukkan adunan tadi dalam jug upaya senang nak tuang dalam cup..
  3. Calitkan sikit minyak atau butter kat dalam cup tu..
  4. Panaskan pengukus, tuang adunan perlahan-lahan ke dalam cup dan kukus selama 15 minit atau hingga masak dengan api yang sederhana.
 

Monday, July 23, 2012

Menu Sahur Hari ke-3

Alhamdulillah dah masuk hari ke 3 kita berpuasa yer.. kejap jer kan.. tup tap tup tap nanti dah nak dekat raya dah.. hurmm.. so apa menu sahur uols pagi ni? akunye menu simple jer...

Hari ni nak bangunkan anak2 lewat sikit bersahur sebab nanti takleh tidur balik sebab sekolah.. so masa yang ada ni sempat aku snap gambar n edit n tempek kat sini.. leh uols jamu mata hehe.. 

Sotong Mix Kentang Goreng Kunyit

Telur Rebus Goreng Masak Sos

jom sahur :)..

Saturday, July 21, 2012

PM nak DR1M !!

BR1M sudah!
PR1MA pun sudah!
TRIMa juga sudah!
ada lagi yang belum...

boleh dipanggil dream rakyat Malaysia juga..
harapan aku juga hehehe..
datang setahun sekali jer..
apa tu?????

dream ar..
DR1M!!
DR1M???????
apatu????






DUIT RAYA 1 MALAYSIA
hehehe...

note: penjawat awam dapat duit raya RM500, org awam pun nak juga.. :)

Demam Selsema Di Hari Pertama Puasa

Alhamdulillah sekarang dah kol 6 petang.. sejam setengah jer lagi.. macam budak2 jer kan asik dok nengok jam hihi.. uwaaaa.. aku demam selsema.. tapi masih kuat iman.. masih mampu bertahan puasa.. tapi banyak baring jer lah.. asik2 achhuuuuuum!!!!!! risaunya kalau berjangkit kat twins nanti..

Kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan.. semalam sebelum aku diserang bersin, aku berangan ler.. berbuka esok nak masak tu nak masak ni.. plan ok :) udahnye... plan tinggal plan.. hari ni x larat sungguh.. lengguh badan semua.. so juadah berbuka encik asben beli jer.. ntah ape lah yang ada kat bazaar ramadhan hari pertama ni.. aku takde lah kisah sangat.. takde selera sebab selsema kot.. oklah..

Selamat berbuka yer kawan-kawan..


Sahur Hari Pertama

Alhamdulillah kami dah sahur.. 10 minit lagi masuk waktu imsak bagi kawasan Kuala Lumpur.. mata anak2 pun dah mula kuyu balik.. nampaknya waktu sahur tadi anak2 aku langsung tak tambah nasi.. "tak larat nak makan lah mama" hihi.. mengantuk lah tu.. oklah.. jom layan gambar juadah sahur kami.. :)

Ayam Masak Kicap

Ikan Pekasam Goreng 

Telur Dadar

Ikan Bilis Goreng

itu saje.. alhamdulillah. amin

Menu Sahur Hari Pertama Puasa

Ok siap masak! sat lagi dah boleh bangunkan asben ngan anak2 ku..


 1st day puasa anak2 aku sangat2 excited nak sahur ni hihi.. u all masak ape pagi ni? jom tengok menu sahur aku pagi ni.. sangat simple ok :).. aku nak lah buat rendang bagai tapi asben ngan anak2 takmo..  so ni lah yang dorang order..

  • Telur Dadar (anak bujang order)
  • Ayam Masak Kicap (anak dara order)
  • Ikan Pekasam Goreng (asben order)
  • Ikan Bilis Goreng Cili Api (aku order hihi )
Ok tak? simple kan.. sayur mana??? sayur tarak.. pagi2 sayur tak jalan.. adeh.. kurang seimbang menu aku pagi ni :p .. oklah..

Selamat Bersahur !!

Niat Puasa Sebulan

Nanti jangan lupa baca niat puasa tau..
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Niat Puasa SEBULAN


Niat Puasa HARI


Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2012

Jom semak waktu imsak pagi ni..
dan waktu berbuka petang karang.. achuuum!!!


Selsema Menyerang

Aduhai.. hari pertama puasa ni nampaknya aku bertemankan bersin, sakit tekak dan selsema atau mungkin sakit kepala.. sejak terjaga dari tidur tadi dalam kol 1 pagi, aku berbelas kali bersin.. hidung mula berair.. aku tak kisah sgt kalau aku yang sakit tapi aku risau selsema dan ketidak selesaan aku ni berjangkit pada anak2 aku terutama si twins..

Ya Allah, moga kau berikan aku kesembuhan dengan segera agar anak2 aku terhindar dari virus2 yang berterbangan setiapkali aku bersin.. amin.

Get ready dengan ubat selsema.. Selamat Bersahur Semua!!

Friday, July 20, 2012

Rindu Pengumuman Puasa Pak Engku

Aku tunggu saat itu tadi.. macam setiap tahun dari aku kecik lagi.. kalau miss macam rugi jer rasanya terlepas tengok pengumuman puasa tu.. tapi.. bila tengok orang lain yang umumkan.. alaaaa... nak Pak Engku.. aku sebenarnya terlupa.. sejak tahun lepas tak silap aku, Pak Engku dah tak duduk kat kerusi tu lagi.. ni nak dgr pengumuman ke nak tengok Pak Engku ni hihi.. nak 2-2 sekali.. kenapa aku rasa cam 'hilang sesuatu' ek? hurmm mungkin sebab aku membesar dgn mendengar suara pengumuman puasa dan raya oleh Pak Engku agaknya.. suara Pak Engku serak2 basah.. aku rindukan suara Pak Engku.. Pak Engku Ibrahim dah bersara.. yang tadi tu Datuk Syed Danial.. boleh tahan.. tapi Pak Engku lagi best..

Pengumuman Puasa oleh Pak Engku
 


 

Wednesday, July 18, 2012

Makan Malam Birthday

Dah menjadi kebiasaan kami sekeluarga, setiap kali ada ahli keluarga yang sambut besday pasti malamnya kami raikan dengan makanan 'order'.. tak kisahlah makan ape pun yang pasti ianya tak di masak kat rumah.. aku sekeluarga jarang celebrate besday kat luar.. biasanya kat rumah aje.. so sama ada buat pesanan 'delivery' atau asben aku pergi beli something untuk keluarga..

Untuk hari ni.. atas permintaan anak2.. kami order PizzaHut.. dengan 2 jenis pasta..

 Vege Pomodoro - Fettuccine

 Spicy Arrabbiata Speghetti

Super Supreme & Deluxe Cheese Large

Alhamdulillah, kenyang :)

Happy Birthday To Me!!

tarikh hari ni tarikh yang sangat bermakna buatku.. 
hari aku dilahirkan 36 tahun yang lalu..

dan tahun ni buat pertama kalinya aku buat kek besday sendiri hihi
selalunya order saje..
sampai terketar tangan nak tulis no.6 kat atas kek tu..
habis senget benget..
macam tak cayo dah berusio pulak ek hihi..

buat kek besday hari ni sangat2lah mencabar..
mana taknye.. sat2 benti si twins nangis..
terkejar2 nak menyiapkan nye ha..
nasib siap bertopping..
kalau ikutkan hati tadi.. makan kosong jer lah..
tapi tak best pulakkan..
so inilah hasilnya.. 
bolehlah kan :)


Tuesday, July 17, 2012

Buffet Ramadhan Bora Ombak


Ini ada lagi satu tempat berbuka yang harganya dalam RM50 gitu.. Bora Ombak.. terkenal juga Bora Ombak ni tapi takdelah mahal sangat macam banyak tempat yang aku search.. so sape2 yang berkenan.. sila lah.. booking dulu ok :).. ingat!! ape2 hal pun booking dulu ek.. :)

Buffet Ramadhan Wadi Hadramawt

Siapa yang suka makan makanan Arab? pernah cuba Lamb Mandy, Chicken Mandy?? fuhh.. memang sedap arr.. harga pun xdelah mahal sangat.. RM50 seorang dewasa.. tahun lepas aku ada sekali berbuka kat sini.. orang belanja.. makan free lagilah sedap yer tak.. hihi..

So macam biasa.. sebelum nak datang sila booking dulu k.. dinasihatkan jangan main redah jer.. makan angin jer nanti.. :)


Buffet Ramadhan Felda D'Saji

Siapa yang berminat nak tau buffet promotion untuk Ramadhan kat Felda D'Saji, boleh jeling2 kat sini k.. hurmm.. macam biasa ada beberapa tempat yang Felda sediakan untuk berbuka selain kat Dewan Merak Kayangan tu.. so apa lagi.. kliklah promotion kat bawah ni untuk lihat dgn lebih jelas k.. dari segi harga? boleh tahan :)

 harga lain2 bergantung pada tempat..
oh yer.. kat iklan atas ni ada tulis..

Diskaun 20% 
untuk pembayaran penuh SEBELUM
18 JULAI 2012

ayarkkk!! esok dah tamat ler discount tu ek
macam takmo bagi discount jer D'Saji ni.. baru jer tempek iklan kot..
ngee~

note: promotion tahun2 lepas kalau x silap.. beli utk 10 org free utk seorang.. 

Monday, July 16, 2012

Ramadhan Hampir Tiba

Tak sabar menanti Ramadhan.. 
moga aku diberi peluang untuk bersama-sama mengerjakan ibadah puasa tahun ini, 
amin.

Harapan Ramadhan

Saturday, July 14, 2012

Susu Baby Hazim & Haziq

Untuk baby hazim & baby haziq.. 4 kotak susu S-26 Gold ni bekalan untuk seminggu.. aku dan suami sedaya upaya menyediakan susu @ makanan terbaik untuk baby hazim ngan baby haziq.. susu ibu tak mencukupi.. hanya dapat menyusu 2x sehari jer.. maknanya sorang sekali.. sedih.. jeles sangat bila tengok mereka yang mampu menyusukan baby mereka dgn susu ibu sepenuhnya.. xpelah.. rezeki masing2kan.. aku terima seadanya..

aku tak usaha? macam2 dah ku usahakan.. dengan keadaan kesihatan yang kurang stabil, aku tak boleh amik supplement sebarangan.. aku tau banyak supplement ada kat luar sana.. tapi banyak yang tak sesuai dengan aku.. tapi aku masih mencari yang sesuai.. sebab bagi aku susu ibu adalah susu yang TERBAIK buat baby2ku..


Friday, July 13, 2012

Kejamnya Ibu!!


Berkali-kali aku tengok baby2ku.. bergenang air mata aku.. menanti untuk gugur jer.. sampainya hatimu.. tak sanggup aku melihat bayi tersebut.. begitulah tersentuh hati aku bila baca berita sinar online sat tadi.. bayi ni di tinggalkan ibunya kat sebuah rumah usang.. kejap2 aku tengok baby2ku.. oh tuhan.. tinggalkan kejap baby2ku pun dorang menangis.. Ya Allah.. akhirnya berderai air mata aku tatkala menaip entry ni.. pilu rasanya hati ni membayangkan bayi kecil tu ditinggalkan kesorangan.. mungkinkah di gigit nyamuk, mungkinkah dia sejuk sebab ditinggalkan di atas simen... apa pun alasan si ibu berikan aku memang takleh terima.. kejamnye hatimu wahai ibu.. tergamak kau tinggalkan anakmu.. :((

Namun kuasa Allah melebihi segalanya.. disaat dia ditinggalkan keseorangan, ada insan yang berada di situ yang menjadi penyelamat bayi tersebut.. moga bayi ni besar nanti menjadi anak yang baik.. amin.

Tuesday, July 10, 2012

Oh Minyak Yu Yee

Dulu aku selalu pakaikan minyak Yu Yee ni kat anak2 aku.. baunye wangi.. pastu berangin gile lak tu.. bak kata best arr bila calit minyak Yu Yee ni.. nyaman jer.. baru2 ni adik aku ada cakap yang minyak Yu Yee ni tak leh pakai bagi orang Islam.. pagi ni aku menggoogle la cerita tentang minyak Yu Yee ni.. dan terjumpa satu cerita kat blog ni.. Minyak Yu Yee ada kandungan minyak/lemak khinzir!! adehh.. terpaku kejap.. pastu tengok date post entry tu.. 5 julai 2011.. mak aiii... dah setahun tapi aku tak tau hal ni.. nasib baby twins ni aku guna minyak telon Bebiku.. tapi aritu masa haziq kembung aku guna gak minyak Yu Yee 3,4 calit.. adehh.. lepas ni yang pasti akan ku buang minyak Yu Yee tu.. takut anak2 yang dah besar guna pulak nanti.. betul atau tidak aku dah mula rasa was was.. so bila dah was was janganlah guna iyer tak.. fuhh!! berpeluh kejap..


Monday, July 9, 2012

Azah Aziz Meninggal Dunia

Al-fatihah

Takziah buat keluarga Profesor Diraja Ungku Aziz di atas pemergian isteri beliau hari ni. Allahyarham juga merupakan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Seri Zeti Akhtar Aziz..

Allahyarham berusia 84 tahun. Sementara itu, difahamkan jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.


Rujuk: BH

Buffet Ramadhan 2012

Siapa dah booking table untuk berbuka puasa akan datang? tak kiralah kat hotel ke, kat restaurant ke.. flaming steamboat ke, soul garden ke.. dewan felda ke.. korang yang dah ada planning tu dah booking ke? aku belum.. ntah2 tahun ni aku just berbuka kat rumah jer.. almaklumlah payah kalau bawak baby2 keluar mlm2 ni.. berembun.. tak baik..

Aku bercerita pasal booking2 ni bukan apa.. aku ada sorang kawan ni.. pot pet pot pet bercerita pasal si polan K (bukan nama sebenar) tu awal2 dah booking tempat berbuka.. kutuk punyelah rapat.. katanya puasa pun belum lagi tapi bla bla bla bla..

Aku tertanya2.. salah ke?? adakah dengan mem'booking' tempat berbuka awal menandakan seseorang tu tak hormatkan bulan Ramadhan.. aduhaiii.. kenapalah kita nak berprasangka yang tak baik jer.. cer pikir yang positif dulu ok..

:) peace no war..

p/s: promosi buffet ramadhan katalog dah mulai sesak kat email aku.. :)


Wednesday, July 4, 2012

Salam Nisfu Syaaban



Nisfu Syaaban bermaksud pertengahan Syaaban iaitu 15 Syaaban yang mana buku amalan kita untuk satu tahun diangkat ke langit pada 14 Syaaban (sebelum maghrib 15 Syaaban) dan digantikan dengan buku amalan yang baru (waktu maghrib 15 Syaaban) untuk sepanjang tahun yang berikutnya.

Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun iaitu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit."

Tuesday, July 3, 2012

Bawa Haziq Jumpa Dr Ruzini

Semalam aku dah bawa anak kembarku hazim jumpa pakar kanak-kanak Dr Ruzini kat Pusrawi.. alhamdulillah doktor kata hazim xde masalah ape2.. normal baby macamtu katanya.. lagipun berat hazim ok.. lega rasa hati ni bila dengar penjelasan doktor semalam.. doktor kata dalam tempoh 2 bulan baby biasanya mmg keluarkan najis macamtu,, cirit kaler kuning kunyit.. tapi.. bila doktor tengok haziq, kata doktor haziq ni yang sebenarnya ada masalah sikit.. berat terlebih sudah dari yang sepatutmya.. wahh.. macamana nak ejas susu haziq ni.. nampaknya kena tukar plan la pulak.. kena bagi haziq susu badan lebih.. bolehkan abg hazim :)

Sunday, July 1, 2012

Aku Tak Tahu Dimana Silapnya

Sedih hati ni setiap kali melihat anak kembarku hazim bila lepas menyusu.. aku tak tahu kat mana silapnya.. habis saje menyusu pasti ia keluar.. sampai merah2 dan melecet dah kawasan basah tu.. berat badan hazim juga tak senaik berat badan haziq adik kembarnya.. baru2 ni aku bawak kedua-duanya ke klinik sebab demam selsema.. aku ada bertanyakan masalah hazim kat doktor.. doktor ada bagi garam untuk aku campurkan pada susu anak aku.. aku dah campurkan.. dan nampaknya ia keluar makin laju..

Oleh kerana susu badan tak mencukupi, aku bagi hazim & haziq susu formula S26 Gold.. walaupun harganya agak mahal untuk 2 orang baby, demi memastikan anak2 aku memperolehi zat yang baik, aku ngan asben takmo pikirkan hal tu.. janji anak2 sihat.. duit boleh cari kata asbenku.. ya betul tu.. mulanya ok.. xde masalah.. tapi bila dah masuk usia sebulan, aku perasan hazim kerap mencirit.. macamana lajunya hazim menyusu, macamtu lah juga lajunya najis cirit keluar.. tak sempat susu tu simpan lama dalam tubuh hazim.. terlalu cepat susu tu diproses dalam tubuh hazim.. pada sangkaan aku ngan asben mungkin hazim tak serasi dengan S26 Gold tu.. lantas kami menukar kepada susu Snow Brand.. adik kembarnya haziq masih kekal dengan susu S26 Gold tu.. alhamdulillah haziq takde masalah dengan susu tersebut.. bila dah tukar susu tersebut, keadaan hazim tetap sama.. kalau 6x minum susu, 6xlah juga hazim mencirit.. susu badan aku tetap bagi secara bergilir..

Nampaknya susu Snow pun x mampu menghilangkan cirit birit hazim.. aku mula risau.. bila susu Snow hampir habis, kami mencari susu berasaskan soya pulak.. manalah tau kot2 hazim memang tak tahan dengan susu lembu.. kami beri hazim Isomil pulak.. dari tin keci ke tin besar, keadaan hazim tetap sama.. aku buntu.. aku ingat pesan doktor, katanya teruskan bagi susu Isomil tu.. kalau keadaan sama juga seminggu ni, bawa hazim ke HKL.. aduhai.. :( .. aku ingat nak bawa hazim gi jumpa doktor Ruzini dulu lah.. dulu masa anak2 yang lain masih baby, kalau ada apa2 masalah aku akan bawa dorang jumpa doktor Ruzini pakar kanak2 kat Pusrawi.. moga dengan izinNya usaha kami kali ni berhasil.. mudah2an..

Hazim & Haziq

Iklan