Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Saturday, May 21, 2011

Saksi Tragedi Tanah Runtuh Kajang


Mangsa nampak kawan2 dah tertimbus..

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh," kata seorang penghuni rumah anak yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohd Faizal Isni, 17.

Menurut Faizal, ketika ketika kejadian dia pergi ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku dalam seklip mata.

Sementara itu, Ketua Warden Rumah Anak Yatim, Mohamad Hambali Ismail,34, berkata, ketika kejadian berlaku, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengahari dan beramah mesra dengan penghuni rumah terbabit.

Ketika kejadian jam 2.15 petang itu, anak yatim terbabit berlatih kompang dan nasyid sementara menunggu ketibaan tetamu.

"Pada waktu itulah saya terdengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya dan tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Rumah anak yatim itu mempunyai 34 penghuni lelaki. Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

4 comments:

Myfrin's story said...

Salam, atie. Kak terkejut mendengar berita itu di tv. Takziah kpd keluarga mangsa...:( Kak rasa simpati dan sedih....:(

munna said...

Al-Fatihah buat semua mangsa....

atie aizam said...

@Myfrin's story: saya pun kak.. seakan turut merasai kehilangan mereka..

atie aizam said...

@munna: sama2lah kita mendoakan kepada yang telah tiada dan yang masih belum ditemui..

Iklan