Hari2 aku kat kg ni mcm biasa jerk. Kat kg ni kalau musim cuti sekolah (musim mengawan) pasti byk kenduri sane sini. Kenduri yang pertama aku pi tapi kenduri yang kedua aku tak brape sihat. Antara aktiviti aku kat kg ialah pi umah Chu Ier, pi umah Tok n singgah kat umah baru kami tu. Tapi umah tu nanti abh duduk kot. Aku tak kisah. Cantik gak umah tu. Luas jugak. Ada 3 bilik & 2 bilik air. Dapur pun leh tahan gak besar dia. Abah kata nanti dah lama sket dia nak tambah kat bahagian belakang umah. Mmmg ada ruang lagi belakang tu. Buat la bah.. kami ikut jerk.
Petang kami dah janji ngan Chu Ier nak pi satu umah ni nak berubat. Nak naikkan uri aku nih. So lam kul 4.40 ptg kami ke rumah Chu Ier. Then kami terus menuju ke rumah Tok Bidan tu. Aku diberi bekalan sireh pinang colek ngan kapur & air penawar. Tok suruh aku kunyah sireh tu nanti n gosokkan kat perut secara menaik. Macam tok tu kata, dia pun mintak pertolongan dari Allah SWT. Aku setuju yang tu. Aku angguk kan jerk.
Malam mak siatkan daun sireh tu pastu buh hirisan pinang n kapur sikit. Lama aku nak masukkan sireh ni tadi kat lam mulut aku. Adik ipar aku si Farah ngan Biras aku si Did dah mule ngusik aku. "akak, awat pegang jer sireh tu" hehehe usik farah. Aku nekad ni, terus kunyah sireh tu.."Eeee..pahit nyeeeeeeeeeeee!" aku jerit. Aku cepat2 kunyah n terus kuarkan balik pastu lumur kat perut aku. Aku terus minum nak hilangkan saki baki sireh yang ada lam mulut aku ni. Pahit n pedas aku rasa sireh tu. Aku teruskan aktiviti mengurut perut aku pelan2 ke atas. Achap dok gelakkan aku jerk.. ishh budak nih hehehe.. So malam pertama aku berjaya kunyah sireh tu dan begitu gak malam keduanye. Bagimana ngan malam ke3? Nantikan... hehehe
No comments:
Post a Comment