Dari kul 10.00 mlm tadi aku takleh makan ape2. Bayangkan la laponye aku yang selalu kul 4.00 pagi bangun lahap nasik. Kul 9.00 pagi kami ke Klinik Ibukota Jalan Ipoh wat checkup. Hari ni aku kene enjet (cucuk). Uwaaa...!! sakit wooooo. Tapi cesss.. si achap lak takut2kan aku ngan jarum doktor tu. Aku ingat pas jumpe doktor n kene cucuk, aku nak pi makan kat pasar tapi aku terpaksa lupakan hasrat murni aku tu sbb aku kene dtg balik jumpa doktor after 2hr. Takleh lewat & takleh makan. Uwaaaa....!! lapaq nyeeee... dan paling syahdu aku pas 2hr kene lagi sekali cucuk. Sebelum beredar aku ke tingkat 1 dulu sbb doktor suh aku minum air glukos. Mak aiiiii!!!! manisnyeee.. sampai nak termuntah aku. Then kami pun beredar. Untuk tak memikirkan langsung kelaparan yang aku tanggung, aku ajak husben aku pi KWSP Jln Raja Laut.
Sementara nunggu no giliran aku di panggil, aku isilah borang yg dak kaunter tu bagi tadi. Sat jer no aku di panggil. 3018 sila ke kaunter 13 mesin electronik tu bersuara hehehe.. zaasssss..dgn pantas aku ke sinun. Adik kaunter tu mintak kat aku surat dari KWSP, maner aku ader. Dia lah yg bersusah payah nolong aku dapatkan no pin aku tu menerusi mykad. Sape ekk nama dia.. tapi depannye Tengku arr ..thanks ekk sbb bantu tadi.
Dah dapat no pin aku terus pi kiosk kaunter. Memula aku dapatkan penyata kire2 aku sbb dah lama aku tak dapat penyata tu. Pastu aku cuba aktifkan i-akaun aku. Jenuhla aku buat tu buat ni tapi tak jugak berjaya. Aku cuba dapatkan pertolongan dari abg 'jaga' tapi dia pun tak tau camner nak buat. Lama gak la aku belek2 cara nak aktipkan akaun tu. Tak mesra pelanggan langsung! cewaaahh hehhee..
Kul 11.00 pagi aku dah kembali ke klinik. Aku kene jumpe doktor kul 11.30 pgi, so nunggu lah aku kat klinik tu. Adess.. sakit lak rasenye kene cucuk kat blah kiri nih. Arini kene RM100.
Balik umah terus pi umah mak. Lepak situ sampai ptg. Balik umah aku kunci lak lupe ambik kat atas meja. Terpaksa lah husben aku pi patah balik ke umah mak hehehe.. k sume, berjumpa lagi nanti. Salam