Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, December 8, 2006

Kalut & Shahdu

Semalam husben aku suh pi beli tiket untuk dia, alih2 pagi ni dia suh booking tiket online 2 keping.. untuk aku ngan dia..suka aku dapat balik kg akhirnya. Aku pun mulalah meninjau dari satu ke satu url express bus ke utara.. dari transnasional ke maraliner then ke plusliner..lastly back to maraliner. Aku nak booking 2 tiket sehala ke Sungai Petani Kedah. Mula2 aku tinjau tiket untuk jumaat malam- maaf tiket habis dijual, jumaat pagi - juga maaf tiket habis dijual. Pastu husben aku cadangkan kami balik hari ni jugak n try tengok bas malam ni..ermmm tiket khamis malam juga habis di jual. So aku terus pandang husben aku & aku kata, "macamana ni bang..tiket sume habis!" husben suh tengok tiket kul 11 am ni jugak kalau2 masih ada.. aku pun terus masukkan butiran pejalanan untuk pukul 11 am ni jugak, ermm masih ada last tempat kosong no.9B,9C tapi.. biar betul husben aku ni (aku ngomel dalam hati) mana taknye..sekarang dah kul 9.15 am, packing baju pun tak lagi.."betul ke ni bang?" aku kompius dengan tindakan dia." Haa..betul la ni, skrg ada masa dalam 1 jam setengah masih sempat nak packing ke ape ke..mama pi siap cepat" dia mengeluarkan idea perintahnye.. sebelum aku tekan button 'BUY' setuju beli tiket tu, sekali lagi aku komfemkan dengan husben aku."Sure ke ni bang?". Husben aku pun jawab, "ha la.. cepat la". Kalut sungguh, biasanye kami balik kg naik keter tapi kali ni ada masalah teknikel lak terpaksa la kami balik kg naik bus jer.. tapi ok gak..Lepas aku dah dapatkan transaction beli tiket tu aku cepat2 kuarkan baju2 yang nak di bawa. Pastu husben aku sambung lak keje penyumbatan baju2 tu (aku suh susun)ke dalam beg pakaian tu. Aku lak terus pi mandi n bersiap..

Kul 10.30am kami pun terus kuar umah ke stesen LRT. Dekat je stesen tu ngan umah aku. Perjalanan dari LRT ke Puduraya ambik masa dalam 8 mnit.. setibanye kami kat Hentian Puduraya kami terus pergi ke kaunter Maraliner untuk mendapatkan tiket sebenar. Kami tak dapat nak print tiket tu kat umah tadi sbb printer lak rosak. Kami berikan no rujukan kat adik yang jaga tu supaya senang dia check tiket kami. Mengikut kata dia no rujukan kami takde dalam system dia..ahhh sudah, nape lak jadi macam ni. Husben aku pun terus pi CC kat situ n print tiket tadi. Nasib husben aku ni bijak (ehemmm hehehe), dia dah savekan salinan tiket tu kat email dia. Bila dah dapat tiket tu tadi, adik kat kaunter tu kata "kalo mcm tu abg terus je la naik". Budak tu pun tak tau kenapa system jadi gitu. Yea la dia cuma jual tiket jerk. Bas dah pun ada kat bawah, tapi sebenarnya bas tu bukan menunggu kami sbb transaction kami takde dalam list dorang. Tapi oleh kerana kami ada bukti yang kami dah beli tiket online, dorang pun tak byk citer. Terus benarkan kami naik."bang, kalau la kita terlambat tadi sure bas tak tunggu nye sbb dorang tak tau ada penumpang yang lom naik" aku ngomel kan husben aku. Husben aku mengiyekan aje. Tapi ada lagi yang mengusarkan hati aku. Kemungkinan2 yang akan berlaku nanti kat Hentian duta. Bas pun menyusur perlahan melalui jalan di hadapan Kotaraya dan terus menuju ke Jalan Duta untuk mengambil penumpang yang lain.

Seperti yang aku jangkakan berlaku double booking untuk seat kami di mana ada Pakcik 3 beranak beli tiket yang sama tempat duduknye dengan kami. Nasib kami naik awal kat Puduraya kalo tak aku dok berpisahla ngan husben aku mcm pakcik ngan 2 anak dia tu. Kesian lak aku dengan anak dia tu. Tapi aku kesian gak kat diri aku yang tak brape sihat ni yang perlukan perhatian husben aku (aku ni manje terlebih) hehehehe.. bahagian tiket tu pun heran macam mana perkara ni boleh berlaku. Dorang ambik resit kami untuk buat rujukan bagi mencari punca masalah ni berlaku. Then dalam 15mnit pastu, bas pun mula berherak menuju ke utara Semenanjung Malaysia.

Sakitnye punggung aku dok ateh kusi tu.. mana taknye hampir 3jam duduk jerk. Bas berhenti makan kat R&R Bukit Gantang. Ni kawasan baru ni. So aku ape lagi, aku la antara orang yang terawal kuar dari perut bas tu. Sambil aku gosok2 punggung aku, kami menuju ke tempat makan. Lapaq. Aku makan beehun sup ngan nasi lemak & minum Nescafe Ais. Husben aku lak makan 2 bungkus nasi lemak. Setengah jam kemudian, bas bergerak semula ke destinasi yang dituju. Kami sampai kat Sungai Petani kul 4.30 ptg. Rudi datang menjemput kami. Kami ke rumah Pak Teh dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Baling. Bangcik (adik husben aku) datang ambik husben aku pi umah dia sbb husben aku nak guna keter dia yang lagi satu tu. Aku lak ralit dok nyembang ngan PakTeh & family. Liza ngan family dia jerk takde.

Lam kul 9 malam kami sampai kat umah mak. Mak aku (mentua) mmg ada depan pintu, then bila dia nampak je kami, terus dia panggi achap. "Achap tengok nih sapa mai" mak aku panggie achap. Aku nampak anak aku datang & meninjau kat lam keter. Dia cam keter tu keter PakNgah dia. Tapi bila dia tengok betul2 lam keter.. dia jerit "Mamaaa!!" Aku lak tahan sebak la.. rindu maa kat anak aku ngan mak ngan abah. Aku peluk anak aku, salam abah, salam mak n peluk mak erat. Aku rindu sangat kat mak.Air mata aku mengalir, mak pun same. Saat aku tulis entry ni pun air mata aku bergenang n meleleh teringatkan saat tu. Anak aku si achap tu.. terus tanye bila nak balik n ajak kami balik esoknye. Hehehehe sabo jer la dia tu.

Malam ni aku tido lena.. hilang dah rasa rindu aku yang membuak2 kat anak aku tu.. tapi sebenarnya aku tak lena mana pun. aku pasti terjaga nak pi bilik air, terkucil.

No comments:

Iklan