Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Sunday, April 22, 2012

Tepung Pelita

Tq pada kawan2 yang bertanya tentang BP aku.. BP sesungguhnya tak stabil.. pagi x ok, tengahari ok sikit.. petang pun kdg2 ok kdg2 x ok.. malam pun macamtu jugak.. nak wat camner kan.. xpelah.. aku kena banyak bersabar dan jaga kesihatan dan jaga makan elok2 kan..

Tapi keinginan nak buat kuih sukarnya aku nak sekat walhal aku x larat.. hurmm.. pembawakkan baby kot hihi.. oklah.. jom layan Tepung Pelita yang aku buat lewat petang tadi.. :)

Resepi ni datangnya dari blog kakyati cuma aku ejas sikit.. cubalah..:) sedap wooo..



Resepi Tepung Pelita


Bahan A:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan
pewarna hijau
1 sudu kecil air kapur


Bahan B:
3 sudu besar tepung beras
4 cawan santan (dari RM2 santan)
sedikit garam

Cara Membuatnya: 
  1. Campurkan kesemua bahan A dan masak atas api sederhana sehingga masak. 
  2. Bila dah masak, masukkan dalam bekas seperti gambar di atas.
  3. Kemudian campurkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati. Masak atas api sederhana dan kacau hingga pekat. Angkat dan tuangkan dalam bekas tadi untuk lapisan atas.
  4. Sejukkan sebelum di makan.. Yummy!!
Note: boleh dapat 12 bekas Tepung Pelita.. 

6 comments:

Izan Ishak said...

kak atie.... nak tepung pelita sebekas dua bole? sedapnyaaaaa....

dah lama sangat izan teringin nak makan. tapi nak buat... yaaa ampun, blm dtg angin rajin lagi.

nasarudin Miskon said...

terasa nak buat jg ni..

deno said...

deno pernah makan kuih nie, biasanya kalau bulan puasa banyak :)

eLL said...

rajin nyer....

Zuraini said...

boleh try ni...cam senang..tapi kita pun nak kurang makan bersantan ni...boleh tukar pakai susu rendah lemak kot ye...

-akulah MiGorengPedas

caliph shuriken said...

nanti bb msti jadi chef kn ^^

Iklan