Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Sunday, April 15, 2012

Kuih Kaswi

Punyalah nak sangat hati ni buat kuih kaswi ni.. asben tegur gak.. dia kata mana boleh buat keje sangat.. kan doktor dah suruh banyakkan berehat.. tapi bagi aku, takdelah susah mana dan aktif mana aku bergerak.. buat keje sambil duduk jer.. aku pun takut nak aktif sangat.. takut BP mencanak lagi..


Oklah.. kuih kaswi dah masak.. dah sejuk dan dah makan pun.. nak tau tak memula kuih kaswi ni masuk tekak.. hati ku berkata... "mak aiiii.. sedaaaapnyaa!!!!" sungguhhh!!! memang layanlah resepi ni.. asben yang tak makan kuih jenis talam kukus ni pun layan jugak 3,4 ketul..  kalau dah layan tu, taulah aku.. sedap lah tu hihi.. resepi ni aku kopiket dari blog kak yati..korang cubalah..klik SINI k..

 dapat seloyang size 8"x8"



mabeles!!

Resepi Kuih Kaswi

Bahan-bahan:
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan* (*di masak)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • kelapa parut + garam

Cara menyediakannya:
  • Masak gula, gula merah dan daun pandan dengan 1 1/2 cawan air hingga gula larut.
  • Sejukkan dulu.
  •  Ayak kesemua tepung. Ketepikan..
  • Masukkan 3 cawan air dan air kapur dalam bancuhan air gula yang telah dimasak tadi. 
  • Tapis air gula ke dalam tepung dan gaul rata. Tapis bancuhan tersebut dan masak seketika atas api perlahan dalam 10 minit.. kacau selalu sampai pekat sikit..
  • Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan. Kukus loyang/acuan dulu..
  • Masukkan bancuhan tepung tadi dan kukus selama 45 minit atau hingga masak.. kalau guna acuan kecil leh kukus dalam 15 minit..
Note dari kakyati:
Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.

    2 comments:

    Zuraini said...

    okay gak resipi ni...tapi ada kelapa tu yg tak tahan....cinta kolestrol tuh!!! Kurang-kurang sikit makan berkelapa & berminyak ek...nak control BP tuh heheheheh....

    mama sara nur said...

    assalam
    sedapnye , feberet jugak ni he he nak try wat malam ni jugak
    tq ye share resepi

    Iklan