Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, April 2, 2012

Nasi Ayam Amira

Seindah nama Amira macam tulah rasa Nasi Ayam yang aku masak semalam.. hihi.. atas permintaan si amira sendiri nak mama dia masakkan nasi ayam.. baru semalam tertunai.. selalu beli jer.. resepi Nasi Ayam ni aku ambil dari banyak tempat dan aku olah mengikut kesesuaian selera kami anak beranak.. Macam Resepi Nasi Ayam aku ambil dari blog Mat Gebu.. Resepi Sos Cili & Ayam Goreng Madu aku ambil dari blog Kak Yati.. begitulah adanya.. cuma lepastu bahan2 tu aku tambah2 sikit ikut selera kami.. alhamdulillah rasanya.. kena tanya amira.. bertambah2 dia makan sampai kena marah ngan abah sebab nak tambah lagi dan lagi dan lagi.. aishhhh... :)


Resepi Nasi Ayam Amira
Rujuk: blog Mat Gebu
resepi ni telah diolah mengikut jumlah beras dan jenis beras yang digunakan.. 


Bahan-bahan:
  • 5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
  • 8 cawan stock sup ayam
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum  bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 1/2 inci halia
  •  3 ulas bawang putih
  •  2 camca mentega
  •  Garam 3 sudu KFC (garam bukit) klau garam biasa tu pandai2lah rasa.. 1 sudu cukup kot..

Cara Memasak:
  • Panaskan mentega, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sampai naik bau.. pastu masukkan halia, bawang putih dan daun pandan.
  • Masukkan beras yang dah ditoskan dengan bahan2 tumis tadi.. sekejap jer kemudian alihkan kesemua bahan ke dalam rice cooker.. masukkan air rebusan ayam dan tambah garam, gaul dan biarkan hingga masak.  


Resepi Ayam Goreng Madu 
Rujuk: blog Kak Yati

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam- di potong 12
  • 3 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos tomato
Cara Menyediakannya :
  1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
  2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
  3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.



Resepi Sos Cili Nasi Ayam Amira
Rujuk: blog Kak Yati
cuma aku olah sikit bahan sebab tak mau pedas sangat. sesuai untuk amira makan..

 Bahan-bahan:
  •  6 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili merah
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula dan sedikit garam
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 cwn air 
Cara Menyediakannya:
  • Blend semua bahan.. masak kejap.. masuk garam & gula secukupnya.



Resepi Sup Nasi Ayam Amira

Bahan-bahan:
  • ayam yang di potong kecil/leher/kaki
  • 1 batang lobak merah
  • 1 paket fishball
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga , 1 batang kulit kayu manis
Cara menyediakannya:
  1. Guna lebihan air rebusan ayam tadi, tambah air sikit kalau kurang air.
  2. Masukkan halia, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
  3. Biarkan mendidih, masukkan lobak dan fishball
  4. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah di goreng kekuningan
  5. Tambah garam secukup rasa.
  6. Masukkan daun sup dan daun bawang dan boleh dihidangkan.
Note: Sup ayam ni light2 jer rasanye.. kalau nak lebih rasa sup boleh masukkan sup bunjut atau kiub ayam knorr..


Resepi Kicap Nasi Ayam Amira

Bahan-bahan:
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar kicap cair 
  • 2 ulas bawang putih
  • beberapa titik minyak bijan
  • 2 cawan air rebusan ayam

Cara Menyediakannya:
  1. Campur semua bahan dan masak kejap.. itu sahaja
Selamat Mencuba!!

    5 comments:

    Rinna said...

    Sedapnyaa tgk nasi ayam amira tuh.. :)

    shark said...

    sedapnya kak atie..saya x penah lg buat nasi ayam..

    x tau reti ke idok hahha ;p

    macam nak try resipi akak la pasni :)

    atieaizam said...

    @Rinna: kena tengok amira sendiri makan.. sungguh2 dia makan.. baru 5 tahun tapi mkn mcm org tua hihi..

    atieaizam said...

    @shark: cubalah.. alaaa senang jer.. semua bahan lebih kurang sama jer.. sejam dah boleh siap..

    Izan Ishak said...

    kak atie.. sejujurnya izan mmg tak pandai nak buat nasi ayam yg sedap. tgk nasi ayam amira ni rasa terliur2 aje.

    Iklan