Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, April 10, 2012

Kek Coklat Mocca Kukus


Kek ni aku kukus malam semalam.. petang tadi lepas balik dari klinik buat BSP then pi cari barang2 birthday doorgift anak dara aku, baru aku wat topping ni.. malam tadi pulak baru aku kejekan kek ni ha hihi.. kek mocca kukus ni memang sedap.. tambah pula bubuh topping coklat.. hurmm...yummy!!  resepi kek ni aku ambik dari blog Chef Hanieliza.. memang mabeles!! cubalah.. anyway tq kak coz share resepi yang sodap ni hah.. :)

KEK COKLAT MOCCA KUKUS

Bahan A

250 gm butter
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar /gula kastor
1 cawan susu cair
1 s/b nescafe
½ cawan susu manis

Bahan B
2 biji telur (daku guna 3 biji)
1 tsp esen vanilla

Bahan C
1 1/4 cawan tepung gandum }
1 tsp baking powder }di ayak bersama
1/2 tsp soda bicarbonate }

 Cara :
1. Campurkan semua bahan A dalam periuk atas api yang sederhana….kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.
2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan A tadi..
3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.
4. Panaskan kukusan. (aku panaskan loyangnya sekali )
5. Tuang adunan dalam acuan .
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana.Kalau guna bekas cupcake tu 15 minit ok dah..

2 comments:

deno said...

kek kegemaran deno!!! :)

mama sara nur said...

assalam
sedapppp dan tak jemu makan kek ni

Iklan