Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, April 3, 2012

Resepi Ayam Masak Kicap

Hari ni aku agak bersemangat sikit nak masak untuk lunch.. tapi masak menu biasa2 jer.. ikan goreng, tumis taugeh ngan ayam masak kicap.. yang pasti ayam masak kicap ni adalah feberet anak2 aku.. dah lama mama dorang tak masak ayam masak kicap ni untuk dorang.. asik makan lauk beli jer time abah dorang keje hihi.. nasiblah anak2 aku ni tak cerewet.. makan aje apa yang dihidangkan.. alhamdulillah.. :) oklah.. kat bawah ni aku share resepi Ayam Masak Kicap tapi style aku ler.. style main campak2 jer hihi.. jom layan..



Resepi Ayam Masak Kicap

1 ekor ayam - potong ikut suka.. 12 boleh, kecik lagi pun boleh..
4 ulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang besar - 1 biji dihiris2, 1 biji lagi di potong bulat
4 biji cili hijau/cili merah - belah 2
2 inci halia - dihiris
1 keping asam keping
2 sudu lada hitam (ditumbuk halus)
3 biji kentang
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air

Cara Menyediakannya:
  • Ayam yang telah dibasuh, ditoskan dan dibubuh garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng. 
  • Setelah kesemua ayam siap di goreng, goreng pula kentang yang telah dipotong2 ikut patern ala cheesy wedges tu..
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris hingga kekuningan sedikit, masukkan kicap manis, serbuk lada hitam dan asam keping, tumis sebentar.
  • masukkan air secukupnya mengikut kepekatan yang dikehendaki.. macam aku bubuh 1 cawan air sebab anak2 nak berkuah nanti.. 
  • biarkan mendidih seketika dan masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat2 bersama cili merah yang telah dipotong dua tadi.. gaul rata dan bolehlah dihidangkan..
Note: tak perlu tambah garam lagi sebab kicap dah ada rasa.. lagipun ayam tadi goreng bersama sedikit garam dan serbuk kunyit ok.. Selamat Mencuba :)

4 comments:

munna said...

JGNKAN ANAK2 MUNNA YG DAH JADI MAK BUDAK PUN AYAM MASAK MKICAP

.: iEyLa :. said...

hurmm..dapnye...
lapar plak..hikhik

Izan Ishak said...

samalah dgn anak2 izan kak atie... suka ayam masak kicap... laju je kalau masak ni utk dorg.

atie aizam said...

@munna: hihi.. sama lah kita :)

Iklan