Dan.. pagi ni lepas anak sulung aku ke sekolah, aku mulakan operasi menyiapkan cupcake birthday anak dara aku yang terhenti semalam.. memula aku siapkan icing putih dulu.. pastu baru buat coklat ganache pulak.. tapi yang tu aku minta bantuan asben aku yang buatkan.. aku just bagitau jer apa yang perlu dilakukan..
"abang ambik coklat bla bla...."
"pastu abg cincang...."
"pastu abg didihkan bla bla bla.."
sambil tu aku dok siapkan cupcake dengan icing krimwell yang dah kembang semangkuk tu.. memang sedap icing krimwell + shortening + butter ni.. terbaiklah..!! pastu aku hiaslah sikit2 cupcake tu.. tabur gula kaler2 tu.. jadilah begini..
simple jer kan..
lepas siap semua 20 biji aku toppingkan dengan icing ni, aku beralih tempat.. kali ni aku guna coklat ganache pula.. 30 biji berbaki tadi semuanya aku bubuh coklat ganache.. lagi senang kerja hihi.. pastu aku hias dengan gula kaler2 jugak.. jadilah begini..
gambar ni aku ambik kat tadika anak aku..
tak sempat nak snap kat rumah tadi hihi..
dan 7 biji lagi aku hiaskan dengan tulisan nama anak aku..
AMIRA 5 yrs
asalnya nak letak wording dari coklat praline jer
tapi tak sempat daa.. hihi.. insyallah lain kali..
oklah.. itulah hasilnya aku bertungkus lumus demi anak-anak tersayang.. dan thanks juga kat adik aku coz siapkan apam dotdot utk doorgift.. penat?? mau tak.. ke hulu ke hilir bawa perut yang dah 7 month ++ ni hah.. walaupun kepenatan,aku sangat happy bila birthday mira kali ni semuanya yang dimakan adalah hasil air tangan aku..
dan alhamdulillah twins dalam perut ni pun tak meragam langsung hari ni.. sebelum ni hari2 BP aku melonjak tapi hari ni semua OK.. syukur padaMu kerana memudahkan urusanku ya Allah.. alhamdulillah..
thanks kat asben juga.. tanpa bantuan abg pasti semua yang dirancang takkan sesempurna hari ni.. apapun kami gembira tengok si kakak tersenyum riang..
"HAPPY BIRTHDAY Sayang!!~"