Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, June 3, 2011

Berpuasalah di Bulan Rejab Kerana Sunnah.

Al-Quran

Untuk memudahkan kefahaman semua, orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:

1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.

2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.

3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab. Ini bukanlah sunnah.

4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini bukanlah sunnah.

5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab.

6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya. (Hafiz Firdaus).

Sila Rujuk Di SINI

5 comments:

D_08 said...

Insyallah...same2 le kite tambahkan amal ibadat kite....

- GC - said...

dh rejab pun.. tak lama lagi ramadhan..

atie aizam said...

@D_08: insyallah..

@-GC-: betul tu.. pas Rejab, Syaaban, pastu Ramadhan..

nursayidatina said...

alhamdulillah,

thanks utk ilmu yg baik :)

atie aizam said...

@nursayidatina: alhamdulillah.. sama2 ;)

Iklan