Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Showing posts with label Baju Bersih. Show all posts
Showing posts with label Baju Bersih. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

Puisi BERSIH

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka,
warna kuning diisytihar racun terbisa
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya

Kerana nikmat amat lama berkuasa
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

- A. Samad Said

note: kata2 yg lebih tajam dari mata pedang...

Thursday, June 30, 2011

Kemeja-T BERSIH 2.0 Haram!


PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kemeja-T Bersih adalah haram kerana ia ada kaitan dengan perhimpunan haram.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius berhubung penjualan dan pemakaian barangan berkaitan Bersih 2.0.

“Kemeja-T itu ada hubung kait dengan satu perhimpunan haram jadi apa jua yang mereka pakai adalah haram,” katanya pada sidang akhbar.

note: aku baca aku senyum jerkkk.. :D

Iklan