Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, January 1, 2007

Selamat Tahun Baru.. 2007

Tengahari kami sekuarga saje ronda2 key ell, pastu singgah jap kat ChowKit jemput mak aku yang tak balik2 agi tu. Then kitorang pi carik kedai makan, banyak kedai masih tutup sempena hari raya smlm. Satu Kg Bharu kitorang ronda carik kedai makan yg sedap yang menepati selera kami sekuarga.."Jom kita makan kat Cahaya Suria nak?" mak aku bagi cadangan. "hmm..leh gak tu. Kat situ sedap gak masakan dorang" aku menyokong cadangan mak aku tu. Kami pun segera ke sana. Alhamdulillah kedai makan tu beroperasi hari ni.

Esok achap mula sekolah darjah satu. Beberapa borang maklumat murid yang perlu di isi baru aku penuhi. Semua dokumen yang sekolah baru nak dah aku sediakan: salinan surat beranak, salinan KP ibubapa, salinan rekod perubatan (suntikan), gambar & beberapa dokumen lain.

Alhamdulillah achap akan mula masuk alam persekolahan sebenar. Aku perlu banyak bertegas dengan dia mengenai masa dan jadual dan ini bermakna yang aku juga kene mendisiplinkan diri aku utk mematuhi jadual yang aku buat. Ishhh.. seriusnye hehehe..
InsyaAllah, & moga kami dipermudahkan olehNya untuk menjalani kehidupan yang mendatang. Amin..

No comments:

Iklan