Wednesday, November 28, 2012
KFC DAH ADA DELIVERY ORDER
Waaaah.. akhirnya... dah lama saya tunggu servis ni.. KFC NOW DELIVERS!! for the starting KFC cuma deliver kat area2 tertentu jer.. xpe lah.. pelan2 kayuh.. cam Mc D dulu pun camtu gak.. best best... jom chek kawasan rumah anda ada servis tu tak? kawasan rumah saya xde lagi la hihi.. sabo sabo.. nak tau klik SINI ok..
Tuesday, November 27, 2012
Sambal Tempoyak Ikan Bilis
Hahaha.. tempoyak baru jangan dibiarkan macamtu jer, nanti lama-lama tak sedap.. so buat jer apa yang teringin dek tekak kan hihi.. tempoyak yang beli haritu masih berbaki.. so apa lagi buat sambal tempoyak lah.. tumbuk cili api hingga lumat pastu tumbuk ikan bilis kasar2.. gaul sebati.. atau letak sebelah-sebelah ngan tempoyak kat lam piring, colek sikit.. makan pula dengan ulaman.. fuhhhhhhhhh.. semalam cuma ada timun so.. makan tak hengat lah.. aduuuusss.. dapat makan yang menyelerakan pun susah jugak kan.. asik teringat sambal tempoyak jer sejak malam tadi kikiiki.. nasib tak bukak periuk pagi2 ni sebab tak tahan godaan sambal tempoyak tu..
Nak resepi ada kat SINI ok.. siap ada tips lagi.. bagaimana cara nak memilih tempoyak baru huhu.. ada sape2 satu kapal dgn saya tak? peminat tempoyak tegar.. biar badai melanda akan tetap ku harung jua .. err apa kene mengena badai ngan tempoyak? aisshhh.. jom jom.. layan sambal tempoyak .. makan sambil tengok tv pun sedap ni hihi..

Sunday, November 25, 2012
Pucuk Ubi Masak Tempoyak Campur Petai
Pucuk Ubi ni saya masak semalam.. dah lama teringin sebenarnya tapi keinginan tu membuak lepas tengok kazen saya post masakan ni kat fb dia.. aishhhh.. terliur u.. takde lah susah sangat nak membuatnya tapi tu lah.. sebabnya encik asben saya tak makan tempoyak ni.. kalau masak nanti asik kena kutuk jer.. tak suka! .. semalam punya kutuk pun tak habis lagi.. sabar jer lah.. encik asben makan durian, tempoyak jer tak makan.. maka sangat2lah jarang saya dapat masak gulai2 yang dicampurkan dengan tempoyak..
Kira semalam ni cam nekad lah hihi.. ape2pun.. pucuk ubi masak tempoyak campur petai memang terbaik!! wallaaaaaaaaah.. semangkuk untuk saya dan semangkuk lagi untuk mak saya.. takmo citer banyak.. jom layan gambar.. nak resepi leh gi kat SINI k..
note: kesihatan ayah saya semakin baik.. cuma kena jalan dengan bantuan tongkat 4 kaki wat sementara ni.. moga ayah cepat sembuh. amin .. kepada kawan2 yang mendoakan kesihatan ayah pulih segera saya ucapkan ribuan terima kasih, hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kawan2 semua.

Saturday, November 24, 2012
Moga Ayah Segera Sembuh. Amin
Semalam seperti kebiasaan petang hari jumaat saya akan hubungi mak ayah saya, bertanyakan pesanan kalau2 mak ngan ayah teringin nak makan apa2 kat pasar malam.. tapi dari suara mak, saya rasakan mak risaukan sesuatu.. mak harap saya datang ke rumah petang tu tapi hari dah lewat.. nanti baby2 saya meragam.. jadi lepas mak memesan, asben terus ke pasar malam dan menghantar pesanan mak sambil jenguk ayah..
Asben kata nampaknya ayah memang tak berdaya.. dari siang ayah tak makan.. nak ke tandas pun ayah tak berdaya berdiri.. sampai ayah terkencing atas tilam ayah.. aduhai kesiannya ayah.. asben saya terus ke farmasi mencari bekas untuk ayah mudah membuang air.. balik jer dari farmasi, asben saya kemas katil ayah, salinkan pakaian ayah.. dan paling aku tersentuh.. menantu ayah tu suapkan makanan kat ayah.. saya pun tak pernah suapkan makanan kat ayah.. ayah tak pernah macamtu.. hati ni resah sebenarnya.. esok pagi, insyallah saya nak ke rumah ayah.. nak pujuk ayah ke hospital dapatkan rawatan..

Setengah jam lepas asben balik, asben dapat panggilan dari anak bujang saya yang kebetulan nak tidur kat rumah opah dia.. katanya atuk jatuh.. aduhai.. asben bergegas sarung baju dan terus memecut ke rumah mak.. asben kata ayah memang tengah terlentang terbaring tepi katil tu.. mak ngan anak saya tak mampu nak mengangkat ayah.. aduhai.. kesiannya ayah.. asben dengan bantuan anak bujang saya papah ayah, dan baringkan ayah semula kat atas katil.. bila keadaan ayah dah ok, asben balik rumah..
Risaunya saya.. lambatnya pagi.. sekarang pukul 4.00 pagi.. saya masih tak tidur lagi sebab si kembar adik berjaga.. dalam hati saya sentiasa mendoakan ayah segera sembuh. amin.
Doa buat ayah:
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang ziarah orang sakit yang belum tiba
ajalnya, lalu ia mengucapkan doa ini di sisinya sebanyak tujuh kali
(yang bermaksud “Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan bagi
‘arasy yang agung, semoga Ia berkenan untuk menyembuhkanmu”) nescaya
Allah SWT akan menyembuhkannya daripada penyakit itu. (HR Abu Daud dan
Tirmizi).
Rasulullah saw. apabila menziarahi orang sakit atau orang yang menderita sakit itu di datangkan kepada baginda saw., Baginda mengucapkan (doa yang bermaksud): “Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).
Daripada Abu Sa’is al-Khudri, Nabi saw. bersabda, “Apabila kamu menjenguk orang sakit, maka hendaklah kamu beri harapan akan panjang umur. Kerana yang demikian itu, meskipun tidak dapat menolak takdir sedikit pun, tetapi dapat menyenangkan hatinya.” (HR Ibnu Majah dan Tirmizi).

Thursday, November 22, 2012
2 BE Baru
Alhamdulillah.. dah hampir 2 bulan blog saya sunyi dari BE.. anyway tengkiu yer Nuffnang dengan 2 BE baru ni.. ada BE, baru ada semangat sikit hihi..
psst: nuff, hari tu nye cashout x dapat lagi la.. kasi ejas cepat sikit yer hihi tq
psst: nuff, hari tu nye cashout x dapat lagi la.. kasi ejas cepat sikit yer hihi tq
Monday, November 19, 2012
UPSR 2012: Tahniah Anakku!
Istimewa malam ni, saya masak Udang Galah Nenas Masak Lemak Cili Padi.. bagi meraikan anak bujang saya yang sulung, Asyraaf yang mendapat keputusan UPSR hari ni.. meskipun keputusannya tak sebaik kawan-kawan dan sepupu2 dia yang dapat 5A tapi saya sangat bangga dengan kejayaannya hari ni.. ketika orang lain bersama ibu mentelaah pelajaran, dia terpaksa berdikari sendiri sepanjang 9 bulan saya mengandungkan adiknya si kembar hazim haziq.. saya sering keluar masuk hospital, kalau kat rumah adakala saya asik baring jer.. kalau badan sihat sikit saya banyak merehatkan fikiran saya dengan buat kerja2 membaking..takleh nk pikir benda2 yang berat.. dan malah bila adik2nya lahir, saya masih tak mampu nak temankan dia selalu..
Tahniah sayang dengan keputusan 3A2B hari ni.. tapi ingat, perjalanan masih jauh lagi.. banyak lagi cabaran yang perlu ditempuh.. terus berusaha ok.. mama selalu doakan abang asyraaf berjaya dan menjadi anak yang soleh dan sayang mama, abah, adik mira, adik hazim ngan adik haziq hingga akhir hayat.. mama luv u selalu..

resepinya ada di SINI
Sunday, November 18, 2012
Keputusan UPSR 2012 ESOK!
Dah bersedia? tinggal berapa jam lagi anak2 kita akan tau keputusan UPSR dorang.. amacam ibu bapa semua? nebes tak? hihi.. saya sangat, sangat, sangat lah nebesnye.. esok kol 10.00 pagi semua dah boleh ambik keputusan UPSR kat sekolah masing2.. nak cek secara ONLINE pun boleh.. nak SMS pun boleh..caranya ada di SINI k ... oklah .. Goodluck semua!
Friday, November 16, 2012
Jinak-jinak Merpati Akhirnya ke Kuali Juga
Sebelum saya teruskan cerita saya yang masih berkisarkan kenangan2 dikampung aritu, saya mengambil kesempatan ini nak ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua kawan2.. moga tahun baru ini kita menjadi insan lebih baik dari sebelumnya. amin.
Ok.. berbalik pada ternakan dan hidangan kami kat rumah mertua aritu.. selain arnab, abah ada bela merpati gak.. so entah hari keberapa kami kat sana, abah sembelih merpati.. hurmm sedap juga daging merpati ni cuma kena masak lama sikit macam itik.. sebab daging merpati ni liat sikit tak macam puyuh.. tapi rasa memang sedap arr.. tambah pula mak mertua saya masak merpati tu masak gulai batang pisang.. fuh fuh... bertambah makan nasi wehh...
so ada yang teringin ke?? hihi.. kalau ada yang mengidam tu, habaq mai.. nanti leh pi umah mertua minta sekoq dua ke kan.. lepas ni saya nak kongsi cerita pasal itik pulak.. best best best :)
Ok.. berbalik pada ternakan dan hidangan kami kat rumah mertua aritu.. selain arnab, abah ada bela merpati gak.. so entah hari keberapa kami kat sana, abah sembelih merpati.. hurmm sedap juga daging merpati ni cuma kena masak lama sikit macam itik.. sebab daging merpati ni liat sikit tak macam puyuh.. tapi rasa memang sedap arr.. tambah pula mak mertua saya masak merpati tu masak gulai batang pisang.. fuh fuh... bertambah makan nasi wehh...
sedap.. manis jer
lepas kena salai atas api bagi buang bulu2 halus..
ni baki yang tinggal.. tak banyak dah..
Thursday, November 15, 2012
Jom Panggang Arnab
Sepanjang saya dan keluarga kat rumah mertua, abah suka nak sembelih ternakan yang ada.. ada sekali jer kot saya makan ikan.. lain2 harinya saya makan daging jer.. daging itik, daging arnab, daging merpati, daging itik balik dan itik lagi dan telur itik hihihi..
Dalam entry ni saya nak cerita tentang daging arnab.. dulu saya tak lalu nak makan arnab ni.. tak kira lah mak mertua saya masak apa, tak mampu saya nak telan.. tapi sejak dua menjak ni selera saya dah berubah.. cuma saya masih tak mampu lagi tengok abah sembelih arnab tu.. nak buang bulu lagi lah tidak kan hhhihihi.. jom tengok daging arnab lepas dipanggang.. selalunya mak masak gulai.. tapi kali ni tukar selera pula..

panggang atas pemanggang yang tengah meletop sekarang ni..
macam peha ayam jer kan.. ok ape..
ini daging arnab yang dah masak.. sedap weh!!
inilah arnabnya.. :D
lalu makan??? hihihihi
Wednesday, November 14, 2012
Main Petik Jer Part 2
hahaha.. ada part 2 la pulak.. entry lepas kita tengok pokok cili, serai dan sebagainya.. kali ni jom kita jalan2 petik ulam-ulaman pulak.. kat rumah ni abah ngan mak ada tanam kacang botol @ kacang kelisa, daun peria katak, terung pipit, pokok betik bunga, dan beberapa ulaman lain yang saya tak pasti namanya hihi.. so healthy kan..
tu lah kan kalau kita rajin berbudi pada tanah.. nah hasilnya.. bukan jer jimat belanja dapur malah ulaman kita tu sangat2 segar dan sedap rasanya.. oklah.. bab tanaman dah cerita, next entry kita tengok pula apa yang abah sembelih untuk kami makan hasil dari ternakan yang ada.. tungguuu..
daun peria katak
terung pipit
bunga betik
bunga kunyit
Tuesday, November 13, 2012
Main Petik2 Jer
Hari ni saya nak sambung cerita masa saya balik kampung aritu.. bestnya bila sesekali balik kampung kan.. part paling saya suka masa kat kampung ialah time nak masuk subuh.. indahnya bunyi kokokan ayam jantan.. lepas tu dengar bunyi angsa ngan anak2 dia jalan2 cari makan pulak.. dalam kol 7 pagi cepat2 saya buka pintu depan semata2 nak hirup udara awal pagi.. sejuk dan segar rasanya.. rasa rugi nak sambung tidur balik..
Itu cerita waktu pagi.. Tengahari pulak, biasanya saya yang akan ambik alih tugas memasak kat dapur.. tapi kali ni saya hanya bantu sikit2 jer.. sebab kadang2 masa saya tengah masak, baby hazim atau baby haziq mula menangis.. so payah kadang asben atau tok dia nak pujuk.. jadinya mak in law lah yang masak tengahari buat kami semua.. tq mak :D
Ada lagi yang bestnya kat kampung ni tau.. masa nak masak.. kebanyakkan bahan semua main ambik kat belakang rumah jer.. semua ada.. serai, cili, daun kunyit, limau nipis, nak apa lagi? nak kelapa wat santan? jolok jer kelapa yang tua2 tu.. tengok gambar kat bawah ni.. bestkan..
bestkan.. :D .. nak ulam-ulaman pun ada.. next entry saya sambung cerita pasal ulam-ulaman pulak k..
kat depan ni lah tempat saya hirup udara pagi

nak cili padi.. petik aje
nak serai, kasi cantasss hihi..
nak daun kunyit.. potong aje
ada kelapa muda.. ada kelapa tua..
nak jolok? hihihi tak mungkin.. upah org panjat ler
nak jolok? hihihi tak mungkin.. upah org panjat ler
bestkan.. :D .. nak ulam-ulaman pun ada.. next entry saya sambung cerita pasal ulam-ulaman pulak k..
Tuesday, November 6, 2012
Keputusan UPSR 2012 Ditangguhkan 21 November 2012!!
Begitulah adanya berita yang saya dengar pagi2 tadi.. adehhh... hilang terus nebes saya hihi.. Keputusan UPSR 2012 yang sepatutnya diumumkan pada 8 November 2012 Khamis ni ditangguhkan pada 21 November 2012..
Asyraaf lah yang paling gembira dengar berita ni.. saya tak sabar dah hihi..
Asyraaf lah yang paling gembira dengar berita ni.. saya tak sabar dah hihi..
Monday, November 5, 2012
Semakan Keputusan UPSR 2012 secara ONLINE @ SMS
Semakan keputusan UPSR 2012
boleh diambil di sekolah masing-masing pada hari yang telah ditetapkan.
bagi kemudahan calon dan keluarga, semakan juga boleh dibuat dengan
menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara online
Cara Semak Keputusan UPSR Secara Online
3. Akan tertera paparan yang perlu diisi seperti dibawah ini.
Cara Semak Keputusan UPSR Secara SMS
Cara Semak Keputusan UPSR Secara Online
Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR . Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan
satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi
peperiksaan pencapaian anak mereka. Caranya seperti berikut:
1. Sila ke laman web SAPS atau klik banner di bawah ini..
2. Lihat menu pilihan disebelah kiri dalam laman web SAPS (seperti paparan dibawah ini). Klik menu SEMAKAN IBUBAPA yang berwarna hijau dibahagian bawah sekali.
3. Akan tertera paparan yang perlu diisi seperti dibawah ini.
- Isikan No. Kad Pengenalan atau Sijil Lahir anak anda.
- Klik pilihan SEKOLAH RENDAH.
- Pilih TAHUN persekolahan : 2012
- Klik Semak Laporan (disebelah No KP/Sijil Lahir)
Cara Semak Keputusan UPSR Secara SMS
- Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
- Contoh: UPSR BC001A789 hantar ke 15888
Tahniah atas keputusan yang diperolehi!!!
Sunday, November 4, 2012
Keputusan UPSR 2012
Wow.. berdebar.. risau.. tak sabar.. semua ada dalam hati seorang ibu ni ha.. aduhai.. macam saya pulak yang ambik exam aritu..
Result UPSR 2012 akan keluar hari Khamis ni 8 November 2012 menurut sumber2 yang sangat2 boleh dipercayai hihihi.. so pada ibubapa.. jangan risau sangat sampai memudaratkan kesihatan k.. :D .. terima seadanya keputusan yang anak kita dapat.. jangan patahkaan semangat mereka kalau keputusan yang mereka dapat tak seperti yang kita harapkan.. ini baru satu permulaan anak2 kita mengorak langkah untuk lebih berjaya pada masa akan datang..
Asyraaf.. mama tolong beratur amikkan result boleh? hihihi.. adehhhh.. dah start nebes ni..

Saturday, November 3, 2012
Majlis Korban Di Hari Raya Haji ke-2 Part 1
Lama rasanya tak update blog saya ni.. kat kampung sya guna maxis berukben.. alahaiiiiii lembabnyeee.. hilang mood saya nak update setiap kali on netbook sya ni hah.. tapi hari ni saya dah balik kl.. rasa macam banyak cerita nak update.. tapi moodnya tak berapa nak mari.. penat lagi kot.. lagipun anak saya si haziq meragam pula.. penat kot dia.. sian anak mama..
Hari ni saya nak sambung cerita pasal korban lembu 2 ekor tu.. Majlis Korban biasa memang buat kat rumah kami.. tahun ni ramai yang ambil bahagian.. tu yang jadi 2 ekor tu.. setiap tahun mil ngan fil mesti masuk bahagian, alhamdulillah..
Kenduri kat kampung memang seronok.. happening sangat.. ramai saudara mara dan jiran tetangga datang menolong.. sementara kerja2 melapah daging lembu dibuat oleh kaum lelaki, kaum perempuan pulak sibuk menyiapkan bahan2 untuk masakan.. makcik2ku pula sibuk kat dapur kat dalam rumah siapkan juadah untuk semua yang tengah wat kerja tu.. menu pagi tu : mee goreng, agar2 lumut (makngah bawa), kek pisang (kakna bawa), dan macam2 lah lagi buah tangan dari makcik2 ngan jiran2 sebagai penambah juadah pagi tu..saya hanya membantu sikit2 jer :) ..
so lepas kerja masak siap, apalagi.. makan time ler.. menu kenduri korban: sup tulang + daging hiris, air asam tomato, masak lemak telur itik, moi sup dan banyak lagi ar.. alhamdulillah clear.. nanti part 2 saya update gambar2 menu pulak.. mata dah mula mengantuk.. oh yer.. kalau ada yang teringin nak cari resepi2 juadah2 yang saya update kat dalam blog ni boleh ke blog masakan saya yer.. http://sajiankasih.blogspot.com .. selamat menjamu mata :)

inilah lembu2nya..
bismillah...
melapah lembu..

ngah potong n cuci.. satg nak wat sup..
ni lah yang paling best.. ada ramai penjaga si kembar hazim haziq
so lepas kerja masak siap, apalagi.. makan time ler.. menu kenduri korban: sup tulang + daging hiris, air asam tomato, masak lemak telur itik, moi sup dan banyak lagi ar.. alhamdulillah clear.. nanti part 2 saya update gambar2 menu pulak.. mata dah mula mengantuk.. oh yer.. kalau ada yang teringin nak cari resepi2 juadah2 yang saya update kat dalam blog ni boleh ke blog masakan saya yer.. http://sajiankasih.blogspot.com .. selamat menjamu mata :)
Subscribe to:
Posts (Atom)