Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, August 27, 2012

Teratak Rahmat - Kempen Sekampit Beras

Assalamualaikum, 

Mari kita bantu anak-anak di Teratak rahmat dengan menderma sekampit beras yang hanya berharga RM26 bagi 10 kilo beras.. tapi kalau ingin menderma lebih, amat dialu2kan..maklumat lanjut boleh berhubung dengan Teratak Rahmat di SINI atau rujuk dalam banner di bawah ni..

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Teratak Rahmat boleh berkunjung ke laman webnya di SINI

note: saya memanjangkan penyebarannya kempen ini dari blog kakyong..

Saturday, August 25, 2012

Mohon Kemaafan Di Aidilfitri


"Selamat Hari Raya Aidilfitri"

Dengan hati yang tulus ikhlas, 
saya menyusun 10 jari yang ada, 
memohon maaf zahir dan batin 
andai ada kata-kata atau perbuatan atau tulisan saya 
yang menyinggung hati rakan-rakan blogger atau 
pembaca blog saya yang tak seberapa ni.. 
Maafkan saya yer..


Friday, August 24, 2012

Blueberry Muffin

Ada yang buat rumah terbuka ke? mesti ramai yang dah dapat jemputan kan.. aku pun ada juga.. insyallah sampailah aku nanti memenuhi undangan kalian.. baru2 ni aku beraya ke rumah sahabatku ida kat klang.. so sebelum nak ke sana, aku buatkan muffin blueberry untuk tuan rumah sebagai buah tangan.. kali ni aku cuba resepi dari pakar muffin kak izahdaut.. memang sedap dan gebus gebas kejadian muffin blueberry tu.. tak muak makan banyak kali.. anak2 lah yang paling suka makan.. dan alhamdulillah tetamu kat rumah sahabatku ida kat klang pun suka gak makan muffin tu.. terima kasih yer kak izah share resepi yang sedap ni.. izinkan saya berkongsi di sini pula yer..




 gebu gebas.. yummy!

Resepi Blueberry Muffin (35 biji saiz kecil)

Bahan-bahannya:
125 gm mentega *saya guna buttercup
1 1/2 cwn gula kastor *sya guna 1 1/4 cwn
4 biji telur
1 sk vanilla essence
3 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
1/2 sk garam *guna garam bukit
1 cawan buttermilk
blueberry filling secukupnya

*buttermilk: 1 cwn susu segar + 1 sb oren sanquik. Bancuhkan keduanyaa dan biar beberapa minit hingga menjadi pekat.

haritu aku doublekan setiap bahan2 kat atas ni.. dapatlah dalam 80 biji.. kalau 35 biji habis kat anak2 aku makan jer hihi..

Cara Membuatnya:

  • Pukul butter dan gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
  • Kemudian masukkan pula vanila esen dan pukul lagi sebati.
  • Tepung diayak bersama baking powder dan garam. 
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Tepung dimasukkan berselang2 dengan buttermilk.
  • Gunakan cara kaup balik semasa proses mengaulkan tepung dlm adunan butter. Bukan pukul dengan mixer ye.
  • Bila semua bahan sudah sebati bolehlah diceduk kedalam muffin cup. Diingatkan jangan overmix adunan tadi.
  • Cedukkan sedikit adunan muffin, kemudian isikan filling bluberry dan tutup balik dengan adunan muffin sepenuh 3/4 cup.
  • Bakar pada suhu 180  C selama 20 minit. (ikut oven masing2)

Thursday, August 23, 2012

Kanta Lekap RM25


Nak cantik, 2 hari kabur penglihatan gara-gara kanta lekap RM25 ni.. itu nasib 2 hari jer... kalau kabur mata tak hilang2 macam mana pulak.. pada adik2 yang lain, berhati2lah k.. sayangilah mata uols.. nak cantik boleh, tapi pastikan kanta yang adik2 beli tu berkualiti dan takde kesan yang macam adik nabila kena ni.. cerita lanjut kat bawah ni k..

KLANG: Gara-gara memakai kanta lekap berwarna jenis murah dan tidak berkualiti, seorang gadis berusia 18 tahun dari Kapar, di sini, kini berdepan masalah penglihatan sehari selepas memakainya.
Nabila Rosli yang membeli kanta lekap itu dengan RM25 sepasang di Seremban, Khamis lalu, berkata sejurus bangun daripada tidur esoknya, dia tidak boleh melihat apabila kedua-dua mata sakit dan membengkak teruk.
Kejadian itu turut menyebabkan penglihatan mata pelajar kolej di Seremban itu menjadi kabur selama dua hari.

Malah, sambutan Aidilfitri yang sepatutnya ceria bertukar muram berikutan dia tidak boleh berjalan jauh disebabkan mata bengkak dan penglihatan kabur.

Tuesday, August 21, 2012

Resepi Rendang Ayam Minang

Raya ke-3

Post ni aku buatkan khas untuk adik aku yang dah berpindah kat Kedah.. dia nak masak rendang tapi tak pasti bahan-bahannya nak banyak mana.. so aku harap entry ni mampu membantu dia masak rendang untuk suami dan kaum keluarga dia kat sana.. pada kawan2 lain yang nak mencuba, silakan.. insyallah mabeles! cuma pedas sikit lah.. nama pun Rendang Ayam Minang yer tak..

 Bahan-bahan utama:

2 ekor Ayam - potong, basuh dan toskan

6 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 inci lengkuas
40 tangkai cili kering- rebus dan tapis airnya

*blend semua bahan kat atas.

3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
3 batang serai - diketuk2 saje
1 keping asam keping

1 1/2 kilo santan bersamaan dengan 6 biji kelapa parut



  • bila dah blend, masukkan semua bahan tu ke dalam kuali, masukkan 2 helai daun kunyit yang di simpul, 3 batang serai yang telah diketuk dan 3 helai daun limau purut serta 1 1/2 kilo santan.
  • masak hingga kuah pekat dan baru masukkan ayam.. jangan masukkan ayam dulu sebab ayam akan hancur sementara nak tunggu kuah rendang kering..
  • pastu dah nak kering tu, masukkan garam secukupnya. 
  • insyallah hasilnya pasti yummy!!

Thursday, August 16, 2012

Muruku Bijan

Wah dah berhari aku tak update sini.. biasalahkan.. dah dekat nak raya ni, banyak keje nak buat.. nak online pun tak sempat.. apa lagi nak ziarah kawan2 memang tak sempat.. selain bz menjahit, aku sekarang bz mengukis.. hihi.. wat biskut raya daa.. baru 2 jenis tapi bz mengalahkan PM hihi.. mana taknye.. buat keje dengan si kembar.. haruslah lambat siapnye kan.. so sehari sejenis jer lah.. 2 hari lepas aku buat Muruku..

Aku buat Muruku biasa & Muruku Bijan.. rangup dan sedap.. alhamdulillah.. resepinya aku reka2 sendiri lepas aku baca resepi2 dalam internet yang buatkan aku agak kompius sikit dengan bahan2nya.. so kawan2 yang nak mencuba. sila lah.. ada resepi kat bawah ni.. jangan risau.. pasti sedap dan rangup..

 acuan plastik ajer..

wangi.. goreng dengan daun kari sekali..

hasilnya 4 balang.. 
1 dah export ke kampung, 1 dah selesai di makan hihi


Resepi Muruku (1 adunan dapat 2  1/2 balang)

500gm tepung Muruku Baba's
250gm tepung beras
2 sudu marjerin
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jemuju
1 sudu besar bijan 
2 sudu serbuk cili
3 tangkai daun kari (racik halus)
garam & msg/gula

Cara membuatnya:
  1. Campurkan kedua-dua tepung dan masukkan bahan2 lain kecuali santan dan air. Gaul rata dan baru masukkan santan dan gaul lagi. Tambah air sikit-sikit sambil uli doh hingga doh lembut.
  2. Masukkan dalam acuan dan gunakan acuan bintang 3 untuk dapatkan muruku yang lebih rangup.
  3. Goreng dalam minyak yang penuh.


Monday, August 13, 2012

Kami Dapat Coke Percuma!


1 Rumah 1 Bottle Coke
tengoklah pesanan dari Coke




 TQ Coke! 
TQ abg2, kakak2 yang dok turun naik antar coke tadi..
kesian uols, penat.. sini xde lift hihi..
 
Oh ya, siapa lagi yang dapat?
Selamat menikmati COKE hihi..

note: sya x minum coke.. tapi saya hargai mereka yang memberi.. :D

RM6 Baraka Habbatussauda


Promosi RM6 Baraka Habbatussauda bagi Pembelian 120 kotak dari 01/8/2012-31/8/2012 dah TAMAT!!
Harap Maklum.TQ

Sila call/sms kami di talian 012-3636531 (Saiful) untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kerana berurusan dengan kami.

Friday, August 10, 2012

Pandelela Menang Gangsa, Tahniah!!!!!!!


 Berdebar... itulah yang aku rasa tadi.. mata aku tak beralih dari kaca tv tengok pandelela buat terjunan.. dari round 2, 3, 4, 5 dan hingga air mata Pandelela mengalir kegembiraan (aku pun sama, sebak gile).. Malaysia Boleh!!!!! Pandelela berjaya!!! Pandelela berjaya dapat gangsa.. bukan senang beb... tahniah!!!

Thursday, August 9, 2012

Go Emas Pandelela !


Tiba2 nama PANDELELA melonjak!!

YES!!! satu lagi peserta Malaysia yang berjaya ke pentas akhir Sukan Olimpik London 2012.. RATU terjun negara Pandelela Rinong menghidupkan harapan Malaysia untuk memburu pingat kedua Sukan Olimpik 2012 dengan mara ke final acara 10m platform individu wanita, sebentar tadi.

Penerjun dari Sarawak ini menduduki tangga kelima pada pusingan separuh akhir.

Pandelela, yang beraksi dalam Olimpik keduanya selepas Beijing 2008, mengumpul 352.50 mata untuk mara ke final sekali gus merealisasikan impian negara yang ingin meraih emas pertama buat negara.

Semoga berjaya!!

Note: Jom kita dok depan tv kol 2 pagi ni.. bagi semangat untuk Pandelela..

Wednesday, August 8, 2012

Popia Goreng dengan Sos Special

Popia la pulak.. dah macam blog masakan la pulak blog aku ni.. tapi xpelah.. inipun aktiviti aku juga kan hihi.. lagipun berkongsi ilmu ni banyak manfaatnya kan.. petang semalam aku buat popia goreng dengan sos sekali untuk juadah berbuka.. nak buat popia aku rasa takde masalah.. kebanyakkan resepi kat internet ni semuanya lebih kurang jer.. senang cari.. tapi yang susahnya nak buat sos popia yang sedap.. betulkan.. bukan nak kata sos yang ada kat internet, kat blog2 kawan ni tak sedap tapi tak menepati selera aku.. tapi aku tetap jugak godek2 resepi sos kat internet ni.. hinggalah aku terjumpa satu resepi yang hurmm.. rasanya sedap kot sos ni kalau ikut pada resepi yang tertera.. hati kecil aku kata 'cuba buat!" dan aku pun cubalah.. dan...... hasilnyaaaa... MEMANG SEDAP!!!!! betul!!!

 makan macamtu pun sodap :)

tengoklah sosnya.. terbaik!

Resepi Popia
Kulit popia secukupnya- aku guna segera punya

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar ayam cincang
3 sudu besar air
1 btg Carrot - parut panjang
1 btg timun - parut panjang (buang bahagian tengah timun)
1 mangkuk taugeh
1 sudu besar udang kering
Garam dan gula

Cara membuatnya:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan masukkan udang kering, tumis hingga kekuningan sedikit.
  2. Masukkan ayam cincang dan sedikit air. Masak hingga ayam masak.
  3. Masukkan carrot dan timun yang dah diparut panjang. Masak dalam 5 minit.
  4. Masukkan taugeh, balik2kan sayur bagi sebati dalam 3 minit. Jangan lama sangat nanti taugeh layu.
  5. Masukkan garam dan secubit gula.
  6. Angkat dan tapis.
  7. Bila dah sejuk, gulungkan dan gamkan dengan bancuhan tepung gandum + air.

Resepi Sos Popia Special

Bahan A:
8 batang cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

(cili kering hendaklah di rebus, toskan dan di goreng. Bawang besar dan bawang putih juga di goreng hingga layu atau kekuningan, blend ketiga-tiganya)

Bahan B:
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula pasir
garam secukupnya

1/4 sudu tepung jagung

Cara Membuatnya:
  1. Campur Bahan A yang dah diblend dengan bahan-bahan B dalam kuali/periuk kecil.
  2. Masukkan 1/2 cawan air dan kacau sebati.
  3. Masak 5 minit.
  4. Masukkan tepung jagung yang dah dicairkan.
  5. Masak 5 minit dan sejukkan.
Note: hias dengan bawang goreng rangup.. memang sedap.

maaf, lambat update :)

Tuesday, August 7, 2012

Kari Kambing Saizam

Sesekali layan kambing memang terbaik!! nak layan selalu tak boleh.. kang ada yg masuk wad pulak hihi.. so berbuka puasa semalam aku masak kari kambing.. aku namakan kari kambing saizam sebab asben aku (nama pena saizam) suka sangat dengan kambing.. tak kiralah masak ape pun..lama jugak lah aku melembutkan daging kambing ni hah.. tapi bila makan memang yummy!!

Aku masak kari kambing ni degan bahan2 yang simple jer.. kalau nak cuba kat bawah ni ada resepinya k..



Selain tu aku masak lagi kuih cara berlauk ngan kuih cara manis.. guna bahan yang sama macam kat dalam SINI cuma untuk kuih cara manis aku gantikan inti daging dengan gula pasir.. senang jer rupanya hihi.. yang penting semua kuih tu cleaaaarr!!!



Ok, kat bawah ni ada resepi Kari Kambing Saizam, cubalah..


Resepi Kari Kambing Saizam

Bahan-bahan Utama:
1 kilo tulang rusuk kambing
2 cawan santan pekat
air secukupnya untuk merebus
1/4 sudu teh asam jawa Adabi

Bahan Tumis:
2 biji bawang besar (sederhana besar) } hiris
3 ulas bawang putih } hiris
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih

Bahan Pes Kari
2 biji bawang besar (sederhana besar)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
(blend/tumbuk bahan2 kat atas)
4 sudu besar serbuk kari daging (campurkan serbuk cili dan sedikit air)
2 sudu besar serbuk cili (pakai cili kering pun boleh)

Tambahan:
3 biji kentang - potong 6
4 biji cili hijau -potong 2 tak putus
daun ketumbar

Cara Memasak:

  1. Tumis bahan2 tumis hingga naik bau dan nampak bawang dah nak garing (jangan sampai garing tau.. layu2 sudah)
  2. Masukkan bahan pes kari dan tumis hingga naik minyak. Kacau selalu takut hangit kat bahagian bawah periuk.
  3. Masukkan daging kambing dan air. Rebus daging kambing dalam 1 jam.
  4. Masukkan kentang, santan dan asam jawa.
  5. Masak hingga kentang empuk dan masukkan cili hijau dan daun ketumbar.
  6. Masukkan garam dan sedikit gula.

Monday, August 6, 2012

Aku Maafkan..

Takpe.. aku paham.. aku tahu kawan2 aku pun paham.. bukan kawan-kawan aku jer, ku rasa rakyat Malaysia sume paham.. semua memahami keadaan kamu.. kamu dah bertarung bersungguh2.. kamu kalah tipis jer.. kamu kalah bermaruah.. kamu bagi aku, kawan-kawan aku ngan rakyat Malaysia seolah2 bersama-sama bertarung masa kamu main semalam.. 19-21 saat yang sangat genting.. aku tabik spring kat semangat kamu.. semangat juang kamu.. seperti kata kamu 'lin dan masih dalam kelasnya yang tersendiri" ya betul tu.. tapi kamu jangan sedih ok.. kamu juga yang terbaik dunia!



note: stress seorang jaguh..

Sunday, August 5, 2012

Kuih Cara Berlauk Kari Daging

Haaa.. ini percubaan pertama aku buat kuih cara.. wah best best.. sedap dan senang sangat nak buat.. lagi senang bila kari daging tu aku dah masak masa sahur.. pastu simpan lam peti ais..  time nak berbuka baru bancuh tepung n bakar.. rasanya pun memang sedap.. kalah yang jual kat luar tu.. ntah apa2 rasa ntah.. susah nak cari kuih sedap kat bazaar ramadhan kan.. tapi bagi aku yang penting suami ngan anak2 suka.. :D

oklah.. kalau ada yang nak cuba buat, silakan.. kat bawah ni aku ada kongsikan resepi nya ok.. resepi asal kat sini tapi aku olah sikit ikut selera aku sekeluarga..

panassss..

mewah dengan inti.. dan pasti yummy!!

BAHAN UNTUK INTI
  • 200 gm daging kisar (1/2 keping daging cincang Ramly Burger)
  • 3 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 1 1/2 biji bawangbesar (sederhana besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh udang kering
  • Garam dan sedikit gula

BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
  1. Blend bawang putih dan bawang merah dan tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blender dengan udang kering, tumis kekuningan sikit dan masukkan rempah kari yang dah dipeskan (bancuh dgn air) dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.

UNTUK MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG
    • blender jer semua bahan

    CARA MEMASAK KUIH
    1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
    2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
    3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bawang.
    4. Tutup gunakan tutup periuk selama 5 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.
    note: acuan tu dah 3 tahun beli baru guna.. yang penting guna juga akhirnya kan hehehe..

    Thursday, August 2, 2012

    Duit Raya Dah Sampey

    Siapa belum tukar duit raya? aku dah hihi.. 

    Adik2 umur bawah 12 tahun kalau nak wit raya mai umah k.. 
    adik2 12 tahun ke bawah sahaja  hehe..
    atas 13 tahun x dapek ok lalalala :p


    buat anak2 buah makngah..
    hurmm.. siapa datang beraya kat umah opah pagi raya nanti leh dapat k..
    yang jauh di mata, cuci mata saje ok :p

    buat anak2 buah maklong kat kampung..
    tahun ni posmen tak mai umah..
    postpone tahun depan ok kot hihi..

    Wednesday, August 1, 2012

    Buah Melaka Dwi Warna

    Hari ni santapan manisan berbuka puasa aku sekeluarga ialah Buah Melaka Dwi Warna.. dah lama teringin nak buat buah melaka ni.. asik dok lam waiting list jer hehe.. maybe sebab senang sangat kot.. tak trill ekekeke.. pooodah!!! hihihi... malas nak menggentel sebenarnya ngee~ makan laju jer.. sebiji sebiji masuk mulut kan.. jom layan gambar.. kalau sapa2 nak mencuba.. resepi pun ada.. cubalah..

     hijau..

     merah..

    kuning..

    Resepi Buah Melaka
    • 4 cawan tepung pulut
    • 3 sudu tepung gandum
    • secubit dua garam
    • 2 helai daun pandan
    • air
    • kelapa parut (putih)
    • gula kabung/gula melaka

    Cara membuatnya:
    1. campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
    2. masukkan air sikit-sikit dan uli sampai senang nak dibulat2kan.. jangan sampai lembik ok..
    3. bahagikan doh kepada 3 bahagian.
    4. letak pewarna yang dikehendaki setitik dua dan uli sebati..
    5. masak air dalam periuk, letak daun pandan bagi wangi sikit. Biar hingga mendidih.. sambil tu anda boleh gentel2 doh yang ada dan masukkan gula kabung yang dah didadukan kat tengah2.
    6. masukkan dalam periuk yang airnya dah mendidih tadi.. kalau doh tadi timbul tu namanya dah masak lah.. boleh angkat guna penapis untuk toskan airnya dan terus benamkan dalam kelapa parut yang dah dicampurkan garam tadi. 
    7. itu saje.. sekian :)

    Iklan