Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, October 11, 2011

Kandungan Buah Kiwi


Jom kita tengok nutrisi yang terkandung dalam buah kiwi dengan lebih jelas..

FAKTA:

  • vitamin C - mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu diambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disarankan.
  • Vitamin E - jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semula jadi. Lebih-lebih lagi buah boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan)
  • Asid Folik - sumber semula jadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi (manusia memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik mencukupi.
  • Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpotensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.
  • Lutein karotenoid - bukan saja mempunyai kandungan Lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi dibuktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
  • Antioksidan (contohnya polifenol, karotenoid) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan olah radikal bebas dan tekanan oksidatif.
  • Serat - Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semula jadi

5 comments:

Arizakiah said...

Sekarang jugak akak nak pergi beli buah kiwi...selama akak tak yang ia begitu berkhasiat jika nak dibandingkan dengan buak-buah lain...

terrima kassssih!!!!!!!

atieaizam said...

@Arizakiah: sama-sama.. suka saya membaca komen akak ni kak.. selamat menikmati :)..

Unknown said...

kakyong suka buah kiwi.. tp harganya makin hari makin mahal.. suami selalu jer jer x approve .. :P

Arizakiah said...

he..he..he...
akibat nak cepat-cepat g beli buah kiwi, 'SELAMA AKAK TAK' la pulak.....:)

atieaizam said...

@Arizakiah: hahaha.. sya pun tak perasan kak.. sya baca kira paham jer maksud akak tu hihi..

Iklan