Buah kiwi kuning dan hijau dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan penyakit untuk jangka masa panjang seperti radang sendi, barah, penyakit jantung, kencing manis dan masalah berat badan. Ia dapat membantu mencapai keseimbangan optimum antara bakteria baik dan buruk serta mampu melindungi serangan barah berkaitan enzim dalam pencernaan yang lebih rendah. Ia juga mampu melindungi otot terhadap tekanan oksidatif berkaitan dengan sukan.
Buah kiwi sarat juga dengan phytonutrients yang baik bagi tahap kesihatan kerana menghasilkan polyphenols sebagai antioksidan dalam tubuh, enzim untuk pencernaan dan karotenoids yang bermanfaat sebagai antioksidan selain kesihatan mata. Memakan buah Kiwi dengan kerap antara cara mudah bagi mendapatkan kandungan nutrien penting untuk badan. Buah kiwi boleh membantu kita berasa lebih sihat dan dapat menikmati usia lebih panjang.
Sumber: http://jkbertindak.ump.edu.my
2 comments:
letak dlm icebox, pastu mkn sjuk2 sdp :)
jmput ke blog :)
buah kiwi... beli kat tesco jee... sedap tuu.. rupanya banyak khasiatnya...
Post a Comment