Jom tengok apa ada..

Iklan

Tuesday, April 17, 2012

Ikan Goreng Bercili & Masak Asam Keladi

Hari ni kesihatan ok, appointment kat klinik/MHKL pun xde so teringin pulak nak masak untuk lunch.. semalam lagi asben dah tanya esok nak masak tak? nak masak apa? so diskas semalam memutuskan yang menu hari ni ialah Ikan Goreng Bercili dan Masak Asam Keladi.. tengahari ni asben ada keje so terpaksalah masak sorang2.. aku masak Ikan Goreng Bercili dulu sebab senang, cili pun aku blender jer.. bila dah masak baru aku siang keladi.. aku wat keje pun pelan2 jer.. bila dah hampir siap menyiang keladi baru asbenku balik.. so tugas menumbuk cili ngan merebus keladi serta merta diambil alih oleh asbenku sehinggalah keladi siap di masak.. so aku releks jer lah.. aku takut juga wat keje sampai boleh menaikkan BP aku.. alhamdulillah asbenku sgt memahami..

oklah.. jom layan gambar ngan resepi dua negara ni.. Ikan Goreng Bercili ni resepi ayandaku.. resepi orang minang.. dan Masak Asam Keladi ni pula resepi dari bondaku.. orang perak..  itu yang aku kata resepi 2 negara hihihi..

 blend semua bahan2 kat atas ni.. blend kasar..
kalau rajin. tumbuk semua bahan2 ni.. 
kalau tumbuk rasanya lagi sedap..
cuba buat kedua2 cara.. mmg rasa berbeza..
pastu tumis dalam 1 cawan minyak yang dah dipanaskan..
letak 2 keping asam keping..
bila dah nak garing rasa asam garamnye..
siap!!




Masakan kedua..

tumbuk semua bahan2 di atas..
ambil ikan bilis dalam 20 ekor.. tumbuk sekali sebagai perisa..
masukkan dalam periuk..
buh air dan serbuk kunyit..
jangan lupa bubuh asam keping dalam 4 keping tau.. 

tapi sebelum tu..
rebus keladi kejap.. 
letak asam keping 3 keping untuk elak keladi bewarna hitam..
rasa asam garam.. tadaaa dah siaaap!!

2 comments:

Ayu said...

Assalam atie,
terimaksih sudi tinggalkan jejak kat dapur akak tu ya..lauk2 kat atas ni memang favourite akak..boleh bertamabh nasi 3-4 kali kalau jumpa lauk ni..hehehe..
thanks ya dear for the supoort yang diberikan rasa terharu akak tau..

atie aizam said...

@Ayu: sukanya sya bila kak ayu sudi reply msg sya.. :) .. hope akak terus sukses ya..

Rakan Blogger

Dapur Blogger

Belajar Buat Kek

  • Kailan Goreng Tauhu Jepun - Mr Hubby cakap dah lama kita tak beli sayur kailan..asik sawi, kangkung atau bayam aje ..kita bukan apa malas nak beli sayur kailan sebab tak berapa taha...
    3 hours ago
  • PULUT KUNING - As-Salam semua. Dah lama rasanya tak mengupdate blog ni. Rasa mcm sayang gitu kalau nk ditinggalkan begitu saja ataupun ditutup terus. Maklumlah, dunia sib...
    4 months ago