Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Sunday, October 30, 2011

2nd Day @Ward 15 HKL

Sebenarnya hari ni ari kedua aku stay kat ward ni.. semalam anak2 aku datang melawat tapi hari ni tak.. anak aku si mira tu tak sihat balik.. xpelah.. asben aku ada.. temankan aku.. bosan ko dok sini..

rutin pagi aku dah tertambah.. seawal pukul 6.00 pagi selain dari nurse ambik tekanan darah, jari aku kena cucuk.. alhamdulillah bacaan menurun 4.7.. so cucuk yang kedua pukul 10 pagi, 2 jam lepas minum pagi.. malangnya aku terlupa.. siap makan epal hijau lagi.. uwaaaa.. bacaan gula aku meningkat.. 8.7 ko.. gile tinggi.. dah la pastu Dr. wat rondaan.. dia kata continue monitor.. uwaaa bila aku boleh keluar nih.. tu lah aku.. cuai sangat..

makan tengahari macam biasa menu yang sukar untuk dijelaskan masakannnya hihi.. telan aje.. pastu kol 2.30 petang, 2jam lepas makan, jari aku kena cucuk lagi.. lunyai jari aku berlobang2.. kali ni bacaan kembali normal 6.1.. fuhhhh lega... aku harap lepas2 ni kandungan gula kembali ok.. aku takmo makan ubat lagi.. dah banyak ubat aku makan.. sian anak aku dalam kandungan ni.. kompius mana satu vitamin untuk dia hihihihi...

cuaca dalam hospital ni kalau tak hujan mak aiii.. panehhh.. nasib la ada kipas giant khas ditujukan untuk aku.. orang sebelah aku kesian terpaksa pindah kalo dorang sejuk.. aku kalau tak berkipas alamatnya berpinar la kepala aku fenin.. terima kasih yer aunty sebab memahami aku..

kipas pujaan hatiku

sekarang dah kol 5.22 petang.. sat lagi dalam kol 5.30 makanan malam sampai.. pastu malam kebulur lar hahaha.. apa daaa.. dah la aku ni kuat makan.. xpe2.. tahan tahan.. nanti aku keluar aku nak makan malam macam biasa.. tapi dalam jagaan lah kan kan.. ayat takbleh blar :D.. jom makan.. :)

1st Day @Ward 15 HKL

Ada ke orang suka duduk kat wad?.. bosan gile aku rasa.. tapi nak buat macamana.. dah terpaksa.. aku akan buat apa saja untuk pastikan kandungan aku sihat dengan izin Allah SWT..

dari pukul 11 malam aku dah tak boleh makan.. sebab besok aku kena buat ujian kandungan gula dalam darah.. seawal pagi aku dah dibangunkan untuk chek tekanan darah dan ambik darah.. bacaan tekanan masih tak turun.. 156/98..

pukul 7.30 pagi pulak aku kena minum air gula tu.. mak aihhhh manis gile.. nak termuntah aku.. pelan2 aku telan habiskan.. pastu dalam 2 jam aku tak boleh makan apa2 sampai dorang ambik darah balik.. lapar gile ko.. sian anak aku.. sabar yer sayang.. kol 9.40 pagi nurse datang ambik darah.. kena cucuk lagi.. adoiiiiii.. sakitnye...

tengahari result keluar.. nurse kata aku nye result tak elok.. sebelum minum air gula 5.8 lepas minum 9.3.. hukhukhuk.. sedeynye.. so start tu Dr suh monitor gula dalam darah aku.. 4 kali sehari jari aku ni kena cucuk.. sakittttt ler.. tapi so far setakat ni dah 4x aku kena cucuk.. semua bawah paras 6.. pastu Dr Suriani kata mayb mesin hospital yang rosak sebab aku punya gula maintain bawah 6.. ntahlah.. belasahlah Dr oiii.. janji aku ngan kandungan aku sihat ngee~

Saturday, October 29, 2011

Admitted at HKL

Hari ni merupakan hari pertama aku di wad 15 HKL.. ni semua sebab tekanan darah aku naik sampai bacaan 179/100.. nanti aku cerita selanjutnya.. aku nak minum petang jap.. :))

Ok kita sambung balik..

ceritanya bermula Jumaat kat Klinik Kesihatan Bandar Baru Sentul.. aku gi sane nak wat 1st check up ler lepas dapat tau yang aku mengandung kembar.. nak wat rawatan kat Hospital Al-Islam sampai bersalin uishhh.. tak mampu aku ngee~ mana taknye... sekali rawatan charge double sebab baby dua.. aritu pun aku kena RM320.. xpelah.. xde rezeki aku nak bersalin kat sana..

so awal pagi kol 8.00 pagi aku dah sampai kat klinik kesihatan.. sebelum rawatan lain diteruskan, aku kena chek tekanan darah dulu.. hah ambik ko.. 165/99 dan berkali2 buat masih tetap lebih kurang sama.. dan last sekali nurse refer aku ke Dr yang bertugas.. Dr Shashi.. pastu Dr pulak yang ambik tekanan.. 179/100 ko.. terus dia panggil ambulance.. tapi sementara tunggu ambulance sampai Dr. bagi aku ubat untuk kurangkan tekanan.. pastu dia call Dr Wong kat HKL minta pandangan.. Dr Wong kata kalau dah bagi ubat xpe.. nanti tekanan turun.. so Dr, Shashi cancelled ambulance tu.. nasib.. kalo tak satu pusat komuniiti gempar nanti.. Dr Shashi suh aku ke Hospital Bersalin bahagian PAC untuk rawatan susulan kol 3.00 petang hari yang sama jugak..

Pukul 3.00 petang aku ngan asben pun ke Hospital Bersalin.. berkali2 chek tekanan darah sebelum makan ubat dan selepas makan ubat.. tekanan masih tak normal juga.. akhirnya aku diminta stay kat wad untuk rawatan selanjutnya.. begitulah ceritanya punca aku di tahan di ward 15 ni..

Friday, October 28, 2011

1st Scanning


Ist check up kat Hospital Pakar Al-Islam..
tapi lepasni kena teruskan check up kat klinik kerajaan sbb kena bersalin kat HKL..
xpe lah.. HKL ramai pakar.. tak risau sangat...
moga kandungan ini sihat hendakNya..amin.

Sunday, October 23, 2011

Kalkulator Kira Tarikh Bersalin

Wah.. senangnya nak kira.. kalau tak faham pusingan roda yang biasa kita tengok untuk mengira.. nah.. kalkulator mengira tarikh bersalin pun ada.. macam Dr cakap ini hanyalah jangkaan.. mengikut kajian hanya 5% jangkaan bersalin adalah tepat.. yang selebihnya ada yang bersalin awal dan lambat sedikit dari jangkaan Dr... so sape2 yang nak cuba kira meh la.. klik gambar kat bawah ni ok.. :)

kita hanya perlu tahu tarikh akhir haid kita..tarikh yang perlu dimasukkan adalah tarikh esoknya.. contoh kat bawah ni..

Thursday, October 20, 2011

Sebab Kenapa Tidak Ada Sesiapa Bantu Budak 2 tahun Kena Gilis di China

Ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.

Ianya berkaitan "culture & what they have practice in China."

Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Jom kita baca...

"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...

Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?

PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.


Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal dia langgar budak perempuan tu?

Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu dan dia berhenti kejap sebab perasan dia langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Dia terfikir kalau budak tu mati, dia cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup dia kena tanggung akibatnya seumur hidup so dia teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati.

Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati.. Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

"Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri... Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini... Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri. Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~

petikan dari FB

Alahan Semasa Mengandung

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan

  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.

Minuman

  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

Rutin harian

  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)

Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?

  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

Wednesday, October 19, 2011

Makanan Sihat Ibu Mengandung

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

rujukan: http://comelnya.com

Tuesday, October 18, 2011

Jom Namakan Pewaris Simpanan KWSP


Pewaris... hurmm.. agak2nya siapa yang layak jadi pewaris duit kita dalam KWSP ekk.. adakah ibu kita, adakah ayah kita? adakah suami kita? adakah isteri kita? atau adakah anak-anak2 kita? biasanya kalau si isteri sangat sangat elakkan letak nama suami sebagai pewaris duit kita dalam KWSP.. betul tak? hihi.. sebab aku penah terpikir dulu, sapalah yang sesuai agaknya.. last2 aku letak nama MAK.. tapi tau tak korang.. sebenarnya kesian kat MAK kita nanti bila dia terpaksa ke sane sini untuk uruskan tuntutan KWSP kita bila kita dah takde.. dulu aku tak sedar pasal tu.. sehinggalah aku dengar kat TV3 pasal Penama Waris KWSP.. sebenarnya duit kita dalam KSWP akan diagihkan mengikut faraid yang telah ditentukan.. Penama waris itulah yang akan menguruskan segala urusan tuntutan dan pembahagian simpanan yang ada..

Andai kata kita letak nama anak2 kita yang waktu ni masih kecil.. duit dalam tu hanya boleh diuruskan bilamana usia anak2 kita menjangkau 18 tahun nanti.. bayangkanlah kalau dalam tempoh nak sampai 18 tahun tu, anak2 kita menghadapi kesulitan dalam hidup.. mana nak cekau duit..

So kepada yang belum menamakan Pewaris KWSP, segeralah berbuat demikian.. macam yang diseru oleh org kuat KWSP hari ni..

KUALA LUMPUR - Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), khususnya mereka mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan, perlu menamakan waris kepada simpanan mereka.

KWSP berkata, tanpa penamaan keluarga atau waris terdekat pencarum meninggal dunia terpaksa melalui proses sukar dan memakan masa untuk menuntut simpanan ahli.

“Ahli mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan KWSP dan belum membuat penamaan waris harus menyahut seruan ini. Amaun ini cukup besar untuk disalurkan kepada tanggungan mereka,” kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam keny:ataan di sini. semalam.

Menurutnya, proses penamaan waris hanya mengambil masa beberapa minit di mana ahli hanya perlu mengisi Borang KWSP 4 .

Nik Affendi berkata, tanpa penamaan, waris perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Probet atau Perintah Pembahagian bagi menyokong tuntutan simpanan ahli yang meninggal dunia.

“Langkah itu bagi mengelak penipuan dan memastikan simpanan diberi kepada yang berhak,” katanya.- Bernama

Saturday, October 15, 2011

Kemuliaan Ibu Mengandung

Semua orang tahu, mengandung itu adalah satu ibadat.. mari kita lihat pahala yang diterima oleh ibu yang mengandung, yang melahirkan, yang menyusukan, yang membesarkan dan menjaga anak-anak ketika mereka sakit..

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Info selanjutnya - http://www.informasi.my/info-kemuliaan-ibu-mengandung-dalam-islam/

Thursday, October 13, 2011

Tanda Awal Kehamilan

Bagi bakal ibu khususnya yang baru pertama kali mengalami kehamilan, tentu sekali ingin mengetahui apakah tanda-tanda kehamilan.

Tapi macam aku yang 7 tahun sekali mengandung ni pun kena ambik tau jugak sebab aku pun dah lupa apa tanda2 mengandung tu selain dari tak datang haid.. boleh gitu hihi..

Berikut ada 10 tanda-tanda untuk memastikan hamil-tidaknya anda.

1. Puting/payudara lebih lembut
Jika Anda hamil, Anda akan mengenali bahwa payudara dan putingnya menjadi lebih lembut sekitar tiga minggu setelah mula hamil (ketika haid terlambat sekitar seminggu). Mungkin payudara terasa bengkak, serupa dengan ketika menjelang haid.

2. Muncul flek dan kram
Saat anda hamil, biasanya ditandai dengan munculnya cairan lendir (flek) berwarna pink di seluar dalam anda yang terjadi saat implantasi. Hal ini terjadi sekitar 8-10 hari menjelang ovulasi, sedikit lebih awal dibanding datangnya waktu haid. Kadangkala kita salah anggapnya sebagai haid, hanya waktunya lebih pendek daripada haid biasa. Kram juga sering berlakui di awal kehamilan. Menjelang kehamilan bulan kedua, kram seperti ini akan muncul. Kontraksi di rahim terjadi secara teratur, meningkat dengan olahraga, orgasme dan bahkan perubahan posisi.

3. Penggelapan areola
Pada kehamilan awal, Anda mungkin perasan kawasan areola (kawasan gelap yang mengelilingi puting payudara) mulai menjadi lebih gelap dan diameternya membesar. Anda mungkin juga akan mengecam bahwa vena di payudara menjadi lebih kelihatan karena penegangan payudara.

4. Lelah berlebihan
Jika anda hamil gejala yang paling umum dalam lapan hingga sepuluh minggu pertama adalah rasa lelah. Ketika hamil, tubuh mengalami perubahan metabolisme yang signifikan. Seluruh tubuh Anda perlu melakukan penyesuaian terhadap proses baru bertumbuhnya janin. bagi sebagian besar wanita, kelelahan akan hilang ketika usia kehamilan 12 minggu.

5. Rasa mual dan muntah
Jika Anda hamil, pada awal kehamilan, beberapa hari setelah pembuahan, mungkin akan mengalami morning sickness. Sebenarnya morning sickness ini nama yang salah, karena pada kenyataannya mual dan muntah bisa terjadi bila-bila masa saja: pagi, siang, malam.

6. Sering buang air kecil
Bila haid terlambat satu hingga dua minggu, mungkin keinginan buang air kecil menjadi lebih kerap daripada biasa. Ini kerana janin yang tumbuh di rahim menekan saluran kencing. Dengan itu menyebabkan air kencing tertekan kebawah menyebabkan anda tersa selalu ingin membuang air kecil.

7. Sukar Buang air besar
Kadangkala peroses membuang air besar menjadi sulit (sembelit). Ini lazim terjadi pada awal kehamilan. Hormon tambahan yang terbentuk pada masa kehamilan menyebabkan usus halus lebih lentur dan menjadi kurang efisien.

8. Suhu badan meningkat
Juga boleh dipastikan anda hamil jika suhu badan meningkat dikala kedatangan haid yang harusnya datang terlewat, dan tidak turun ke paras sebelum terjadi ovulasi. Semasa terjadinya pembenihan, ovum disenyawai di tiub falopian, dan memerlukankan sekitar seminggu untuk ke rahim, dimana ovum yang tersenyawa akan menempel di sana.

9. Haid tak datang
Ini pertanda awal kehamilan, apalagi jika haid anda biasanya teratur. Dikombinasikan dengan tanda-tanda positif di atas, kemungkinan besar anda memang hamil.

10. Ujian kehamilan
Jika Anda ingin memastikan kebenarannya, lakukan dengan test pack yang boleh dibeli bebas di di farmasi. Ujian urin (air kencing) biasanya menghasilkan keputusan yang hampir tepat untuk kehamilan usia 10-14 hari. Ingat, bagaimana pun ujian kehamilan yang boleh dilakukan di rumah itu belum tentu 100% tepat. Jika semua ujian yang anda lakukan hasilnya negatif, sementara anda merasa seperti hamil, lakukan ujian lagi.

Bagaimana pun dengan tanda-tanda awal yang dinyatakan, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor bagi mempastikan dan mengesahkan status anda samada hamil atau tidak. Jika anda sah hamil, doktor akan memberi panduan selanjutnya bagi anda menjaga dan mengurus diri dan kandungan anda sepanjang anda hamil dan persediaan untuk anda bersalin nanti.

pst: most tanda2 tu macam aku alami lah skrg ni... hurmm takpe2.. aku tunggu seminggu lagi..

Rujukan: http://wanitamingguan.blogspot.com

Wednesday, October 12, 2011

Buah Salak

Mengenai buah lagi.. kali ni pasal buah salak.. gambar2 ni merupakan salak Indonesia.. asben beli aritu kat ChowKit.. rasa buah salak ni manis2 kelat.. aku suka.. siapa yang tak biasa makan, dorang kata tak sedap.. sesetengah orang panggil snake skin fruit.. sebab kulit buah tu kot :) .. buah salak Malaysia pun ada tapi comel2 sikit berbanding ngan buah salak Indonesia ni.. tapi aku lagi suka salak Indonesia ni.. puas makan :D .. buah salak ni bermusim.. susah arr kalo siapa mengidam nak makan buah salak kalau bukan musim dia hihi.. makan salak jeruk jer ler yer :D

terasa manis-manis kelat


sekilo RM8 ikut musim


snake skin.. :)

Tuesday, October 11, 2011

Kandungan Buah Kiwi


Jom kita tengok nutrisi yang terkandung dalam buah kiwi dengan lebih jelas..

FAKTA:

  • vitamin C - mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu diambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disarankan.
  • Vitamin E - jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semula jadi. Lebih-lebih lagi buah boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan)
  • Asid Folik - sumber semula jadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi (manusia memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik mencukupi.
  • Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpotensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.
  • Lutein karotenoid - bukan saja mempunyai kandungan Lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi dibuktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
  • Antioksidan (contohnya polifenol, karotenoid) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan olah radikal bebas dan tekanan oksidatif.
  • Serat - Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semula jadi

Buah Kiwi Baik Untuk Kesihatan

Buah berkenaan dikenal pasti padat dengan khasiat nutrisi dan menduduki tempat teratas di dalam model kepadatan nutrisi buah-buahan. Buah kiwi menyediakan lebih banyak vitamin dan mineral untuk setiap gram dan setiap kalori dalam sebiji buah kiwi berbanding dengan buah-buahan lain seperti oren, kranberi, beri biru, buah delima, pisang dan epal. Menurut kajian buah kiwi ditemui membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh, meningkatkan daya kesihatan pencernaan dan prestasi otot selain dapat mengurangkan inflamasi serta kerosakan sel.

Buah kiwi kuning dan hijau dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan penyakit untuk jangka masa panjang seperti radang sendi, barah, penyakit jantung, kencing manis dan masalah berat badan. Ia dapat membantu mencapai keseimbangan optimum antara bakteria baik dan buruk serta mampu melindungi serangan barah berkaitan enzim dalam pencernaan yang lebih rendah. Ia juga mampu melindungi otot terhadap tekanan oksidatif berkaitan dengan sukan.

Buah kiwi sarat juga dengan phytonutrients yang baik bagi tahap kesihatan kerana menghasilkan polyphenols sebagai antioksidan dalam tubuh, enzim untuk pencernaan dan karotenoids yang bermanfaat sebagai antioksidan selain kesihatan mata. Memakan buah Kiwi dengan kerap antara cara mudah bagi mendapatkan kandungan nutrien penting untuk badan. Buah kiwi boleh membantu kita berasa lebih sihat dan dapat menikmati usia lebih panjang.


Sumber: http://jkbertindak.ump.edu.my

Monday, October 10, 2011

Sedapnya Buah Kiwi

Cer cer tengok..
siapa yang tak makan buah kiwi angkat tangan??
haaaa.. apa kata uols cuba makan..
sebab dulu aku pun tak makan juga..
tapi sekarang macam peberet jer..
nasib mahal.. kalo tak tiap2 minggu aku beli :))

Dulu aku ingat buah kiwi ni ada sejenis jer..
rupanya ada 2 jenis ler..
1 yang masam-masam manis..
1 lagi yang manis..


yang hijau ni semua orang tau kot rasa nye.. hihi


haaa.. yang ni sangat manis..
nak suh anak2 makan pun senang :D


Buah Kiwi Zespri

jenama mana yang terbaik??
asal nama buah kiwi dari mana2 pun ok kot..
tapi ntah napa aku suka kat jenis ni hah..
Buah Kiwi Zespri..
sodap!! :D


Khasiat Buah Kiwi?
usah dipersoalkan..
usah diragukan hihi..


pst: now kiwi zespri ngah wat promosi kat Giant.. harga RM9.99 sekotak.. cuba lah.. sangat elok terutama untuk kanak2 dan mereka yang meningkat usia.. nantikan entry khasiat buah kiwi ekk :D

Sunday, October 9, 2011

Majlis Perkahwinan Anak Arwah Dato Raja Ariffin

Tempat: Sime Darby Convention Centre
Tarikh: 07 Okt 2011 (Jumaat 8.00 malam)

Jom layan gambar..

ni kat ruang pendaftaran..
kat sini kami dijamu kekacang & air minuman sebelum masuk ke dewan
cantik kan tempat kekacang tu..


masa kami masuk, tetamu dah ramai..
tapi kami dah ada meja masing2..
so xde lah melilau sane sini cari tempat..


ni lah hidangan kami..
bermula dengan sajian sup..
lepas tu hidangan nasi..
lepas tu pencuci mulut yang ada buah, eskrem, tapai
pastu minum tea or coffee pulak :))


ini lah pengantin yang diraikan..
anak arwah Dato Raja ni merupakan pengantin lelaki
sama cantik dan sama padan..
sesuaiiii..


ini antara cenderahati untuk tetamu..
ada cokelat..
ada glass..
ada kek walnut dalam box SDCC..
chantek!!


biasa gi kenduri tempat lain, sampai2 jer terus makan..
yang ni tak.. berprotokol
kesian kat mira ngan acap hihi berlapar kejap.. :D
kami makan bila semua acara tepung tawar tamat dan pengantin mula makan..
tapi paling best dapat uncle pelayan yang sporting..
berkali2 hantar hidangan dessert untuk meja kami..
tq uncle.. :))


tak sangka ada tetamu VVIP malam tu,
dah tengok gambar kan..
haaa ada mantan PM Tun Mahathir bersama isteri
turut serta Datin Seri Rosmah isteri PM & isteri TPM pun ada jugak..
x sempat nak amik gambar derr..

bila dah makan,
tengoklah muka anak2 aku..
sangat ceria..
kenyang ngan eskrem la tu.. :))

Saturday, October 8, 2011

Oh Magnum Almond !!

hahaha dah dapat..
beli kat Giant Batu Caves tadi..
2 kotal Magnum Almond
1 kotak Magnum Mini Classic
puashati!! :D


Toksah citer banyak..
jom layan hihi..

Fida dan Mamat PUTUS


Dah takde jodoh, nak buat macam mana kan..
terima jer lah mamat yer..
tapi yang tak bestnya..
Fida putuskan hubungan dengan mamat menerusi media..
betul ke? itu yang aku baca kat Rotikaya.com
kenapa buat macam tu?
kenapa tak jumpa elok2?
aku bukan belah mana2 tapi macam tak eloklah kan..
macam lebih kurang lafaz talak menerusi sms ler ni..

Fida kata dia putus dengan mamat sebab pasal isu tudung aritu..
dan atas beberapa faktor peribadi yang lainnya..
hurmm.. yer ker??
atau.. Mamat bukan lagi anggota Sepah yang dah jadi Sepahtu tu ke?

Ape2 pun Mamat..
hidup kena teruskan..
mana yang silap sebelum ni cepat2 lah betulkan balik..
peminat suka pada mereka yang benar2 insaf dan berubah..
so lakukan ok..
caiyokk!!

Friday, October 7, 2011

Perpustakaan Selangor Bertaraf Dunia

Jom kita tengok sendiri dan alami sendiri
Perpustakaan yang bernilai RM70 juta ini
yang terletak di seksyen 13, Shah Alam
Perpustakaan ini dibuka pada bulan Julai lepas..
Perpustakaan ni merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor
bestnye!!!

Apa yang menarik:
Perpustakaan ni menyediakan perkhidmatan XD theater/6D theater,
malah semua komputer yang disediakan adalah berjenama Apple
Siap ada ruang tertentu lagi untuk setiap peringkat umur
ruang untuk kanak-kanak bermain pun ada juga..
memang terbaik lah!!

Jom kita tengok gambar2 yang ada..


dari luar tak nampak macam library


redup mata memandang


luasnye..


kemas dan selesa


canggih 2x


nampak view luar yang menarik


bertaraf dunia..


ruang menonton..


bestnye study kat sini.. santai gile!!


siap ada games interaktif lagi..



dah tengok semua gambar2?
amacam?
leh bandingkan dengan Perpustakaan Malaysia tak? huhu

Thursday, October 6, 2011

Kenikmatannya Tak Terluah

Buat pertama kalinya..
tak pernah dibuat dek aku..
sejak aku menikmatinya sebatang..
siang malam aku teringat..
kesedapannya..
kelemakkannya..
kenikmatannya..
kemanisannya..
kerangupannya..
ohh!!
aku dah tak tahan..
aku nak kena cari hari ni jugak..
itulah penangan
Aiskrim Magnum yang disalut Cokelat Belgian dan Almond Rangup



percaya lah..
sedap gile!!

Iklan