Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, July 29, 2011

McDonalds Mengecewakan!!


McD Ttwangsa takde rider.. x cukup kakitangan.. boleh hantar tapi dalam tempoh 1.30 jam - 2 jam.. hohoho.. itulah yang dibagitau kat aku bila aku nak order McD tadi.. alahaaaai.. company besar macamtu, takkan problem macamni takleh nak settle.. tak cukup kakitangan hire lah lebih ramai pekerja.. kalau xde org nak keje, carilah ape sebabnye.. pasal gaji ciput ke, ape ke?

Kenapa nak order McD? malas masak arr tu.. sebenarnya anak pompuan aku Mira ni demam.. dari semalam tak berapa nak makan.. semalam beli KFC, alahai ciput jer dia makan.. tadi dia request nak McD.. tu yang aku terus call tu.. tapi aku pulak stress sebab masalah dorang tu.. husband lak outstation.. argghhhhhhh..

Sabar yer sayang.. nanti mama suh maklang belikan :(

Thursday, July 28, 2011

Singapura Menang Di BOOOOOOOOOO

Aku pun bengang jugak... ko dah tau ko kuat.. ada barisan yang import2.. tapi kenapa nak jadi pelakon pulak kat padang.. kalau ko kata tu tektik.. memang ko menang tak bermaruah arr!!! walau pun orang kata "itulah bola sepak" tapi bagi aku ko tak perlu buat tu semua.. ko punye player memang bukan calang2 hebat.. tapi kau benar2 menghilangkan rasa gerun aku kat ko..

Player Malaysia pulak apa yang aku nampak bahagian pertahanan Malaysia selalu sangat longgar.. Abdul Hadi seperti gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyerang kedua belakang Safee Sali dalam games malam ni.. Safee Sali selalu keseorangan di atas.. cari.. gali.. atasi kelonggaran hari ni untuk games akan datang.. ingat kita ada games Sept ini untuk Piala Pra Olimpik 2012 menentang Jepun..

Jangan kecewa dengan kekalahan hari ini.. jadikan pengalaman hari ini untuk dinilai untuk berjaya pada masa akan datang.. Terus Berjuang Malaysia!!! ngaaauuuuuuuumm!!!

Malaysia vs Singapura 1st Half 0-0

Permainan yang sangat mendebarkan... adoiii malam ni pun banyak sangat lobang yang ada.. tapi aku memang tabik gile kat apekk!! lu superb beb!!! Separuh masa pertama Malaysia 0 - 0 Singapura..

Jom kita tengok 2nd half apa citer pulak..

Tuesday, July 26, 2011

Jom Nyanyi Lagu 3 Kupang Versi ROCK!!

Video kurang memuaskan..
tapi suara dia, rock habis!! hihihi
itulah dia puteriku mira..
sekarang ni asik layan lagu 3 kupang jerk..
jom kita dgr jom..




:D ngee~

Monday, July 25, 2011

Sesuatu Yang Mengejutkan



alahai.. cuba korang baca mesej kat SB yang aku highlight tu.. betulke? korang pun detect problem yang sama ekk.. macamana nak buat ni? ada sapa2 tau tak macamana nak settlekan masalah ni.. uwaaa.. jangan lah solutionnya DELETE.. aku sayang header ni.. pls pls help me.. :(

Sunday, July 24, 2011

Kalender Cuti Sekolah 2011

Klik jadual ni untuk lebih jelas

Kan senang awal-awal tahun aritu aku dah wat entry pasal jadual cuti sekolah tahun ni.. takde lah bila nak guna baru terkial-kial cari.. aku nak tau cuti sekolah akhir tahun start bila coz sebelum cuti dan selepas cuti sekolah ada kenduri kahwin sedara mara, so kena plan ler kan.. time cuti sekolah xde hal punya insyallah tapi yang sebelum cuti sekolah tu yang payahnye..

Setakat ni, ada 2 kenduri:

12 November 2011 -> kenduri Ijon @Taiping, Perak
26 November 2011 -> kenduri Akmal (AbgLong) @Baling, Kedah

so berjalan sakan ler aku ujung tahun ni, insyallah :D

Botak Juvana Kekasih Cikgu Zakiah

Aku benci botak!! benci!!
Warden pun aku benci..
aku suka kat Daim..
aku suka kat budak kedah gak..
budak kedah berani mati punye hihi..
tu lah perasaan aku setiap kali aku tengok cerita Juvana nih..
memula aku tak layan pun..
ntah macam mana aku leh terjebak pulak lepas tengok sekali
dan akhirnya aku terus terjebak setiap minggu
sampailah the end

dan kerana JUVANA aku kenal botak & cikgu zakiah
kerana dah kenal lah aku tertarik kat satu story ni
Cik Diva kata mereka INTIM
nak tau story Cik Diva seterusnya, KLIK sini
kalau benar cerita ni, aku doakan dorang bahagia :D
sebenarnya aku suka SEMUA PELAKON JUVANA..
dorang memang TERBAEEEEKK!!




Friday, July 22, 2011

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1432H / 2011M

Tinggal beberapa hari jer lagi untuk kita umat islam menjalani ibadah puasa bagi tahun 1432H / 2011M, so macam tahun-tahun sudah jadual ini akan aku printkan dan lekatkan di tempat yang strategik untuk panduan aku sekeluarga.. pandangan aku lebih tertumpu pada waktu imsak agar tak terlajak, tapi jadual ni penting untuk anak bujang aku untuk tengok time berbuka.. kata nye takut lupa.. (erkk boleh lupa ker? ) hihi ade2 aje..

Thursday, July 21, 2011

Beli 1 Double Cheese Burger Dapat Free 1 Lagi


Bagi penggemar MCDONALDS aku rasa mau hari2 dorang layan promotion nih (3 ari jer).. mana taknye.. beli 1 dapat 2.. apsal? tak betul? betullah dapat 2.. 1 yang kita bayar dan satu lagi yang free hihi.. (kang ada yang kene sekeh karang nih ngee~) tapi untuk makluman korang, promotion ni dah pun tamat semalam hihihi.. (siap sedia pakai helmet kuikuikui).. aku saje je nak bagitau korang yang suka makan McD nih.. rajin2 lah masuk web McD sebab bila depa wat promotion, memang gempak arr.. leh jimat banyakk!! (eceeh mesti ada yang ingat aku suku sakat krew McD).. aku pun sebenarnya miss promotion nih sebab dispatch aku outstation daaa.. promotion ni tak laku untuk yang main calling2 order.. so tunggu ler next promotion okay.. :D

Monday, July 18, 2011

35 tahun sudah..

Hari ini genap sudah usiaku 35 tahun.. Alhamdulillah.. aku sangat-sangat bersyukur padaMu Ilahi dengan apa yang telah dikurniakan olehMu buatku.. semoga aku dipanjangkan umur untuk terus berpeluang melihat dan membesarkan anak-anakku hingga menjadi insan yang berguna, bertaqwa dan beriman, berjaya di dunia dan akhirat, amin. insyallah.

Wednesday, July 13, 2011

Lokasi Restoran Sate Minang

Klik map ni utuk lebih jelas

Sesiapa yang berminat nak mencuba Sate Minang bolehlah ke lokasi seperti yang dinyatakan dalam entry aku semalam.. wahh!! promote free nih!! Ni pun atas permintaan beberapa rakan aku kat FB ngan rakan blog.. senang jer cari.. korang cari landmark lokasi yang aku bulatkan dengan kaler biru tu.. "Masjid Jamek Kampung Baru".. so dari situ cukup senang nak cari.. Selamat Menjamu Selera :D

Tuesday, July 12, 2011

Sate Minang a.k.a Sate Padang


Ada orang panggil Sate Minang.. ada sesetengah pulak panggil Sate Padang.. sate ni yang bestnya kuah dia.. fuhhhhhh!! sodappp!!.. kalau kita kat Malaysia ni biasa dengan kuah kacangnya tapi kuah sate ni lain.. nak cerita banyak susah nak bagi gambaran.. kena cari dan makan.. tapi aku nak bagitau awal2 lah.. kuah satay ni pedas sikit.. almaklumlah makanan minang memang terkenal dengan pedas dia.. tapi sekali cuba, pasti teringat2 arr..

Sate Minang ni memang makanan kegemaran aku sekeluarga.. almaklumlah aku ni berdarah minang.. bila dah kahwin husben pun suka.. now anak2 pun suka jugak.. yang kelakarnya anak aku yang umur 4 tahun si mira, terkial2 makan sate ni sebab pedas tapi tetap nak habiskan jugak..

Tadi kami dinner dengan sate minang ni lah.. tu yang jadi stori the mori tu hihi~ kat KL nih sate minang yang sedap bagi aku sekeluarga ada 2 tempat.. kat Kedai Makan Cahaya Baru dan kat Restaurant Rose.. tempat lain yang jual sate minang ni aku rasa 'kureeeng' arr rasa dia.. tapi 2 tempat ni memang tip top.. nak cari 2/2 kedai tu senang jer.. 2/2 di jalan yang sama.. kat Jln Raja Alang.. tapi yang terbaekk bagi aku adalah sate minang @ Cahaya Baru.. FUHHH!!!

Sunday, July 10, 2011

TAK CUKUP BERSIH!!

kami dah basah..
kami kena siram..
habis kami lenjun..
trak dah penuh..
x pa lah..
x dapat naik trak, naik ni pun boleh..
:D peace!

Saturday, July 9, 2011

Puisi BERSIH

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka,
warna kuning diisytihar racun terbisa
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya

Kerana nikmat amat lama berkuasa
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

- A. Samad Said

note: kata2 yg lebih tajam dari mata pedang...

Friday, July 8, 2011

Jadual Perlahwanan Bola Sepak Kelayakan Olimpik Kumpulan C


Tarikh-tarikh ni bolehlah kita marking kat kalendar.. tapi bukan bulan depan tau.. perlahwanan ni bermula selepas raya nanti.. pastu carilah kalender tahun depan sekali sebab perlahwanan akan berakhir pada tahun 2012.. tak pun print jer kalender yang aku dah buh kat sini.. siap marking lagi hehe..


21 Sept 2011 - Jepun lawan MALAYSIA

23 Nov 2011 - MALAYSIA lawan Syria

27 Nov 2011 - MALAYSIA lawan Bahrain

05 Feb 2012 - Bahrain lawan MALAYSIA

22 Feb 2012 - MALAYSIA lawan Jepun

14 Mac 2012 - Syria lawan MALAYSIA

Ngauuuuuuuuuuuuuuum!!! x sabar menanti perlahwanan pertama nanti.. :D

Malaysia vs Jepun vs Bahrain vs Syria


Perlahwanan bolasepak kelayakan Olimpik 2012

Malaysia berada di dalam kumpulan C bersama Jepun, Bahrain dan Syria bagi perlahwanan bola sepak kelayakan Olimpik 2012 (zon asia).. fuhhh!! boleh tahan lawannya..

Kumpulan A: Arab Saudi, Qatar, Korea Selatan, Oman
Kumpulan B: Australia, UAE, Uzbekistan, Iraq
Kumpulan C: Malaysia, Syria, Bahrain, Japan

Semoga Skuad Harimau Malaya berjaya mencapai yang terbaek!!

note: takut nak berangan tinggi-tinggi.. takut kecewa nanti ngee~

Tuesday, July 5, 2011

See U In Court!!!

sempat posing depan mahkamah jln duta..

Uols biasa dengar kan tajuk entry ni.. biasanye kes saman menyaman artis ler hihi.. tapi ni bukan kes saman menyaman tau.. aku ke sini sebab aku kena sapina 4 hari untuk kes jenayah kejiranan.. buat pertama kalinya aku menjadi saksi.. buat pertama kalinya aku mengangkat sumpah dalam mahkamah dan buat pertama kalinya aku disoal jawab oleh pendakwaraya dan peguambela.. jenuuuh!!

apa perasaan aku?
kata seorang ASP (SIO)..

"ini pengalaman yang susah nak dapat tau, pengalaman berharga ni"

sambil pandang kat aku..
aku balas kat ASP tu..

"pengalaman yang macam ni, saya x dapat pun x apa tuan.. banyak lagi pengalaman lain yang boleh saya dapat"..

ASP tu terus tergelak.. sabau jer lah..

aku harap semua nya berjlan dgn lancar.. aku tak nak tau apa keputusannya.. aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang saksi dan jiran.. cukup!

note: lepas ni kalau ada apa2 kes lagi, aku takmo keluar, aku takmo tengok.. aku takmooo tauuu!!! boleh gitu???

Saturday, July 2, 2011

Rumah Mayat Nyamuk- Nyah kau!

Seram pun ada tajuk entry cam gini hehe.. seram bagi orang macam aku ler, sikit-sikit takut ngee~ aku bukan nak cerita pasal rumah mayat manusia tapi tempat berkumpulnya nyamuk2 yang tak bernyawa lagi.. ishh apalah aku ni, merepek pulok.. ni hah, sape ada guna perangkap nyamuk? korang pakai yang macamana? apa? kat umah xde nyamuk? oooo bagus lah camgitu.. nyaman tido kalau nyamuk xde.. tapi umah aku ada byk nyamuk.. kesian kat anak-anak aku, bengkak kena geget dek nyamuk.. setelah sekian lama menderita (tapi xde lah menderita sgt pun hihihi) akhirnya hubby belikan perangkap nyamuk camgini..

wahhh.. bagus lah.. kalau spray pun dia dah tak makan saman, harap yang ni mampu mengurangkan kedatangan nyamuk2 ke bilikku :D.. dan 2 hari mengguna, hasilnya tidak mengecewakan.. harap kekallah hasilnya sebegitu :)

so inilah rumah mayat nyamuk.. nyamuk2 tu mati dan dikumpulkan di sini wat sementara sebelum ianya di buang.. korang cuba arr.. banyak jenis kat pasaran dorang jual.. yang ni rege dia dalam RM100++

Friday, July 1, 2011

Pasar Malam Bandar Baru Sentul DiTUTUP


Begitulah alkisahnya.. aku ngan husben ngan beberapa penduduk bandar baru sentul terpinga-pinga bila mana kami tengok tapak pasar malam "kosong".. tanpa berlengah, kami terus menghubungi seorang teman yang merupakan peniaga pasar malam di situ.. kami dimaklumkan pasar malam ditutup hari ni 1 Julai 2011 berikutan kedatangan "Najib" untuk merasmikan satu acara yang kami pun tak tau acara apa di tebing sungai gombak dekat tapak pasar malam tersebut.. sabar jer lah.. takkanlah sampai tutup pasar malam tu.. adoiiii!!

Baju Kaler BERSIH

Masih bercerita tentang BERSIH.. Baju camni leh pakai tak??? ngee~~

note: la nih sume fobia ngan kaler BERSIH

Iklan