Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, December 25, 2013

Sengkuang Kacang

Dah lama sungguh x makan sengkuang kacang.. last sekali makan rasanya masa umur darjah 3 dulu.. bila nampak tadi terus sambar 3 keping.. Rm1 sekeping.. oklah kan.. klau ada kwn2 yg teringin leh gi Taman Layang2.. ada 2,3 peniaga jual sengkuang kat situ.. mmg sodap!!



Friday, December 6, 2013

Percutian kami di Lost World Of Tambun Part 1

Dah lama aku tak bawa anak2 gi jalan-jalan luar dari KL.. tambahan sejak ada si kembar, perbelanjaan keluarga terpaksa dikurangkan mana yang tak penting.. aku tak nak bebankan asbenku dengan minta yang macam2.. kali ni percutian aku tanggung semua.. asben kuarkan duit minyak keter jer hihi.. alhamdulillah dengan rezeki berniaga online aku dapat bawa anak2 bercuti selama 3 hari 2 malam.. syukur.. semoga rezeki ku sekeluarga bertambah, amin. dan istimewanya kali ni, aku bawa mak ngan ayah bersama..

Dari KL kami gerak dalam kol 12 tghari.. dan sampai Ipoh kira2 kol 3 petang.. sampai jer area Tambun aku terus call owner Homestay yang aku tempah aritu.. Syukur juga dapat Homestay last minit.. kalo tak melepak kat hotel la nampaknya.. homestay tu kat Taman Mawar.. dekat sangat ke LWOT.. lepas ambik kunci, aku sekeluarga terus pergi mencari sesuatu untuk di isi.. lapar derr.. kitorang ke Giant jer.. makan kat sana.. sejuk sikit ada ekon hihi.. bawa budak2 ni kalau kat tempat panas dorang suka meragam.. kalo kat tempat sejuk elok jer main merata.. Bila perut dah kenyang.. mata pun makin layu lah kan.. kami decide terus balik Homestay berehat..

Ternyata si kembar abg (hazim)) mmg mengantuk sgt2.. tak sampai Homestay lagi dia dah terlena.. pastu si adik pulak.. legaaa.. dapat gak aku berehat kejap hihi.. sejam kemudian adik aku pun sampai dari Kedah.. kami memang dah berpakat nak bercuti sama2.. :D

Makan malam dlm perancangan nak masak bagai.. tapi bila dapat tau ada pasar malam kat kawasan dekat2 Homestay ni, hmmm kansel terus.. order jer kat asben ngan adik ipar.. dorang pi beli.. mak mak dah tak larat kikiki..

Selesai sudah hari pertama di Ipoh..

Monday, November 11, 2013

Rindu ku Membuak..

Ntah kenapa pagi buta ni aku rindukan blogku.. rindu sangat-sangat.. hampir 2 jam aku menyelongkar blogku ini.. sempat singgah ke blog kawan2 untuk mengetahui khabar berita mereka.. cerita terbaru mereka.. resepi terbaru mereka.. aduhaiii.. rindunya aku pada blogku dan blog teman2ku.. kenapalah perasaan rindu tu tak datang hari2 begini.. kan senang.. laju jer aku update cerita tentang apa saja yang terlintas difikiran ku ketika ini.. bukan ku dah melupakan blogku.. tapi kebizian ku semakin menjadi2 akhir2 ini.. seperti mana ada yang mengetahui aku kini serius menjalankan perniagaan ku secara online.. dan mungkin ramai juga yang tidak tahu ke mana menghilangnya aku..

Alhamdulillah perniagaan yang kujalankan secara kecil kecilan sudah mula menampakkan hasil.. syukur alhamdulillah kerana membuka pintu hatiku untuk berniaga.. semuanya aku lakukan dirumah.. yang paling penting.. aku dapat menjaga sendiri putera2 dan puteriku yang kian membesar dan memerlukan perhatian aku dan suamiku.. dan aku sangat bersyukur mendapat sokongan 100% dari suami ku dalam menjalankan perniagaan ku ini.. "terima kasih yer bang" ..

Oklah.. cukup untuk kali ini..ada banyak kerja2 yang harus aku siapkan sebelum putera2 kecilku itu terjaga dari lena mereka.. dan aku juga perlu lelapkan mataku seketika sebelum anak2 ku nak ke sekolah pagi nanti.. 

#bye blog ku.. nanti aku datang lagi ya.. love u!!

Wednesday, October 16, 2013

Tahniah Raja Azmi & suami Eddie CRK


Walaupun dah berusia 54 tahun, ternyata aura bahagia Raja Azmi sangat terserlah buatkan dia kelihatan lebih muda .. apa2 pun tahniah yer.. cantik busana Raja Azmi.. sesuai sangat!!

Tuesday, October 15, 2013

Salam AidilAdha 2013

Salam Aidiladha buat semua umat Islam..
Saya beraya kat KL jer tahun ni.. alhamdulillah meriah dengan kehadiran saudara mara berkunjung ke rumah mak.. kalau raya kat KL mmg rumah mak lah port kami hihi.. penat? sudah tentu.. pengsan terus petang raya kami anak beranak..
Juadah yang disediakan: rendang daging, sup tulang, nasi impit, kuah kacang, lontong dan lemang.. semua dah clearrr!! tinggal sikit2 jer .. makin gemukzzz la daku.. :p

Friday, October 11, 2013

Wawa Zainal Isteri Aeril Zafril dgn 2 kali nikah

Tak paham tak paham..
Sangat sangat tak paham!!!!!
Apa lah yang disorokkan?? takut tak laku???
Takut takde produser nak bagi job ke??? Adoiiiii!!!
Emo akak dek..
takut dengan DT? terikat dgn syarat2 MIG?
sanggup ko dek kan.. sanggup memperkotak katik kan peminat ko..


Akak ni dah la suka kat ko dek wawa oii..
comey.. manis.. cute..
akak tak kesah dek ko dah kawin ke ko bujang ke..
janji apa yang ko buat ko jujur dek..
jadi retis yang baik.. ikhlas
nape nak rahsia2 gitu.. kata kene buatan org bagai..
aishhhh...


Apa2 pun akak doakan wawa ngan aeril bahagia ek.. Amin

Pasal 2 kali nikah tu.. uols bacalah sendiri kat SINI

Thursday, October 3, 2013

Dapatkan AIR ZAMZAM di sini

Ada tak siapa nak order Air Zam Zam ? Original.. boleh buat tempahan serta bayaran dengan segera.. 1 botol = 10 Liter RM95 .. stock terhad.. Selfcollect di check point yg dipersetujui sekitar Kuala Lumpur. Kalau ada yang berhajat, boleh sms atau watsap 0123637531 ..

Rahsia kelebihan air zamzam

Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
Antara mata air syurga.
Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
Minuman orang mulia (al-abrar).
Menambah kekuatan badan.

Tuesday, October 1, 2013

Maut Lepas Makan Kenduri di Kampung Huma, Tanjung Dawai

Saya mendapat berita ni daripada seorang kawan yang mana jiran kepada Pakcik  yang buat kenduri tersebut.. aduhai kesian keluarga pengantin.. mereka turut ditahan di hospital.. kesian juga kepada tetamu yang terlibat yang rata-rata penduduk Tg Dawai.. Menurut kawan saya tu, setakat ni dah 4 orang meninggal dunia akibat cirit birit yang teruk.. dia dan mak dia pun turut makan kat kenduri tu, tapi mereka pergi awal.. kebanyakkan yang mengalami cirit birit ni adalah mereka yang datang lepas pukul 3 ptg sabtu tu.. ramai datang lewat sebab hujan tengahari tu.. punca masih dalam siasatan.. la ni penuh Hospital SP ngan Yan dengan penduduk Tg Dawai..


Kata kawan saya tu.. Menu yang dihidangkan biasa biasa je.. macam ayam masak merah, kerabu pucuk paku, gulai terung ngan acar.. tak tahu makanan mana yang dah keracunan..

Masih ramai berada di icu dan red zone..


moga mereka segera sembuh.. amin  dan juga takziah kepada keluarga mereka yang telah meninggal dunia.. Alfatihah.

Wednesday, September 25, 2013

KORANG TAK PATUT!!

Aduhaiiii... ada saje idea korang kan.. 
jap..nak gelak sat.. kah!!kah!!kah!!kah!!kah!! 
lawak derrr.. 

kesian Mat Yo..

Tuesday, September 24, 2013

Episod Isteri Mat Yo vs Pakcik Guard seterusnya

Adoiiii.. macam-macam la orang sekarang ni..
Dah la ko record, ko upload la pulak.. hahaha.. apa daaa..
Kalau ko yang teraniaya lain.. ni ko yang mencabar kesabaran orang.. seorang tua..
Kesian kat ko Mat Yo.. sedih!!!


Isteri Mat Yo cabar Pakcik Guard.. bodoh! bodoh! jantan dayus! hahaha.. macam budak2 la wife Mat Yo ni..




Pakcik Guard menerangkan apa yang berlaku.. tapi ntah apa2 soalan yang dorang tanya..



Apa pun pakcik.. sabaq no..

Thursday, September 19, 2013

14th ANNIVERSARY

Cerita dah basi, tapi xpe kan untuk kenangan akan datang..
Nak dijadikan kisah, sebenarnya saya dah 2,3 tahun tak sambut hehehe..
Percaya tak yang kami selalu 'lupa' tarikh bersejarah ni.. 4 Sept
Tapi kali ni, tahun ni saya siap pasang alarm lagi kikiki.. punya lah haruu..

Dah 14 tahun.. 
Cabaran? hmmm.. kalau takut di lambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.. cewahhhhh hihi..
tapi tu lah hakikatnya.. biasalah kan hidup berumahtangga ni kan kan kan..

Sambut berdua?
tak lah.. saya dan asben lebih selesa sambut bersama dengan anak2..
Tahun ni saya serahkan pada anak2 buat pilihan nak makan kat mana.. 

so antara pilihan mereka..
Satay Samuri??
KFC??
McD?
Pizza Hut??
akhirnya si abg serahkan kepada si kakak untuk buat keputusan..

pilihan kakak..

taraaaa...







Alhamdulillah seronok tengok semua happy terutama anak2..
Panjang umur kita sambut lagi yer..
In shaa Allah.

Thursday, September 12, 2013

SIARAN MEDIA MENGENAI PERINGATAN KEPADA BAKAL PEMBELI RUMAH DALAM MEMILIKI RUMAH IDAMAN ANDA

Jom baca ni pula.. lagi mengenai perumahan ala2 Alfafa - tak dinyatakan perumahan apa huhu
 


Antara JAWAPAN agent ALFAFA merujuk surat di atas:

SILA BACA ISI KANDUNGAN SURAT TERSEBUT DAN BACA DI PERENGGAN PERTAMA YANG MENYATAKAN BAHAWA PENEMPAH "DISARANKAN MENELITI TAWARAN"..... ITU SEBABNYA KAMI TAWARKAN DAN TIDAK MEMAKSA PENEMPAH.... JIKA KITA SOLAT ISTHIQARAH DAN MINTA PETUNJUK DARI 'NYA' , INSYAALLAH SEGALA URUSAN KITA DIPERMUDAH

Perumahan Alfafa RM89k

Tengah panassss!!!
Tawaran murah tu beb.. mana mau cari banglo semurah tu??..
Kawan-kawan saya boleh kata hari-hari dok cari maklumat tentang rumah tu..
Tapiiiii... ada banyak persoalan dan kemusykilan la..

Antara kemusykilannya:
Murah sangat!!
Ambil deposit dari orang awam tak salah ke? RM89k ok!!
Duit tu akan dilaburkan.. ke mana? adakah dengan menyerah kepercayaan semata-mata??
Ada lagi tak faham.. banyak yang tak faham..
tapi yang ni menarik juga untuk difahami..

"DALAM TEMPOH 36BULAN TERSEBUT JUGA PENEMPAH ADALAH DI WAJIBKAN UNTUK MENGHADIRI KELAS SOLAT DAN ALQURAN YANG PIHAK KAMI ANJURKAN. INI JUGA ADALAH SALAH SATU KONSEP BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN KITA HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT DAN JUGA GENERASI YANG AKAN DATANG"


baguss.. bukan tak baguss.. tapi kenapa dalam tempoh tu jer? atau ada kuliah brain wash sekali??





Kalau kawan-kawan yang ada pengalaman membeli rumah ALFAFA sebelum ni, terbaca blog saya ni, sudilah kiranya meninggalkan satu dua komen berkaitan pembelian rumah tersebut..

Wednesday, September 11, 2013

Mati Kena Renjatan Elektrik SHOWER HEATER



Mayat pasangan masing-masing berusia 38 tahun itu ditemui seorang pengemas bilik pada jam 10 pagi sebelum melaporkan kejadian kepada polis. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata mereka dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mangsa lelaki memegang hos penyembur air panas. 
 Isteri cuba bantu

“Isteri mangsa dipercayai turut maut selepas cuba membantu suaminya.

“Ada kesan melecur di muka mangsa lelaki manakala tangannya masih menggenggam hos berkenaan ketika mayat ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, semalam.

Mohmad berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada litar pintas manakala kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR). 
Bahaya kan kalau benda elektrik ni bercampur dengan air.. 

gambar: sekadar hiasan

Monday, September 9, 2013

Nabila Huda dan Anak Kemalangan kat Karak


 Semalam saya baca berita ni.. nabila huda kemalangan dengan anaknya..
tapi bukan nabila yang drive.. 
yg kesian tu, anak nabila si keisha tu patah tangan dia.. 
tapi tak tau nabila macam mana pulak.. harap dia ok.. 
semoga cepat sembuh ya..

pada bekas asben nabila huda, semua tau awak terkejut dan marah..
tapi bincang lah elok2..
jangan lah guna media untuk luahkan rasa marah tu..
sure nabila pun tak mau jadi macam tu..
ok.. peace no war!!



Gambar: currentlife2u

Friday, August 23, 2013

Hadiah dari encik suami..


Masih tak percaya..
Masih tersenyum lebar..
Masih membelek belek..  
Masih membelai2..

Walaupun dah ucap terima kasih tapi macam x cukup ucapan tu..
Nak ucap lagi..
"Terima kasih yer bang.."
"Terima kasih sangat2"



Raya 2013 yg sgt berbeza

Kita masih dalam mood syawal kan.. dlm erti kata lain mood beraya..  last syawal jumaat 6hb sept kan.. masih byk masa utk open house bagai.. saya nak berkongsi cerita ttg raya kami sekeluarga tahun ni yang sangat berbeza.. pada awal ramadhan lagi kami plan nak beraya kat kg halaman asben kat kedah.. dah 3 tahun x beraya kat sana.. persiapan dan mood raya di kampung dah tersemat di hati saya terutama anak2 saya mira ngan asyraf.. suami pun x kurang excited juga..

Tapi pertengahan puasa, mak saya tpaksa menjalani pembedahan kecil kat kaki kiri.. kakinya luka.. buang nanah yg ada.. takut melarat.. lagi pun mak pengidap kencing manis.. bahaya kan.. mak bermalam 1 mlm jer kat wad.. lega hati ni rasanya.. esoknya mula lah rutin sya dan asben bawa mak gi klinik utk cuci luka..

Seminggu pun berlalu.. setiap hari x penah miss pegi klinik.. masuk hari yg ke 8 .. nurse panggil saya.. nurse minta saya bawa mak ke hkl balik sbb luka mak tak cantik.. dengan erti kata lain, luka tak kering dan semakin x elok.. tak tunggu esok, sya terus bawa mak ke hkl.. biasalah.. lama gile urusan kat hkl.. dari kol 1 tghari sampai kol 8 lebih.. berbuka pun kat tmpt rawatan kecemasan tu.. asben beli sate ngan nasi utk berbuka.. tpi sya mkn sate jer.. air ada pihak hkl sediakan.. tq ya.. akhirnya dah puas menunggu nama mak dipanggil semula.. dan mak kene masuk wad balik.. 29 julai 2013..

 Malam tu juga mak dibawa ke bilik pembedahan.. ibu jari kaki mak di potong suku dari tepi.. nak letak gambar macam x lalu pulak menengoknya kan.. tapi beberapa hari lepas tu bahagian tepi2 luka kaki mak semakin merah.. mak dipindahkan ke wad pembedahan untuk pemantauan rapi.. saya menghitung hari.. boleh ke saya tinggalkan mak seketika dan pulang ke kampung berhari raya? anak2 pun menghitung hari juga.. tak sabar nak beraya ngan tok & tokwan..

Ingat lagi, Isnin tu 3 hari lagi Aidilfitri akan menjelang.. dengan berat hati saya pack baju anak2 semua..  dalam tengah bersiap saya dapat panggilan telefon dari adik bongsu saya yang menjaga mak pagi tu, doktor cakap ibu jari kaki mak terpaksa dipotong haritu juga.. doktor nak jumpa waris.. adik suh saya ke hkl.. asben batalkan plan balik kampung.. saya bergegas ke hkl asben hantar.. doktor terangkan dgn detail apa masalah ibu jari kaki mak kat saya.. tugas saya pula terangkan kat mak dan pujuk mak ikut apa yg doktor nasihatkan..

Esoknya, adik saya dari Kedah sampai.. kami bertiga adik beradik perempuan berkumpul dekat mak sebelum mak masuk bilik operation.. mak nangis.. bagi orang lain, maybe buang ibu jari tu, benda kecil.. tapi bagi mak, dia sangat sedih.. saya terpaksa kuatkan semngat saya.. takmo nangis sama.. takmo sedih sama.. saya suh adik2 jangan tunjuk muka sedih kat mak.. bagi kata2 semangat.. tu yang penting..

Pada awalnya doktor cakap pembedahan akan ambil masa yang agak lama.. tapi disebabkan ada benda yang tak dapat dilakukan, operation tu hanya ambil masa 2 jam jer.. masa mak keluar bilik operation kami takde.. mak sedih sangat2.. tapi kejap jer... 2 hari mak rasa sakit kat kaki yang kene operate tu.. lepas pada tu mak ok.. sampai hari mak dibenarkan keluar.. hari ni 23/8/2013


Thursday, August 22, 2013

Bas Genting Jatuh Gaung

Dapat berita tragedi ni masa tengah watsaap dengan kawan-kawan.. ingatkan terbabas aje.. rupanya masuk gaung terus.. ramai pulak tu.. setakat malam semalam seramai 37 orang meninggal dunia dan 16 orang cedera.. Senarai nama mangsa belum dikeluarkan lagi.. harap yang masih hidup tu tabah dan kuat semangat.. mesti dorang sangat2 trauma.. :(


Thursday, August 15, 2013

Dia mencari sesuatu..

Bila gembira datang, dia cuba untuk kekalkan selama mungkin..
Tapi.. sekarang katanya selalu sangat gembira datang sekejap..
Kadang-kadang dia keliru, bila gembira datang,
adakah ia yang benar atau yang palsu..
Dia cuba mencipta gembira.. tapi tak kekal lama..
Dia berusaha untuk wujudkan rasa gembira.. tapi tak menjadi..
Ke mana ya gembiranya pergi?
Adakah gembira dia ada di tempat lain?
Dia penat mencari gembiranya
Dia letih katanya.. dia ingin berehat..
Moga sebelum masa itu tiba, gembiranya kembali ke sisinya..
Mudah-mudahan..
Amin.. 

~dia~

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Saya sekeluarga ingin mengucapkan..
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN 
 jika ada salah dan silap disepanjang saya berblog ni, maafkan saya yer..


Tuesday, July 9, 2013

SALAM RAMADHAN




Salam semua,

ATIE AIZAM BLOGSPOT ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA" kepada semua rakan-rakan serta umat Muslimin semuanya.

Semoga anda semua di berkati Allah di bulan Ramadhan yang sangat mulia ini.

Terima kasih, sayang anda semua !!!

Thursday, July 4, 2013

Habbatussauda Kapsul

Ramai yang bertanya tentang stock Baraka yang kotak oren tu.. untuk makluman semua, kapsul habbatussauda kotak oren tak dapat di bawa masuk ke Malaysia.. tak tahu sampai bila.. hanya Pharmaniaga sahaja yang dibenarkan.. hmm pasal apa dan mengapa.. malas nak cerita..

Tapi ada berita baik.. kami telah mendapat bekalan kapsul habbatussauda dari Turki.. Shiffa Home Al-barakah .. lebih kuantiti dan isikandungan setiap kapsul.. jom kita bandingkan perbezaannya..

Baraka kotak oren
Kuantiti 1 kotak : 24 biji
Isikandungan setiap kapsul: 450mg


Shiffa Home Al-Barakah
Kuantiti 1 kotak: 30 biji
Isi kandungan setiap kapsul: 500mg

Size yang lebih kecil, kapsul yang lebih nipis dan harga yang berpatutan..  Dah ramai pelanggan kami mencuba.. alhamdulillah mereka suka dengan Shiffa Home Al-Barakah.. Syukur alhamdulillah..

Kalau ada sesiapa yang berminat nak dapatkan Kapsul Habbatussauda Shiffa Home Al-Barakah [Kapsul Shiffa Home] boleh sms/whatsApp 0123637531.

Tuesday, June 25, 2013

JEREBU Di Rumahku

Dah macam kat genting jer area umah saya ni waktu pagi.. cuaca yg redup dan berkabus.. kalau kabus kat genting nun hah best la.. ni kabus yang tak sihat.. aduhai.. kalau kita yang org tua tak tahan, kesian kat budak2.. terutama kat si kembar hazim haziq.. haziq sampai serak tak bersuara dia.. air masak macam sakit jer masuk dalam tekak haziq.. saya cuba bagi teh bunga kurang manis yang dalam kotak tu.. alhamdulillah haziq mau minum.. walaupun byk yang diluah, tapi xpe saya bagi dia selalu.. hari ni dah boleh makan nasi macam biasa.. syukur.. nasib si abg hazim ok jer.. tapi tetap sya jaga makan minum hazim..

Bab sekolah lak, semalam isnin dah diberi cuti sekolah oleh kementerian.. selasa terpulang kat ibubapa la pulak kata kementerian.. ibu bapa berhak nak larang anak ke sekolah.. hurmmm.. abg achap dah tentulah nak cutikan.. takpe.. tengok cuaca esok pagi camne.. paling syok dah tentu kak mira.. hari ni pun dapat sms dari cikgu zahara bagitau sekolah tutup esok selasa.. sekolah PASTI WPKL sahaja yer hehe..

Harap jerebu segera hilang dan keadaan kembali sediakala.. arahan kata "tutup tingkap dan pintu rumah" aduhaiiii.. panas gile dok lam umah camgitu.. dah tak jadi rumahku syurgaku dah.. rasa2 macam lagi selamat dok kat SOGO kan.. ada aircond.. hihihi..

Semalam, saya cuba pakaikan mask kat si kembar.. alhamdulillah si abg ok jer.. cuma si adik memula tu menangis x mau.. tapi lama2 ok dah..sekali tu jer lah.. pastu takde nak nye.. 2-2 nangis hihi..

Saturday, May 18, 2013

Izzue Islam .. kau curi fokus ku!!

Wahhh.. hilang akal dah agaknya mak org ni hahaha...
tapi itulah kenyataannya.. aku suka bangaaaaat dengan suaranya..

Mendayu-dayu.. dah sah2 pemuda ni seorang yang romantis gitu hehe.. adeehhh gatalnye aku!!  hahaha..
sesekali layan perasaan.. bukannya si izzue ni tau pun kan kan.. awak tak tau kan.. kan ngee~

Sejak bila saya jatuh hati dengan dia ni ek.. hmmm.. saya rasa sejak tengok cerita Diva Paris Masuk Kampung.. masa ni suka dengar lagu Liyana Jasmay "Cinta Bersatu" tapi suka tengok lakonan Izzue Islam ni.. pemuda kampung yang baik.. poyo!!



Lepastu.. sejak cerita Bunga Merah Punya saya jatuh hati terus dengan suara dia...

dan lagu bawah ni aduhaiiiii... berpuluh2 kali ulang..

 

Oh bulan.. sampaikan rinduku
Oh bintang.. kirimkan cintaku
Yang hilang pastikan bersatu
Oh sayang di dalam mimpimu

Oh bulan.. sampaikan rinduku
Oh bintang.. kirimkan cintaku
Yang hilang mngkinkah bersatu
Oh sayang dimana dirimu

Malam ini aku sendiri
Menanti dan terus menanti

Malam ini aku sendiri lagi
Menanti dan terus menanti

Usah di tangis lagi
Usah di rindu lagi
Pasti kita bertemu nanti

Usah di tangis lagi
Usah di rindu lagi
Pasti kita bertemu pasti

Pejamkan matamu kasih...

sob sob sob.. sedey bangat..

Friday, May 17, 2013

FISHER PRICE BABY ROCKER RM170


Portable rocker.. senang kerja si ibu.. boleh bawa ke mana sahaja dan ayun.. boleh pakai lama pulak tu.. sampai baby mencecaah berat 18kg kira2 sampai umur 4 tahun.. kira sampai baby dah pandai berdikari tidur sendiri lah kan..

Harga yang sangat berpatutan.

Ready Stock..
Harga: RM170.00
Postage: e-Parcel  RM10.00 [SM]

COD: Sentul/Setapak

Kalau berminat boleh terus sms/whatsApp 0123637531 .. :)

Tuesday, May 7, 2013

Baby Bullet RM150 FREE POSTAGE!

Comel & mudah untuk menyediakan makanan untuk baby anda.
Kalau berminat, boleh segera hubungi saya dgn sms/whatsApp ke no 0123637531
COD sekitar area Sentul/Setapak
Stock available!!

*Promosi: Diskaun 20% ke atas pembelian buku Nutritionists Choice Cookbook vol.1 & vol.2 dengan setiap pembelian Baby Bullet di atas.

Friday, May 3, 2013

Electronic Backseat DRIVER

Siapa yang anaknya suka sgt pulas stereng keter ekk... kadang2 nangis sungguh2 sebab kita tak bagi dia dok depan kita .. tambah2 time tengah drive.. bahaya kan.. nah.. skrg dah ada stereng ke2 hihi.. boleh letak kat seat belakang.. siap ada hon bagai.. signal kiri kanan pun ada.. kira cam stereng ori jugaklah..

Kalau ada yang berkenan, boleh watsaap/sms saya k.. 0123637531

Harga: RM37.00 tak termasuk postage
Postage: RM9.00 [SM]

Harga Pasaran: RM50


Wednesday, May 1, 2013

Panggilan Temuduga SPR Lagi

Untuk ntah keberapa kali ntah saya pun tak pasti.. Semalam sekali lagi saya mendapat panggilan temuduga SPR.. walaupun dah memiliki ijazah tak seharusnya saya menolak panggilan temuduga N27 ni kan.. Mana tahu ada rezeki anak2 kat situ.. cubalah.. Tapi asben saya kata dah tua.. hihi..

Nampaknya nak kene studi gaklah sikit2 kan.. Tapi nak studi apa ek.. Kalau sebelum ni agak rajin cari bahan tapi kali ni macam hambar jer.. Macam malas pun ada.. Hmmm.. tengoklah nanti.. Ada 1 hari jer masa utk saya gali menggali ilmu.. Janganlah ditanya pasal parti bagai.. tak reti saya nak menjawabnya..

Apa2 pun, doakan saya yer.. Amin.

Monday, April 29, 2013

Bertatih Berniaga

Dulu saya selalu ajak encik asben gi Jalan Kenanga tempat peniaga2 beli barang tu.. selalu sangat dia bagi alasan macam2.. tapi sejak saya mula berniaga online ni boleh kata seminggu tu 2,3 kali sya ke sana mencari barang customer.. memula dulu saya tak pandai sangat.. saya belajar sendiri.. pernah tanya kat peniaga online lubang2 untuk dapatkan stock.. hurmmm.. jangan diharap dorang akan bagitau.. so saya pelan2 kayuh.. dapat untung sikit2 saya buat modal pusingan.. macamtulah hingga ke hari ni..

Saya masih ingat, saya start wat bisnes 26 Januari 2013.. Alhamdulillah dah 3 bulan berlalu.. masih muda dan masih baru.. masih bertatih untuk berjalan seiring dengan mereka yang dah berjaya.. Insha Allah saya akan terus berusaha selagi berdaya.. apa yang penting, modal kena jaga.. jangan guna modal berniaga ke arah lain.. Kalau boleh sya tak mahu meminjam bank.. mcm saya kata tadi pelan2 kayuh.. sya percaya, kalau kita padai manage perniagaan kita, walaupun kecil, pasti kita boleh berjaya..

Apa2 pun terima kasih pada semua pelanggan fb: My Baby Cool Collection dan pelanggan fb: Faarysa BabyShop kerana percaya dengan servis yang diberikan.. luv uols semua..


Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Bubar Hari Ini

Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13.
Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
 "Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuar dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung jam 11.30 pagi. Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.
Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April 2013.
Dalam ucapannya, Najib berkata, beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.
Beliau turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.
Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian, lapor Bernama.
PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Saturday, March 23, 2013

Rawatan Susulan @ Klinik Breast

Awal bulan haritu, lepas saya wat pap smear (baca SINI) kan saya di minta buat rawatan susulan kat HKL.. sebab dorang jumpa ada benjolan kat breast belah kanan saya.. so lepas dapat surat rujukan dari klinik KK, esoknya saya ke HKL lah untuk dapatkan tarikh temujanji.. setelah hampir 40 minit menunggu, urusan saya pun selesai.. tarikh temujanji saya 18hb Mac beberapa hari yang lepas..

18 Mac saya pergi sendiri ke HKL sbb twins xde org jaga.. sya sampai awal.. ada 35 minit lagi sebelum kol 9.00 pagi.. so sya pun pergi lah sarapan dulu.. 5 minit sebelum kol 9.00 pagi sya dah tercongok kat depan bilik Pembedahan Am.. kira2 40 minit jugak lah saya menunggu giliran sya dipanggil..

"1039 Sila ke bilik 6" ... no giliran saya di panggil.. Firstly, rasa nak luruh jantung sya bila masuk dalam bilik 6 tu.. terkedu sya kejap.. aduhhhhhh...!!! DOKTOR LELAKI!!! perasaan malu belum lagi menyelubungi saya time tu.. lepas doktor ambil latar belakang sya utk rujukan, doktor minta sya baring kat tempat pemeriksaan.. Ya Allah.. tak tergambar rasanya perasaan saya waktu tu.. bukan sya tak pernah diperiksa oleh dokor lelaki tapi kali ni saya rasa lain.. Malu yang teramat!! rasa macam nak kansel jer pemeriksaan haritu.. tapi sya tak buat apa2 pun..just ikut jer arahan doktor n nurse yang membantu.. dan bila saat doktor mula periksa bahagian2 tersebut, air muka sya terus berubah.. rasa sya dah tak nampak apa2.. malu yang sgt2!! .. walapun pada firasat sya, doktor tu pun dah tak heran sbb dia doktor pakar bedah Gred 54.. dah beribu dan mcm2 bahagian yg dia dah belek.. kan.. firasat saya tu agak melegakan hati sya yang segan sgt2 lepas diperiksa.. nak keluar dari bilik pemeriksaan alahai hihi..

Tapi cool tetap cool.. buat selumber jerrrr.. ialah kan.. kalau ada duit boleh gi hosp swasta.. pilih doktor.. klau kat HKL rasa2nye boleh request ke? huhu..

Doktor tu bagitau yang sya kene buat ultrasound nak pastikan dgn lebih jelas.. so saya kena ke bilik X-tray pulak ambil temujanji utk wat ultrasound.. 30 minit menunggu.. giliran sya sampai.. appoinmnet bulan Julai nanti.. pastu naik balik kat Bilik Pembedahan Awam tu utk dapatkan temujanji dgn doktor tu balik lepas wat ultrasound tu nanti..

Semoga urusan berjalan dgn lancar.. Saya tak mahu nak pikir apa2 yang negatif.. belum ada keputusan yang tepat mengenainya.. semoga sya jauh dari penyakit tersebut.. Amin.

Friday, March 22, 2013

Blog Ku Kembali Normal

Tak normal?? mana taknya.. dah la lama takde cerita.. pastu dah macam blog shop la pulak kan.. hihi.. nak wat camner.. sejak dah mula berniaga kecil2lan ni, kene lah tempek sana sini nak promote barang kita jual kan.. haritu belum ada blog shop lagi.. skrg dah ada.. alaa blog simple dimple jer.. nama blog nye Rysa House.. baru update sikit2 product yg saya jual.. dan lepas ni, blog saya yang tercinta ni akan kembali seperti sediakala.. cuma sesekali lah kot nak wat promosi kan kan hihi.. so kawan2, nanti klau free.. mai lah jenguk2 blog shop saya.. Rysa House @ http://rysahouse.blogspot.com @kat fb: rysahouse ..

Thursday, March 7, 2013

Baraka Habbatusauda SOLD OUT!



Assalamualaikum semua pengunjung dan pembeli Baraka Habbatussauda..

Kami ingin maklumkan bahawa Baraka Habbatussauda sekarang ni SOLD OUT.
Stock baru dikhabarkan ambil masa 1-2 bulan baru sampai.. huhuhu lama lagi tu.. stock sampai nanti kami akan maklumkan segera yer. 

Sekian,

Wednesday, March 6, 2013

PYJAMA OFFER!! RM20/set

Jom jom.. pilih2 mana yang berkenan.. Harga pasaran RM24-27/set
Tapi kami di Rysa Kids World buat jualan KASI HABISS..
Pyjama dibawah hanya RM20/set sahaja!!!
Jangan lepaskan peluang ni ok..
utk order:
* boleh sms/whatsaap 0123637531
* boleh email yus_aizam@yahoo.com
* atau tinggal msg dibahagian komen.

PYJAMA ANGRY BIRD BLUE 
SOLD OUT

PYJAMA HELLO KITTY LIGHT BLUE
 Tinggal beberapa size shj
boleh rujuk fb: Rysa House

  PYJAMA HELLO KITTY PINK
SOLD OUT

PYJAMA KLBU
SOLD OUT


PYJAMA PORORO YELLOW
 Size boleh rujuk fb: Rysa House

PYJAMA SPIDERMAN BLUE
 Size boleh rujuk fb: Rysa House

Tom & Jerry Rainbow
Size boleh rujuk fb: Rysa House

Tom & Jerry Smile
Size boleh rujuk fb: Rysa House

Wednesday, February 20, 2013

Baraka Habbatussauda RM9 sekotak

Untuk makluman pengguna/peniaga Baraka Habbatussauda, mulai bulan Mac nanti Baraka Habbatussauda bukan lagi berharga RM8 tapi dinaikkan ke RM9 sekotak atas peningkatan kos seunit. Ia diharapkan tidak berlarutan. Jika pada shipment berikutnya, kos kemasukan kembali pulih, kami tidak teragak2 untuk menurunkan kembali harga Baraka Habbatussauda seperti sekarang ini.



Iklan