Kita masih dalam mood syawal kan.. dlm erti kata lain mood beraya.. last syawal jumaat 6hb sept kan.. masih byk masa utk open house bagai.. saya nak berkongsi cerita ttg raya kami sekeluarga tahun ni yang sangat berbeza.. pada awal ramadhan lagi kami plan nak beraya kat kg halaman asben kat kedah.. dah 3 tahun x beraya kat sana.. persiapan dan mood raya di kampung dah tersemat di hati saya terutama anak2 saya mira ngan asyraf.. suami pun x kurang excited juga..
Tapi pertengahan puasa, mak saya tpaksa menjalani pembedahan kecil kat kaki kiri.. kakinya luka.. buang nanah yg ada.. takut melarat.. lagi pun mak pengidap kencing manis.. bahaya kan.. mak bermalam 1 mlm jer kat wad.. lega hati ni rasanya.. esoknya mula lah rutin sya dan asben bawa mak gi klinik utk cuci luka..
Seminggu pun berlalu.. setiap hari x penah miss pegi klinik.. masuk hari yg ke 8 .. nurse panggil saya.. nurse minta saya bawa mak ke hkl balik sbb luka mak tak cantik.. dengan erti kata lain, luka tak kering dan semakin x elok.. tak tunggu esok, sya terus bawa mak ke hkl.. biasalah.. lama gile urusan kat hkl.. dari kol 1 tghari sampai kol 8 lebih.. berbuka pun kat tmpt rawatan kecemasan tu.. asben beli sate ngan nasi utk berbuka.. tpi sya mkn sate jer.. air ada pihak hkl sediakan.. tq ya.. akhirnya dah puas menunggu nama mak dipanggil semula.. dan mak kene masuk wad balik.. 29 julai 2013..
Malam tu juga mak dibawa ke bilik pembedahan.. ibu jari kaki mak di potong suku dari tepi.. nak letak gambar macam x lalu pulak menengoknya kan.. tapi beberapa hari lepas tu bahagian tepi2 luka kaki mak semakin merah.. mak dipindahkan ke wad pembedahan untuk pemantauan rapi.. saya menghitung hari.. boleh ke saya tinggalkan mak seketika dan pulang ke kampung berhari raya? anak2 pun menghitung hari juga.. tak sabar nak beraya ngan tok & tokwan..
Ingat lagi, Isnin tu 3 hari lagi Aidilfitri akan menjelang.. dengan berat hati saya pack baju anak2 semua.. dalam tengah bersiap saya dapat panggilan telefon dari adik bongsu saya yang menjaga mak pagi tu, doktor cakap ibu jari kaki mak terpaksa dipotong haritu juga.. doktor nak jumpa waris.. adik suh saya ke hkl.. asben batalkan plan balik kampung.. saya bergegas ke hkl asben hantar.. doktor terangkan dgn detail apa masalah ibu jari kaki mak kat saya.. tugas saya pula terangkan kat mak dan pujuk mak ikut apa yg doktor nasihatkan..
Esoknya, adik saya dari Kedah sampai.. kami bertiga adik beradik perempuan berkumpul dekat mak sebelum mak masuk bilik operation.. mak nangis.. bagi orang lain, maybe buang ibu jari tu, benda kecil.. tapi bagi mak, dia sangat sedih.. saya terpaksa kuatkan semngat saya.. takmo nangis sama.. takmo sedih sama.. saya suh adik2 jangan tunjuk muka sedih kat mak.. bagi kata2 semangat.. tu yang penting..
Pada awalnya doktor cakap pembedahan akan ambil masa yang agak lama.. tapi disebabkan ada benda yang tak dapat dilakukan, operation tu hanya ambil masa 2 jam jer.. masa mak keluar bilik operation kami takde.. mak sedih sangat2.. tapi kejap jer... 2 hari mak rasa sakit kat kaki yang kene operate tu.. lepas pada tu mak ok.. sampai hari mak dibenarkan keluar.. hari ni 23/8/2013
No comments:
Post a Comment