Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, December 6, 2013

Percutian kami di Lost World Of Tambun Part 1

Dah lama aku tak bawa anak2 gi jalan-jalan luar dari KL.. tambahan sejak ada si kembar, perbelanjaan keluarga terpaksa dikurangkan mana yang tak penting.. aku tak nak bebankan asbenku dengan minta yang macam2.. kali ni percutian aku tanggung semua.. asben kuarkan duit minyak keter jer hihi.. alhamdulillah dengan rezeki berniaga online aku dapat bawa anak2 bercuti selama 3 hari 2 malam.. syukur.. semoga rezeki ku sekeluarga bertambah, amin. dan istimewanya kali ni, aku bawa mak ngan ayah bersama..

Dari KL kami gerak dalam kol 12 tghari.. dan sampai Ipoh kira2 kol 3 petang.. sampai jer area Tambun aku terus call owner Homestay yang aku tempah aritu.. Syukur juga dapat Homestay last minit.. kalo tak melepak kat hotel la nampaknya.. homestay tu kat Taman Mawar.. dekat sangat ke LWOT.. lepas ambik kunci, aku sekeluarga terus pergi mencari sesuatu untuk di isi.. lapar derr.. kitorang ke Giant jer.. makan kat sana.. sejuk sikit ada ekon hihi.. bawa budak2 ni kalau kat tempat panas dorang suka meragam.. kalo kat tempat sejuk elok jer main merata.. Bila perut dah kenyang.. mata pun makin layu lah kan.. kami decide terus balik Homestay berehat..

Ternyata si kembar abg (hazim)) mmg mengantuk sgt2.. tak sampai Homestay lagi dia dah terlena.. pastu si adik pulak.. legaaa.. dapat gak aku berehat kejap hihi.. sejam kemudian adik aku pun sampai dari Kedah.. kami memang dah berpakat nak bercuti sama2.. :D

Makan malam dlm perancangan nak masak bagai.. tapi bila dapat tau ada pasar malam kat kawasan dekat2 Homestay ni, hmmm kansel terus.. order jer kat asben ngan adik ipar.. dorang pi beli.. mak mak dah tak larat kikiki..

Selesai sudah hari pertama di Ipoh..

2 comments:

Alin Marlini said...

mesti budak2 tu seronok nak lost world tu...happy hliday

Wanzi said...

memang best pergi sana.... saya pun baru lepas pergi sana.... dapat main air dah jadi macam budak2 pula... hahaha

Iklan