21 April 2011 merupakan detik paling gerun dalam sejarah aku belajar di UTM.. perkataan VIVA amat ditakuti oleh ramai pelajar termasuk aku.. segala kerumitan, keperitan, kepayahan dan kebizian aku menyediakan segala bahan untuk tesis berakhir pada tarikh tersebut.. sekali lagi aku ke UTM, Skudai bersama geng2 tesis dal, zuli, umu n liza.. kami gerak awal sehari untuk lebih bersedia menghadapi hari tersebut.. dalam perjalanan ke JB aku dapat sms dari Dr. penyelia aku... tetiba aku rasa sangat-sangat berdebar bila dapat tau nama penilai aku.. Dr. S.. aku dah dengar macam2 cerita tentang Dr.S.. apa lah malangnya aku dapat dia.. terkedu dan terpampan sekejap aku dibuatnya.. aku seakan memujuk hati aku.. "tak apalah.. redah ajer!".. yup.. aku kena redah jer, tak kira lah siapa penilai aku.. aku dah berusaha siang malam, aku dah berusaha ke sana ke sini mencari bahan, aku dah berusaha belajar SPSS, aku dah berusaha memahami tesis aku.. sekarang ni aku hanya perlu REDAH ajer.. dan berdoa semoga semuanya berakhir dengan baik.. malam harinya aku tak mampu melelapkan mata dengan sempurna.. tidur aku selalu terganggu.. aku resah menanti detik itu.. aku diantara 3 presenter terawal yang akan present.. pada pukul 9.00 pagi..
Azan subuh dari masjid berdekatan mengejutkan aku yang terlena dari pukul berapa ntah.. alhamdulillah nasib lah aku tertidur.. kalau tak naya aku present nanti.. pukul 7.30 aku bersiap.. aku pakai baju kurung warna turquoise.. menyapu solekan sedikit agar muka aku nampak cergas.. dan tanpa minum pagi pukul 8.15 pagi aku, dal n ummu ke bangunan D06.. kebiasaannya pagi aku akan sarapan dulu tapi pagi tu aku ngan member2 takde selera langsung nak makan.. tumpuan aku hanya nak segera present, berhadapan segala kemungkinan dan tamatkan present tersebut..
Jam semakin menunjukkan arah angka 9.. aku dah bersiap sedia dengan powerpoint yang dah dipancarkan.. debaran semakin memuncak.. tapi aku cuba kawal sebolehnya.. dan tepat pukul 9.00 pagi para penilai aku masuk..
Dengan bacaan Bismillah.. aku mulakan presentation aku.. perjalanan 45 minit present seakan sekejap sahaja sebab aku banyak diasak dan dihentam dengan pelbagai soalan yang tak mampu aku jawab.. tapi aku yakin dengan diri aku.. aku tahu apa yang aku buat.. dan aku berjaya menjawab beberapa soalan 'maut' yang tak terpikir langsung oleh aku akan ditanya.. Alhamdulillah.. meskipun aku dilunyaikan dari kulit ke kulit tesis aku tu, tapi banyak yang aku belajar dari situ.. tepat pukul 9.45 pagi presentation aku pun berakhir.. aku yang masih cuak dan gementar seperti kehilangan kata-kata di sapa dengan senyuman dari para penilai aku yang membuatkan aku sedikit ceria.. dan sebelum meninggalkan bilik kuliah tersebut, penilai memberikan khabar gembira buat aku.. dan tak semena-mena air mata aku jatuh.. aku tak tau samada air mata tu air mata gembira atau air mata keperitan..
Yang pasti, aku perlu membuat sedikit pembetulan dan menambah sane sini sebelum menjilid tesis aku ni.. keputusan aku keluar 30hb.. semoga keputusan tersebut dapat membayar segala keperitan, kepayahan, kesabaran aku, husben dan anak-anak aku yang mana mereka sangat bersabar dan memahami kejerihan aku menyiapkan tesis dalam masa 4 bulan.. Walaubagai mana pun, aku sangat berterima kasih pada Dr. R sebab banyak memberi tunjuk ajar pada aku.. dan aku juga sangat berterima kasih pada Zuli dan Nora sebab 'drive' keter dengan selamat setiap kali pergi dan balik dari Skudai.. terima kasih pada teman2 yang lainnya yang banyak bangi dorongan pada aku.. Alhamdulillah igauan VIVA aku dah pun berakhir..
muka ceria lepas azab presentation macam ni lah hehe..
note: aku baru tau maksud VIVA yang sebenar hehe..
VIVA berasal dari perkataan Latih bererti hidup. Kata penuh bagi maksud ini ialah VIVA VOCE atau suara kehidupan jika diterjemah secara bahasanya tetapi pemakaian maksudnya lebih kepada pertahanan tesis iaitu sesi untuk meyakinkan para penilai tentang tesis yang telah ditulis.