Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, September 19, 2012

Resepi Agar-agar

Resepi agar-agar ni saje saya letak sini untuk rujukan saya pada masa akan datang.. bukan tak tau nak buat kalau takde resepi tapi sukatan tu tak tepat.. kadang2 agar-agar hasilnya agak keras, kadang-kadang lembut sangat la pulak.. maklumlah, buatnya bukan selalu.. tu tak ingat sukatan hihi..

Agar-agar Gula Melaka @ nama lain Agar-agar Santan @ Agar-agar Lumut ni saya buat ahad lepas.. Agar-agar Sirap Rose pula saya buat semalam.. cuaca kat KL sekarang ni panas kan.. elok sangat saya sejukkan tekak suami ngan anak-anak dengan agar-agar ni.. dorang pun suka.. :)

Kalau ada kawan-kawan nak cuba, silakan..

sedap dan lemak..

plain, bila sejuk nyaman jer masuk ke tekak..

Agar-agar Gula Melaka

  • 1 paket agar-agar tali (20gm)
  • 1200 ml air
  • 1 cawan santan pekat + 650 ml air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam

 Cara membuatnya:
  • Masak air dalam periuk hingga mendidih.
  • Basuh agar-agar, masukkan ke dalam periuk tadi dan masak hingga agar-agar betul-betul cair.
  • Masukkan gula, gula merah, dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Tapis agar-agar dan masukkan kembali ke dalam periuk.
  • Didihkan kembali dengan api sederhana.
  • Campurkan santan + 650ml air, telur dan sedikit garam. Kacau sebati.
  • Tuangkan campuran santan ke dalam periuk dan kacau selalu sehingga nampak santan seolah naik macam lumut.
  • Tuang dalam loyang atau acuan yang disukai. Biar sejuk diluar seketika sebelum masukkan dalam peti sejuk. 

Agar-agar Sirap Rose

Bahan-bahannya:
  • 1 paket agar-agar tali (20gm)
  • 2.1 liter air 
  • 1 1/2 cawan gula
  • 3 sudu sirap rose
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam
Cara memasaknya:
  • Masak air dalam periuk hingga mendidih.
  • Basuh agar-agar, masukkan ke dalam periuk tadi dan masak hingga agar-agar betul-betul cair.
  • Masukkan gula, sirap rose, sedikit garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Tapis & tuang dalam loyang atau acuan yang disukai. Biar sejuk diluar seketika sebelum masukkan dalam peti sejuk. 

7 comments:

shark said...

bole try ni :)

Alin Marlini said...

paling suka agar-agar sirap

Wawa Mohamad said...

kalau boleh, share lah jugak resepi membuat cupcakes... teringin sangat nak belajar, hehe

Norzie hany said...

suka agar2 yang plain tu....sedap.

Nurul Faiz Bikers said...

agar-agar sirap itu nampak sedap sangat :)

Panglima Sanglang said...

tq.. atas resepi tu.. mwmang tgh nak cuba utk berbuka ni...

Ani Ahmad said...

Tengah cari sukatan yg betul utk agar2 sirap tu. selalu kena masak berkali2 baru spt tekstur lembut elok. Hihi. Tq share resepi!

Iklan