Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Sunday, September 30, 2012

Kuih Sagu

Ini pun entry tertunggak lagi.. minggu lepas memang xde mood langsung nak mengupdate blog saya ni ha. tapi minggu ni mood ke laut tu macam dah hilang jer.. tu yang laju jer menaip.. siap ada entry auto publish lagi.. kalaulah mood mcm ni dapat dikekalkan lama2, kan best..

Kali ni saya masak Kuih Sagu.. alahai senang jer rupanya wat kuih ni.. sat jer dah masak.. cuma ambik masa sikit jer nak mengacau sagu tu kat atas api.. resepi ni saya ambik dari blog kakwan... saya mohon untuk share kat sini pulak yer.. minta dihalalkan yer sis..

Kuih ni memang sedap.. aritu saya bawa kuih ni wat minum petang kat rumah bonda.. makan ramai2 lagi lah sedapkan.. kejap jer habis.. nanti leh wat lagi.. :)


Kuih Sagu
resepi: Kakwan
 
1 cawan sagu - basuh dan toskan
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 sudu besar sirap rose
Kelapa parut + sedikit garam

Cara2:
  1. Basuh sagu dan toskan
  2. Masak air hingga mendidih, masukkan sagu, kacau supaya tidak berketul.
  3. Kacau hingga separuh masak. Masukkan gula, daun pandan dan sirap rose. Kacau lagi hingga sagu menjadi likat. Keluarkan daun pandan.
  4. Masukkan ke dalam loyang/acuan yang dah dibasahkan. Kukus selama 10 minit hingga sagu menjadi jernih. Tapi saya biarkan sagu kelihatan ada putih2 sedikit..
  5. Sejukkan dahulu dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih.
  6. Potong dan gaulkan dengan kelapa yang dicampurkan dengan sedikit garam.

4 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

kegemaran anak nih!

Zuraini said...

Yus...semalam punya kuih sagu,lompang,serimuka memang marvelous!!! Rajin betul akak kita sorang nie...:)

atie aizam said...

@Mrs Eady: kuih ni kegemaran kami sekeluarga :)

atie aizam said...

@Zuraini: alhamdulillah.. :) .. bukan apa, seronok kalo mkn ramai2 ni.. ni pun smentara si kembar tak aktif lgi.. nanti dah lasak, apa pun xleh nak buat hihi..

Iklan