Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Thursday, May 31, 2012

Bermonolog Di Hari Berpantang ke-21

Hurmmm.. baru 21 hari..
lambatnya rasa masa berlalu
lambatnya nak sampai hari ke-44
Kenapa tetiba nak menghitung hari ni ek..
bukan tak tau kan kan..
hurmm.. 
mengeluh lagi.. 
Rasa2nye kalau asben ada kat sini mengeluh tak?
tak kot..
uwaaaaaa... bangggg.. balik arr cepatt!!!
tu yang sebenarnya..
aku rindu gile kat encik asben..
encik asben ni lah tempat aku bergossip, bercerita, ketawa, bergaduh ngeh3x
tapi asbenku dah balik KL..
balik hari selasa aritu.. harini dah khamis..
huhuhu.. mesti sue kata: baru 3 hari.. dah kecoh.. poyo jer..
sue tu adik aku.. dia ngan asben dia PJJ.. hihihi
jauh2 tu dia dah biasa..
tapi aku tak biasa.. (jap nak gelak sat)
tapi betul arr.. 
aku mana penah jauh ngan asben lama2..
 tak caye??
tak caye sudah..!!

Isnin..
Lambatnye nak tunggu isnin..
asben balik sini isnin nanti..
berapa hari lagi ekk..
hurmm..  lama lagi tu.. 4 hari lagi..
adoiiii.. 
pastu.. kena tinggal lagi.. 

adakah itu yang dinamakan pengorbanan?
iyolahhh..

demi kalian.. :)

Monday, May 28, 2012

Majlis Cukur Rambut Si Kembar Hazim & Haziq

Meriah.. awal2 pagi lagi saudara mara dah mai umah.. aku masa tu masih tidur lagi hihi.. almaklumlah berjaga malam 3x kali menyusukan si kembar tu.. majlis cukur rambut ni kami buat sederhana saje.. takde majlis berendoi bagai.. insyallah minggu depan pulak kami akan adakan majlis Aqeqah untuk si Kembar Hazim & Haziq.. pasti lebih meriah.. :)

Meriah bukan dalam erti kata bermewah2 tapi meriah dgn semangat gotong royong dan saling bantu membantu semasa majlis diadakan.. aku suka suasana macam tu.. hurmm.. kat KL susah nak tengok suasana macamni.. semua pakai duit.. berbayar ko untuk bergotong royong.. walau bagai manapun aku percaya, kat KL tu masih ada sesetengah tempat yang masih mengamalkan muafakatan ikhlas tanpa di bayar.. cuma tak bayak tempat yang masih praktikkan perkara macamtu..

Jomlah layan beberapa keping gambar yang encik asben ambik tadi..

 sebahagian saudara mara yang berada di bahagian dapur


 Tok Nyang Teh yang cukur rambut Si Kembar.. 
abg achap ngan kakak mira pun Tok Nyang yang cukurkan rambut dulu..


juadah utama yang disediakan.. pulut kuning/putih & gulai ayam
nasi, ulaman, telur dadar, sambal tumis pun ada..

aku nak ucap terima kasih kat..
semua yang sudi hadir,
kat mak ngan abah sebab buat majlis ni..
terima kasih :)

Sunday, May 27, 2012

BE Baru.. TQ Nuffnang

Dah lama dah... dah lama En. Nuffnang tak bagi BE kat aku.. aku pun dah hampir2 nak majuk dah ngan En. Nuffnang.. pandai En. Nuffnang baca isi hati aku.. 2,3 hari lepas discaj dari wad, aku cek account Nuffnang.. ejejeje.. ada BE baru ler.. bukan 1 tapi 3 sekali.. wah.. terima kasih daun keladi tau.. :)


Saturday, May 26, 2012

Berpantang @ Baling, Kedah

Alhamdulillah aku dah selamat sampai rumah mertuaku a.k.a rumah ku di baling semalam.. lepas checkup kat klinik pagi semalam, kami terus gerak.. syukur aku tak alami sebarang masalah sepanjang dalam perjalanan semalam.. si kembar pun asik tidur jer..

Semalam, selain dari abah ngan kakna.. toknek pun ada sama menanti kami sampai.. cerianya wajah toknek menyambut kepulangan cicit kembarnya.. setiap telatah si kembar mencuit hati toknek.. suka aku tengok toknek happy camtu.. alhamdulillah aku tengok toknek sihat..

Hari ni asben ada bersama sampai hari isnin.. insyallah hari isnin ni nak wat majlis cukur rambut si kembar.. so selasa pagi asbenku cadang nak balik KL dah.. sob sob sob.. sedeynye.. nasib ada berukben ni ha.. leh jugak aku online isi masa terluang..

Hari ni ramai saudara mara datang nengok Hazim & Haziq..  dari awal pagi lagi.. terima kasijh yer.. oklah.. masa dah time untuk aku gi bersiram petang.. nanti lewat bersiram, tak bagus buat org dalam pantang ni.. nanti update citer lain pulak.. daaa

acik yanie.. sowi ambik gamber curik.. :D

Tuesday, May 22, 2012

Menu Semasa Berpantang

7 hari dok kat wad lepas bersalin, nak makan makanan pantang betul2 memang takdelah kan.. mana yang boleh makan, aku makan macam ayam walaupun org kata lepas operate xleh makan ayam.. tapi kalau x makan aku nak makan ape lak kan hihi.. sesekali kalau sempat, asben aku masakkanlah ikan tenggiri goreng atau ikan selar goreng bubuh lada hitam bawa gi hospital untuk aku makan..

Tapi lepas jer aku dibenarkan balik ke rumah.. menu aku dah bertukar der.. almaklumlah ibu mentuaku yang menjaga makan minum aku.. pastinya semuanya terbaik.. jom layan menu berpantang aku untuk minggu ni...

 ikan tenggiri & ikan haruan goreng

 sayur sawi batang besar tumis bawang putih

hirisan halia goreng minyak zaiton & serbuk lada hitam

haaa.. amacam.. sedap tak? kalau aku makan biasanya CLEAR ar hihi.. 
tq mak.. tq coz menjaga makan minum aku masa aku dalam pantang ni..

Sunday, May 20, 2012

1st Hasil Perahan Susu untuk Si Kembar

Semangat aku nengok hasil perahan susu yang pertama kali aku buat untuk kembarku ini..

 60 ml.. ok kot

aku guna pump brand medela..

Untuk info aku:
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan
untuk 1st perahan ni aku simpan kat tempat no.3 macam kat atas ni.. sebab nak guna tengah malam ni hihi.. untuk simpan beku, kalau ada banyak susu lebih baru aku bekukan.. insyallah..

Saturday, May 19, 2012

Nurse KKSentul Buat Lawatan Pertama Ke Rumah

Aku baru jer wat check up susulan BP EOD Monitoring kat umah.. alhamdulillah Bp terkawal.. cuma.. baby2 aku nurse kata ada kuning.. alahai.. takkan dok wad lagi kot.. lemaunye aku.. so untuk memastikan keadaan baby2ku, dorang suh asben gi bawak twins ke KK untuk ujian makmal.. aku harap semua ok.. risau pulak aku..

Baby pun dah di timbang lagi... mana taknye.. rekod yang HKL buat tu salah.. sabo jer lah.. adusss berdebarnya pulak hati ni menunggu kepulangan baby2ku..

Sejam kemudian.. asben ngan mak mentua aku balik dgn kembar.. asben kata mmg ada kuning.. nurse suh datang balik isnin nanti untuk pemeriksaan susulan.. semoga baby2 ku cepat sembuh..

Friday, May 18, 2012

Twins Boy Selamat Dilahirkan

Alhamdulillah.. tak henti aku memanjat kesyukuran kepada Allah SWT atas kurniaanNya hari ni..

Tarikh 11 Mei 2012 (Jumaat) merupakan hari yang penuh bermakna bagi diri aku dan suami..  tepat pukul 8:59 pagi, lahirnya anak kembar ku yang pertama dan 2 minit kemudian : kedengaran tangisan kembar yang kedua..  alhamdulillah.

Setelah semua urusan czers selesai, aku di bawa ke bilik khas untuk observation selama 30 minit.. alhamdulillah lepas tu aku di bawa kembali ke ward.. sungguh tak diduga.. sebaik aku dipindahkan ke katil aku, berlaku pendarahan yang banyak.. terasa seakan memancut2 darah keluar.. dlm keadaan semakin lemah tu, aku suh asben panggilkan doktor.. doktor terus check aku.. dia pun terkejut melihat aku semakin pucat.. Doktor Chong (MO) terus minta aku dikejarkan ke ICU.. kelam kabut semua doktor yang terlibat dalam operasi czers pagi tdi.. dorang dah siap sedia menanti di ICU.. waktu tu antara sedar dengan tidak, banyak tangan yang tengah menekan2 perut aku untuk menghentikan darah yang tak putus2 keluar.. dalam masa yang sama, doktor perempuan tu kata kat aku.. "kita akan cuba hentikan darah keluar.. tapi jika darah masih tak berhenti, kami terpaksa buang rahim puan untuk selamatkan nyawa puan"..

Masa tu aku tak tau nak pikir apa lagi.. kalau itu jalan yang terbaik.. aku redha.. ntah berapa lama operasi menekan perut aku berlangsung.. aku tak pasti.. aku tak sedar buat seketika hinggalah pasukan czers tu datang balik memeriksa aku.. apa yang terpancul dari mulut2 dorang adalah.. "thanks GOD!" "thanks GOD!"berulang2 kali aku dgr doktor cakap mcmtu.. seolah memberitahu aku bahawa pendarahan aku dah berhenti sepenuhnya.. ini bermakna rahimku tak perlu dibuang.. alhamdulillah..

Dan yang pasti aku dah kehilangan banyak darah.. untuk memulihkan aku, 2 pain darah ditransferkan ke dalam tubuh aku ni.. dan alhamdulillah keadaan aku semakin stabil.. tapi sehingga hari ke-4 aku masih di ICU untuk pemantauan lanjut.. 4 hari jugalah aku tak bertemu dgn baby2 aku.. sebaik mendapat kebenaran untuk discaj dari ICU dan kembali ke ward wajah aku kembali berseri2.. alhamdulillah..

Lain orang, lain pengalaman yang dirasaikan.. semoga kawan2 yang lain tabah hadapi sebarang kerumitan ketika melahirkan insan tersayang..

Inilah wajah2 kesayangan aku..


hari ke-7

Saturday, May 5, 2012

Teringin Chicken Chop + Sos Black Pepper

Hari aku sangat2lah teringin nak makan Chicken  Chop dengan Sos Black Pepper.. tapi badan aku tak berdaya nak keluar ke tempat makan tu.. nak tapau aku xmo.. aku x nak nanti Chicken Chop aku tak garing.. sedihnya.. udahnya aku suh asben pi cari Chicken Chop yang belum dimasak kat pasaraya.. sos black pepper nanti aku masak sendiri.. tapi malangnya asben tak jumpa Chicken Chop yang belum masak tu.. yang asben jumpa jejari kentang jer.. asben kata esok dia pi cari kat tempat lain pula.. sian gak kat asben usaha nak cari untuk aku.. so tadi aku buat dulu sos black peppernye.. dan untuk tidak mengecewakan aku, aku minta asben gorengkan jejari kentang tu dan cicah dengan sos black pepper.. hurmm.. sedap jugak.. ok gak camni sementara menunggu esokkan.. :)

 jom layan..

Wednesday, May 2, 2012

Hari ke-3 Admit

Ni no ni no ni no... cuak gila aku dok lam ambulance jumaat lepas.. aku pernah gak dok lam ambulance sebelum ni tapi masa tu ambulance yang aku naik tak berbunyi.. rasa cam naik van biasa jer lah.. tapi jumaat lepas aku merasa pengalaman lain.. zap zup zap zup jer ambulance tu mencelah.. x sampai 5 minit aku dah sampai kat HKL.. laju gile.. ni semua sebab BP aku lah.. naik sampai 170/120 .. tapi aku ok jer.. aku dah cakap kat doktor aku nak gi HKL ngan asben aku tapi doktor tak bagi.. dia kata.. "tak boleh.. kita dah call ambulance.. takut awak kejang nanti" bunyi cam serius jer.. tapi masa tu aku ok.. pening pun tak.. hurmm..

Sampai HKL aku terus dapat rawatan.. tak citer banyak.. terus setting aku masuk wad jer.. adoiii.. aku minta nak duduk kat bilik yang kongsi 4 orang tu tapi doktor tak bagi.. dia kata kat situ tak nampak aku.. susah nak pantau aku..alahai.. nak tak nak terpaksa ke wad aritulah.. wad 1A.. wad tu memang untuk observation pun..

Aku admit dalam pukul 6 petang.. dok tor yang bertugas malam tu Dr Yoon..

"rasa macam pernah tengok awaklah" kata doktor..

aku ngan asben senyum jer..

"iyerlah.. saya rasa memang pernah tengok awak" kata doktor lagi sambil belek2 fail aku.. pastu doktor tambah lagi..

"aritu awak duduk kat katil no.3 kan.. masuk sebab high bp kan"

kuat betul memori doktor tu.. aku sengih jer.. aku cakap kat doktor, betullah tu.. aku penah masuk sini 2 minggu lepas hihi.. suka dia bila tekaan dia tepat..

aku suka doktor tu punye keje.. cucuk jarum pun tak rasa sakit.. tangan doktor tu lembut sangat.. sejuk jer.. lepas tu sister pulak.. sister yang bertugas malam tu pun sama..

" u pernah masuk sini kan" .. sister meneka..

"yer sister".. aku terus iyerkan aje..

" tu lah.. i macam penah tengok u" kata sister tu sambil senyum..

ngeh ngeh ngeh.. begitulah keadaannya bila kita selalu kuar masuk wad hihi.. awal2 dulu situasi ni berlaku kat wad O&G wad 15.. kali ni kat wad bersalin pulak.. 


Iklan