Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, September 30, 2011

Cara nak ubah/letak warna Frame Gambar

Entry ni khas untuk Cik Azuin..
Cik Azuin nak tau camner nak buat frame kat gambar..
Ikut step ni yer..

Step 1

KLIK DESIGN


Step 2
Klik Template Designer


Step 3
Klik Advanced

Step 4
Klik Image
|
Pilih Background Colour & Border Colour yang kita nak
bahagian sya petakkan warna oren tu..

Pastu Klik Apply to Blog

DONE!
Selamat mencuba!! :)

Thursday, September 29, 2011

Gambar Kesan Letupan di Empire Shopping Mall

Kejadian terkini..
Satu letupan berlaku kat Empire Shopping Gallery.. semalam
uishh.. nasib tak ada kemalangan jiwa yang berlaku..
dasat jugak.. tengok2 gambar2 kat bawah ni..
bangunan yang berdekatan pun dapat kesan jugak..
kadang2 bila jadi kejadian macamni, timbul rasa takut nak ke shopping mall
hurmmm...






Bangunan berdekatan..
Wisma Consplant 1 & 2





Sumber: FB Zuri

Konvokesyen ke-47 UTM

Sekalung Tahniah buat kawan2ku..
Nora, Liza, Iera, Zuli, Sue, Azneem, Shidah & Paezah..
Sempena Konvokesyen ke-47 UTM
Isnin lepas.. 25hb Sept 2011
Tahniah babe!!
:D







Insya Allah giliranku akan menyusul nanti :))

Wednesday, September 28, 2011

Panggilan Tengah Malam


Bila handphone berdering tengah2 malam,
dah tentu berita yang akan diterima adalah berita yang mencemaskan atau yang menyedihkan..
itulah yang aku terima sebentar tadi.. pukul 3.39 minit pagi.. daripada biras aku Did @Hospital Kulim..

Aishah isteri Izhar adik sepupu pada asben aku nak dibedah.. baby dalam kandungan dah berak.. jantung baby lemah.. cepat2 aku berdoa semoga semuanya selamat..

10 minit kemudian, handphone berbunyi lagi.. sms masuk.. berdebarnya.. takut pun ada.. tapi cepat2 baca.. nak tau khabar kat sana..

Alhamdulillah.. syukur.. dah selamat bersalin secara normal kat dalam OT hihi.. dapat baby boy.. alhamdulillah.. tapi baby kena admit.. insyallah semua selamat. amin.

Tahniah yer Cik Ani ngan Pakcik Kassim sebab dah jadi tok ngan tokwan.. :))
Tahniah jugak kat Yani sebab hari ni Yani dah jadi makcik :)).. Faiz ngan Faris dah jadi pakcik :)) tahniah!!

Makin besar family CikAni :)) Alhamdulillah..

Sunday, September 25, 2011

Cerita Raya Minggu Lepas

Dah seminggu baru nak update hihi..
xpe xpe.. janji leh wat kenangan kan..

Minggu lepas Penat mak!!
seharian di luar rumah..
aktiviti aku bermula dari tengahari di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid..
aku meraikan Majlis Perkahwinan Azneem & Azhar..


makanan yang disajikan sangat lah sedap!!
sambil tu jamu mata melihat suasana indah pelamin dengan pengantinnya..
rasa macam nak duduk lama jer.. hihi
tambahan bila berkumpul dengan rakan2 UTM nih..
ada jer cerita nak keluar..
masing2 sangat ceria.. :)
bergambar toksah citer lah..
macam2 pose.. :)
punya lah lama kami kat situ..
pukul 3 baru nak gerak keluar.. sabo jer lah hihi..


Aku terus gerak ke destinasi ke-2..
rumah xclassmate jugak..
tapi ni kawan kat ITTAR dulu.. lin :)
makan2 lagi.. meriah sungguh rumah lin dengan tetamu..
open house ni merangkap menyambut besday anak lin si Ariss & arissa
kat sana aku jumpa Shah, Amna & family, Nazri & wife..
banyaknye juadah yang lin sediakan..
ada laksa, mee kari, beehun sup, nasi tomato,
nasi impit, lemang, rendang, kuah kacang,
dan paling best!! ada van aiskrim sekali depan umah..
caya lah lin.. :))
tapi malangnya..
aku hanya mampu makan laksa ngan mee kari jer..
perut dah sendat hahaha!!
dalam kol 6 lebih aku gerak balik..

Balik umah terus bersiap pulak untuk majlis persatuan penduduk..
tapi bukan persatuan penduduk umah aku..
ni persatuan penduduk umah mak aku..
aku wakilkan sebab mak aku tu tak berapa sihat..
adeeehh.. makan lagi..
kali ni aku hanya mampu makan satay 3 cucuk ngan laksa jer..
makanan2 lain? tak leh dah..
dah takde tempat..
tapi memang meriah arr..

sepatutnya dalam jadual cuma ada 2 event jer..
tapi bertambah pulak 1..
xpelah.. dah orang jemputkan..
paling best anak2 aku ler..
bukan setakat dapat makan.. wit raya pun dapat..
bertambahler collection dorang..
Alhamdulillah.. :))

Wednesday, September 21, 2011

Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Olimpik 2012 Kumpulan C Bermula

Pada perlawanan pertama tadi, Jepun berjaya menewaskan Malaysia 2-0 di Stadium Tosu, Jepun.. Nasib 2-0.. kalau ikutkan cara pemain Jepun main, mereja boleh sumbat bergol-gol lagi.. walau bagaimana pun, syabas wira Malaysia kerana nampak usaha anda.. usaha lagi k..

Jom kita tengok kedudukan terkini dan jadual2 perlawanan yang lain..

KEDUDUKAN TERKINI

21 Sept 2011 - Jepun (2) lawan MALAYSIA (0) @Stadium Tosu, Jepun

kedudukan terkini..
Syria vs Bahrain juga bermain hari ini..

PERLAWANAN AKAN DATANG


Klik gambar untuk lihat lebih jelas

Semoga Skuad Olimpik Malaysia mencapai sesuatu yang membanggakan..
Malaysia BOLEH!!!
:))

Jangan tengok cerita HANTU BONCENG kalau..

Baru jer nak share URL download cerita Hantu Bonceng..
now aku cancell kan niat tu..
masa aku merantau dalam cerita dan berita dalam dunia maya ni..
aku ter tersentap dengan satu artikel
yang berjudul "Hentikan tayangan filem Hantu Bonceng"

Menurut Nasrudin Hassan, filem tersebut mengandungi babak yang JELAS menghina Rasulullah..

Babak tu berlaku ketika Zizan (watak utama) berada di atas katil wad hospital..
Zizan menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Jika mahu ditayangkan juga ujarnya, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti di potong untuk tayangan berikutnya.

"Menyebut perkataan "Muhammadar Syaithan" yang bermaksud Muhammad adalah syaithan dalam sebutan syahadah yang dijenakakan adalah haram dan boleh memesongkan aqidah.

Adoiiii..
takkan Zizan saje2 wat camtu??!!
takkan Ahmad Idham tak sensitif dengan dialog tersebut?!!!

Ya Allah, bila baca dan fahami balik maksud dialog tersebut.. takutnya.. :(( .. xleh bayangkan kalo budak2 ajuk balik dialog2 Zizan sekadar untuk hiburan mereka macam dalam citer KL Gangster tu..

Baca SINI untuk cerita lebih lanjut..

Duit Raya dari Nuffnang

Rezeki Raya..
Alhamdulillah..
meskipun aku kurang aktif,
masih ada tetamu yang sudi singgah ke blog aku ni..
terima kasih pada kalian..
walaupun jumlahnya tidak selebat mana tapi..
KAU ADA?!!!
hahahaha!!! jangan mare :D

cek nuffnang..

terima kasih yer MR. Nuffnang..
saya nak BE lagi bulih?
:D

Fida & Rambutnya

Terkejut jugak..
tak sangka pulak..
selama ni ingatkan dia seperti dalam gambar2 dia..
bertudung ayu.. dan tak membukanya di luar rumah..

fida..

nak kata apa lagi..
senyum jer ler :))


rujuk: blog Assoyfinger67

Saturday, September 17, 2011

Open House Shah & Kwn Teong

Sekali lagi alhamdulillah dapat penuhi undangan open house kawan2..
siang tadi ke Rawang.. 1st time datang sesat tu perkara biasa hihi..
tapi akhirnya aku jumpa jugak rumah shah..
tq shah jemput kakt sekeluarga..
bubur ngan rendang ayam shah tu fuhhhhh!! sedap gile!!
sebab sedap x sempat ambik gambar hihihi..
sempat snap 2,3 gambar jer :)

bergambar ngan shah..

malam pula..
ingatkan x sempat nak gi ampang..
alhamdulillah dipermudahkan perjalanan kami..
kol 7.40 mlm kami sampai rumah..
jalan x se'jem minggu lepas..
aku sempat tukar baju lagi sementara menunggu farah sampai..
kol 9.00 aku gerak ke ampang berkonvoi dgn farah utm..
sampai sane.. fuhhhh aroma kambing dah terbauuu..
5/6 keping sorang kami balun hihi..
kol 10.00 nora utm pun sampai..
ape lagi borak rancak ler..
gosip2 tu biasa.. perempuan kan ngee~
kol 11 lebih baru kami gerak balik...
tu pun sebab hujan.. kalo tak, lepak lagi tu..

aku ngan farah jer maintain makan hahaha!!

alhamdulillah,
dorang semua kata sos black pepper aku sedap..
kambing yang diperap pun kena puji gak..
alaaa... aku main campak2 jer bahan2 tu..
sesedap rasa tekak aku jer aku buat hihi..
oklah, kalo ada sape2 nak cuba amik ler resepi kat n3 sebelum ni..
pandai2 ler korang ejas..
kalo x tau, takpe.. bagitau jer kat aku..
nanti aku settingkan balik ikut kg daging yang korang beli ek..

klah.. fenat!! esok ada lagi event..
nak luruskan kaki dulu hihi..
Selamat Malam Semua!!

Friday, September 16, 2011

Sos Black Pepper Siap!!


Sos ni aku masak untuk 12kg Kambing BBQ malam nanti..
aku tak join coz aku nak gi openhouse kat Rawang dulu..
Kalau sempat, aku gi arr..
Simpan sikit ehh hihi..
Sebelum tu aku nak share resepi Sos Black Pepper nih..


Sos Black Pepper

  • 1 1/2 ketul butter
  • 1 labu bawang putih
  • 5 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 botol sos lada hitam
  • 5 sudu sos tiram
  • 5 sudu sos tomato
  • 1 cawan tepung jagung
  • gula
  • garam
Cara membuatnya:
cairkan butter, masukkan bawang putih yang dah dicincang, pastu masukkan segala jenis sos, masukkan serbuk lada hitam, air, kacau.. kemudian masukkan tepung jagung.. cairkan dulu tepung jagung tu.. pastu masukkan garam dan gula secukup rasa..
DONE!! resepi ni untuk hasilkan 2.5 liter sos..

Thursday, September 15, 2011

Open House Kak Ina @ Puchong

Alhamdulillah..
Hari ni aku sekeluarga berpeluang memenuhi jemputan open house kak ina..
Kak ina ni kawan baik aku masa belajar kat IKMSP dulu..
Dan paling best, dapat jumpa makcik sama.. mak kak ina..
Lama tak jumpa makcik..
Makcik umpama mak angkat aku..
Tadi lupa nak bergambar ngan makcik..
Aku doakan makcik sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik..Amin.


Menu Utama Kak Ina: Nasi Daging


sahabat baik masa kat IKM: aku, kak ina & zam

Wednesday, September 14, 2011

Jemputan Open House


Ni antara jemputan Open House yang aku terima untuk minggu ni.. bila dah buat senarai macam ni barulah nampak sikit.. hari apa kat rumah sape.. kalo tak mcm minggu lepas.. kelam kabut.. asik2 chek balik invitation kwn2 aku.. terima kasih yer sebab sudi menjemput.. insyallah aku sampai lah nanti..

15hb Khamis
  • rumah kak ina @Puchong kol 5.00 ptg
16hb Jumaat
  • rumah Shah @Rawang kol 3.30 ptg
  • rumah kawan Teong @Ampang kol 7.00 ptg
17hb Sabtu
  • wedding Aneem @Dewan JKR
  • rumah Lin @Gombak kol 3.00 ptg
18hb Ahad - @UTMKL

BBQ Kambing

BBQ Kambing (FB)


Resepi ni atas permintaan kawan sama2 study kat UTM... dia nak buat BBQ jamu kawan2 makan pada 16 Sept ni.. harap resepi ni dapat membantu kawan aku tu sediakan bahan perapan utk BBQ tu.. kambing tu idak ler macam gambar atas tu.. kalo yang atas tu, aku nak gi jugak!! hihi.. kambing tu dah siap di potong2 nipis ala2 lamb chop tu..

Bahan-bahannya..

5 kilo kambing (lamb chop)

Bahan-bahan kisar
1 labu bawang putih*
10 biji bawang merah*
2 ketul halia size ibu jari*
5 btg serai*
3 kuntum bunga lawang*

7 sudu besar kicap manis
5 sudu besar sos salsa
7 sudu besar sos tomato
3 sudu besar lada hitam
5 sudu gula perang

gula & garam secukup rasa..

Cara memerapnye..
Campurkan bahan-bahan perap ini terlebih dahulu..
kemudian rasa gula & garam..
pastu baru masukkan kambing tadi..
kalau masuk kambing siap2, karang x lalu pulak nak rasa yer tak hihi..
so jangan lupa perap 5 jam @ lebih..

Selamat BerBBQ ya!! :)

Tuesday, September 13, 2011

Semua Rosak!!

Tengah bengang..
Nak online pun kena bergilir..
Bukan setakat bergilir ngan asben.. ngan anak pun kena jugak..
Sebab tu lah dah berapa hari aku x update citer..
padahal citer banyak ni.. (ngee~)

Bukan lappy jer yang rosak.. external hard disc pun sama..
apahal ntah.. nak kata virus asben kata bukan penyebab..
ntahlah.. lappy ni tau tau jer aku dah gred..
tapi aku masih guna lappy ni..
nak update bloglah.. nak main CV lah hihi..
macam2 lah..


lappy kesayangan ambe..
baru on 5 minit dah nak shutdown..
overheating..
kena ganti fan kot..


C3 aku ni kena loud speaker baru boleh dgr..
camne nak jwb call depan org kalo gini gaya nye..

"dear abang.. cepat ler anto servis semua2 nih!!!"

Thursday, September 8, 2011

Filem HANTU BONCENG Cipta Sejarah!!


5 JUTA 5 HARI
cipta sejarah tayangan musim perayaan tertinggi tu..
pergggghhhh!!! dasatttt!!!
agak2nye leh cecah 10 JUTA tak ekk..
kena gi tengok nih..
kawan aku kata "lawak gile siott!!!"
pastu gelak sorang2 hahahaha!!
aku yang tak tengok lagi pun ikut gelak...
cettt!! pengaruh aku lah tu..
takpa takpa..
esok lusa aku nak gi intai tiket..
nanti leh gelak sama2..
baru best!! hihihi..

psst: citer smurf best tak ekk??

Tuesday, September 6, 2011

Gempa bumi @ Sumatera Utara 6.6 skala


Laporan Gempa bumi:
Tanggal / Jam Lokasi Magnitude Kedalaman Potensi Tsunami
06-Sep-11
00:55:12 WIB 2.81 LU - 97.85 BT 78 Km tidak berpotensi TSUNAMI
Pusat gempa berada pada
59 km TimurLaut SINGKILBARU-NAD , 75 km Tenggara KUTACANE-NAD , 78 km BaratDaya KABANJAHE-SUMUT , 89 km Tenggara TAPAKTUAN-NAD , 1411 km BaratLaut JAKARTA-INDONESIA

Klik SINI untuk melihat laporan penuh gempa bumi yang berlaku..

Monday, September 5, 2011

Ulangtahun Perkahwinanku Yang ke-12

Syukur Alhamdulillah..
Hari ni genap sudah 12 tahun aku melayari kehidupan rumah tangga bersama suami tercinta.. semoga perhubungan ini terus dan terus berpanjangan hingga akhir hayat kami.. insyallah.

aku dan asben ~ 12 tahun yang lalu..

feberet kaler ~hijau


nampak cam slim jerk.. ngee~


posing malu2 kucin`

abang,
terima kasih atas segala-galanya yang diberi hingga kini..
terima kasih kerana membahagiakanku..

Friday, September 2, 2011

Ceria Di Pagi Aidilfitri



acara wajib.. hihihi

bergambar sebelum ke rumah bonda..



permata hati aku & asben


"Selamat Hari Raya Aidilfitri"

Jangan makan kueh raya banyak2 tau..

Iklan