Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, April 27, 2010

Low Yat, Bukit Bintang

Petang tadi aku ngan hubby gi Low Yat.. ikut hubby gi beli barang komputer untuk customer dia.. banyak la jugak.. ondaway nak gi Bukit Bintang dalam kol 7.15 tadi, aku tempoh 'jem' yang merimaskan kat Jalan Ampang Hilir.. keter terpaksa la gerak pelan-pelan coz ada kerja2 masukkan paip kat situ.. sebaik jer sampai area kg pandan.. jalan dah clear.. sat jer kami sampai Low Yat..

Kami park keter kat B3, betul2 sebelah lif.. then terus gi tingkat 3.. hubby dah order siap2 barang2 yang dia nak.. so takde la kene nunggu lelama..

Photobucket Photobucket



Hubby aku selalu beli barang kat kedai ni.. regular customer nih.. banyak gak la barang yang kami beli tadi.. 1 laptop, 1 set pc ngan LCD White, Printer ngan barang2 lain.. nasib budak kedai tu antarkan ke kereta.. kalo tak jenuh aku ngusung ngan hubby nanti..

ni antara barang-barang yang kami beli..

Photobucket Photobucket



Sunday, April 25, 2010

Fesyen Show @ Carrefour

Hari ni aku gi Carrefour Wangsa Maju.. macam biasa terbeli macam2 la pulak.. tapi yang hubby pesan aku tak lupa sebab pesanan penaja tu mesti didahulukan hikhikhik.. penting tu.. nanti aku nak sopping lagi penaja takmo taja, kan susah hehehe..


ni la barangan yang penting tu..
RM75.00

Sempat gak aku capai cadar "Studio One 300 Threat Count" kaler brown & yellow.. achap pun sama tercapai something gak.. dia lak tercapai badminton racket yang rege RM39.90.. anak emak! :P

Dalam aku dok ronda-ronda tu, mata aku tertumpu kat satu pentas kecik.. ramai lak org kat situ.. aku pun sama gak la gi menyempit kat situ.. waaaah!! ada fesyen show la.. oleh kerana sekarang ni aku selalu bawa kamera ke hulu ke hilir sempat gak la aku rakam beberapa aksi catwalk budak2 tu.. ada yang senyum2.. gelak2.. nangis pun ada gak.. bak kata macam2 ada..

Friday, April 23, 2010

Tak Perlu Lagi..

Puas!!
tu yang boleh aku kata kan lepas habis exam last paper tadi..
dah 3 minggu aku berhempas pulas mentelaah pelajaran..
dah 3 minggu jugak tido malam ku tak terjaga..
dan hari ni,
aku nak tido lena..
tak perlu lagi letak tangan atas dahi mengingati nota yang sebelumnya aku baca..
tak perlu lagi aku kunci jam 3, 4 pagi untuk mengadap buku..
tak perlu lagi aku mendengar rakaman audio lecturer aku ngajar..
tak perlu lagi aku bertempik ngan anak-anak aku bila dorang buat bising..
tak perlu lagi aku dikejutkan oleh anak aku bangun pagi time dia nak gi sekolah..
tak perlu lagi aku melepak kat library UTM untuk study,
semua tu dah berakhir..
semester ini..
semester depan? arghhhhh...
akan ku tungguuuu..
bila tiba saat itu..
@#&%$$&

Monday, April 19, 2010

Dalam senyumku ada tangisan rindu





Terlalu Istimewa buat Arwah Sofea Irdeena yang genap 1 tahun 18April2010 yang kembali ke Rahmatullah pada 17hb Mac 2010 jam 3.12 pagi.. al-fatihah.

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNya
Mendengar cerita Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa


Semalam hari yang penuh dengan keriangan hati anak-anak aku.. dan bukan bermakna aku tidak gembira sama tapi dalam senyumku ada tangisan pilu bila melihat muka adik iparku ani.. bila melihat wajah adik lelaki ku yen.. kerana hari semalam merupakan hari kelahiran arwah anak saudaraku Sofea yang pertama 18 april.. aku rindukan arwah.. mak ngah rindukan sofea :( al-fatihah.

Sunday, April 18, 2010

Raikan Besday Mira @Lipur Lentang

Kepenatan dan kepuasan jelas terbayang kat wajah anak-anak aku, mira ngan achap.. puas dorang main air.. berjam berendam.. Hari ni aku bawak anak2 aku mandi kat Lipur Lentang lagi.. kali ni ntah kali yang keberapa aku pun tak pasti.. lupa nak kira hikhikhik!! Tapi hari ni special sikit.. hari ni kami semua sambut besday mira.. sambut besday kat sungai.. abg achap pun tak penah rasa camtu.. nasib abang achap tak jeles :))) .. pada mula nya aku plan nak gi Desa Water Park, atas beberapa sebab aku batalkan niat tu.. insyallah 2/3 minggu lagi aku nak bawak anak-anak aku ke sana..

Menu untuk piknik? hurmmm..awal-awal lagi aku dah siapkan perencah BBQ.. pastu aku masak kueteaw goreng.. adik aku Yen sediakan nasi lemak berlaukkan telur mata kerbau.. macam selalu :) Kami ke sana 3 kereta.. tapi aku gerak lewat sikit coz pegi amik kek dulu kat Secret Recipe Sogo.. pastu berpusing-pusing cari arang nak wat BBQ.. adik aku la lupa nak beli tadi.. dari satu kedai ke satu kedai akhirnya jumpa gak kedai yang ada arang tu.. pastu aku ngan hubby terus gerak ke sana..

Loor.. anak-anak aku takmo makan lagi.. sian dorang tunggu kek.. tunggu aku sampai sejam lambat.. so dengan segera acara tiupan lilin dimulakan.. :)) suka tak terkata si mira.. pastu apa lagi.. makan lerr..



Lepas makan aku bawak anak-anak aku mandi.. air sungai punye la sejuk.. tapi anak-anak aku memang terrer.. boleh berendam berjam2.. ishhh.. naik risau aku.. kalau si abg tu aku tak kisahla sangat.. tapi si mira tu.. sampai kene pikul bawak naik sebab nangis takmo naik.. ish 3x..


Saturday, April 17, 2010

Achik Spin Meninggal Dunia

Al Fatihah. Hari ni aku macam tak percaya bila husband aku bagitau yang achik spin dah meninggal sebab eksiden.. mana taknye, aku baru jer tengok promo "Jangan Tidur Lagi" ada Achik ngan Nana.. episod tu belum tayang lagi.. baru nak tayang 21 April ni.. teringat kata Nana masa promo tu yang dia pun tak nak menyanyi dengan Achik.. akhirnya permintaan Nana walaupun sekadar gurauan menjadi kenyataan.. dah takde lagi duet Nana ngan Achik Spin.. kat bawah ni aku postkan berita penuh tentang eksiden tu..

Penyanyi Achik Spin Maut Dalam Kemalangan

SEREMBAN, 17 April -- Penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.

Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

"Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

"Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur," katanya di sini.

Katanya Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.

-- BERNAMA

Test


Comeynye!

Bingung

Jam kat laptop ni dah tunjuk kol 3.21 pagi.. ntah kenapa aku tak boleh nak lelapkan mata macam 3,4 hari yang lepas, senang jer aku tido.. ni tak, kepala aku pun dah naik pusing pusing sikit.. ntah la.. mungkin aku terlalu pikirkan hal husbandku kot.. kesian abg :(

Dah 3,4 hari husbandku bagitau yang dia nak wat check up kat HKL pasal sakit belakang dia tu.. husbandku bukan sakit pinggang tapi sakit kat pangkal leher bahagian belakang badan.. dah bengkak :( aku tau husbandku sakit.. dia saje jer tahan.. tapi hari ni dia gi 'klinik kita' kat pandan indah.. Dr.Latip bagi injection ngan ubat.. dah tentu tu tandanye husbandku mmg sakit :( Dr Latip pun suh husbandku segera ke HKL :( Dr Latip kata kene operate bengkak tu.. kat bawah ni aku letak gambar yang aku ambik masa husbandku tido tadi.. aku curi2 ambik..



Kesian husbandku terpaksa menahan sakit sebab aku ada exam :( aku nye last paper 22hb ni.. tapi aku tak sampai hati tengok dia menahan sakit tu.. aku nak husbandku segera gi wat check up.. aku cadangkan kat husband ku minta mak turun kl tapi husbandku tak mau :( .. tujuan aku nak minta mak turun kl tu bukan ape, leh jaga anak2 aku time aku gi tengok husbandku kat HKL atau jaga anak2 aku time aku exam nanti..

Memang husbandku masih bertenaga, masih boleh buat kerja, tapi dalam masa yang sama husbandku menahan sakit belakang tu.. apa yang patut aku buat??

Tuesday, April 13, 2010

Pembelajaran Dewasa

Hari aku berdepan ngan 1st paper.. Adult Learning.. Pembelajaran Dewasa.. Andragogy.. sama lah tu.. telah ku jangkakan.. soalan pasti menyayat hati.. perhhhh susah tu.. habis hangus aku menggoreng.. exam open book mana ada yang senang.. aku dah cakap dah kat puan skarang ni dah jadi Dr.Roziana.. sape lah punye idea wat open book.. tak penah2 wat open book tetiba jer bertukar buat pertama kali tu.. adessss... hancur lebur harapan aku nak score subject ni.. walau ape pun aku teringin nak tau result aku nanti hahahaha... betul2 hangus ke aku menggoreng.. atau sedang2 saje.. atau ngam ngam masak hikhikhik!!!.. orang kata dah habis paper jangan di kenang.. aku bukan nye nak kenang tapi terkenang kenang kekulatan aku masa kat dewan peksa tadi.. bukan aku jer.. yang expert pun kata haru biru jawab exam.. adeees.. arghhhhhhhhhhhhhh!!! sudah! tutup buku AL! bukak buku IR pulak...

Bila teringat subject IR ni, kecut perut aku dibuatnye.. bermain dengan akta kerja, akta perusahaan dan akta kesatuan sekerja.. perhhhhh!!! tapi walau pun agak susah, dengan usaha aku menghafal akta-akta tu aku yakin aku mampu menjawab soalan ni jumaat nanti, insyallah.. doakan kejayaan ku mengharungi paper kedua nanti.. Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusanku Ya Allah.. Amin.

Bab IR yang aku lom cover.. rasa nye ada 3 bab.. esok leh baca 2 bab.. n hafal.. lusa 1 bab dan buat ulangkaji kesemua bab.. masih terngiang2 kata-kata Dr.Khairiah,

"no way saya bagi sub topic..baca bab yang saya bagi.. pandai2 la awak pilih.."

lebih kurang gitu lah kata dia.. baca bab tu.. takde tips langsung.. mencabar sungguh.. takpe.. setiap yang berusaha pasti akan bertemu kejayaan insyallah..

Sunday, April 11, 2010

Tido Buku Makan Pun Buku

Adoiii.. hari ni dah masuk hari ke 2 aku stay ngan liza kat library.. semalam mula dari kol 9.30 pagi sampai kol 5.00 petang.. hari ni lak dari kol 11.30 pagi sampai kol 8.30 malam.. fuuuihhh..lama tu..kalau di congak, sepatutnya banyak bab dah leh cover.. tapi setakat ni baru 4 bab.. harus aku tingkatkan usaha nih hikhikhik!!! kalau bab management leh la laju sket (iyer ke).. tapi bab law nih.. aduhai, jenuh aku nak mengingat.. memahaminye.. bagi membantu aku, macam2 la mind map yang aku reka untuk tajamkan ingatan aku pada satu2 tajuk..hikhikhik!!

Dalam perancangan aku, esok aku mungkin tak sentuh subject law sebab selasa aku ada paper AL.. oleh kerana ni 1st time dalam sejarah wat 'open book' untuk subjek ni..(subjek ni je yang buat open book) so aku takde contoh soklan yang boleh aku ngan classmate aku refer.. terpaksa lah esok aku cari sebanyak mungkin maklumat yang ada dalam internet yang berkait dengan AL untuk dibawa time exam nanti..

Malam ni ada hati nak sambung study sikit..padahal bantal ngan tilam dah melambai tu.. tu yang akhirnya tido ngan buku tu... macam semalam.. malam ni? macam serupa jerk hikhikhik.. zzzzzzzzz

Saturday, April 10, 2010

Piala FA: KEDAH vs N9




Bersama husben ngan kazen2 ku malam ini kat BUKIT JALIL.. Walaupun Kedah tewas tapi aku puas.. best tengok kegagahan keeper menahan..menepis..menolak bola pihak lawan dari 'gol'.. ada ketika keeper berdepan 1 lawan 1.. tabik la hang keeper!! walaupun agak kecewa dengan sepakkan penalti hang, tapi tanpa hang aku yakin Kedah boleh kene baham malam semalam.. Terus tetap menyokong KEDAH!!!

Balik dari stadium, aku ngan husband merempit cari makan.. alaaaa dekat jer.. makan kat "Garden" wahhhh!! romantik jer bunyinye hikhikhik... kedai makan da.. lapaq!


Wednesday, April 7, 2010

Klinik Kanak-kanak Dr. Ruzini

Semalam aku nak bawak mira gi jumpa Dr.Ruzini.. so sebelum tu aku kol dulu takut2 klinik tutup pulak sebab doktor biasanya ada jadual jaga klinik dia.. memula aku try dial no fon klinik tapi takde yang menjawabnye.. pastu aku try pulak kol klinik mengandung kat situ, nak tanye no fon klinik Dr.Ruzini tu, mana lah tau kot2 tukar nombor ke kan.. 2x mendail ada org yang menjawabnye..

"ni klinik mengandung kat jalan ipoh tu kan" aku bertanye..
"yea.." jawab si penjawab telefon di sana..
"errr.. boleh tak saya dapatkan no fon klinik kanak-kanak yang kat atas tu" aku tanye lagi..
"saya takde lah no fon klinik Dr.Ruzini, lagi pun klinik dah pindah Pusrawi.."terang si penjawab telefon tu..
"ooo.. dah pindah" aku mengulang balik jawapan si penjawab telefon tu..
"kalau macamtu, takpelah.. terima kasih yer" aku menamatkan perbualan aku..

So aku maklumkanlah kat husband aku yang klinik dah pindah Pusrawi.. husband aku lak tanyer Pusrawi kat Perkim ke atau kat Jalan Tun Razak? Alamakkk.. lupa pulak aku nak tanyer pasal tu.. tapi husband aku kata, nanti masa kita gi, kita singgah kat klinik mengandung tu.. kita tanyer dorang kat sane.. aku ok jer...

Kol 9.30 pagi kami bertolak ke klinik.. tapi klinik macam tutup jer.. husband aku pun turun dengan niat nak bertanya dgn jururawat kat sane.. tapi dari jauh aku tengok, husband aku nape tak masuk2 klinik tu.. lebih kurang 5 minit gitu, husband aku pun dtg balik ke kereta...

"mama.. klinik ni dah tutup la, ada notis kat depan tu tulis" kata husband aku..
"dah tutup?!!!! habiss tadi mama cakap ngan sape????!!! Abg tipu ek.." aku terkejut
"laaa..betul la.. ada notis kat depan tu".. sambung husband aku lagi

aku dah mula cuak.. macam2 yang aku pikir.. biar betullll!!! tadi aku cakap ngan sape? aku mmg penah dgr cerita mcm2 kat klinik tu masa aku bersalinkan achap 10 tahun lepas.. tapi.. aaaaarrrrhhhhhhhhh.. tak mungkin ahh.. aku tanye lagi kat husband aku berulang kali.. beriya aku bagitau pagi tadi aku mmg bercakap dgn sorang pompuan... pastu husband aku pun cakap..

"ada org jaga lagi.. settlekan hal2 pejabat" kata husband aku sambil tersenyum..

geramnye akuuuu!!! suka tau sakat orang.. tapi aku lega balik sbb yang pasti yang jawab fon aku pagi tadi tu mmg orang hehehehe...

Jadi, kami terus ke Pusrawi Jalan Tun Razak.. tapi malangnye Dr.Ruzini takde, petang baru ada.. so kami balik dulu.. kol 2 petang nanti kami datang balik..

Dalam kol 2, mak datang umah.. sian mak sbb kene dok umah ngan achap jer.. aku nak kuar bawak mira gi Pusrawi.. sampai Pusrawi dah ramai orang kat situ.. lama jugaklah aku menunggu.. mira pun dah naik bosan.. dah la dia tak berapa sihat..

Bila tiba giliran nama mira dipanggil, dia mendongak.. dia tau tu nama dia hehehe.. so kami 3 beranak pun masuk jumpa Dr. Ruzini.. Dr check mira depan belakang pastu doktor suh gi bilik rawatan.. kat bilik rawatan nurse masukkan ubat dalam punggung mira untuk kurangkan panas dia.. mira releks jer.. dia buat jer apa yang nurse suh buat.. bagus anak aku nih.. pastu mira kene gi check darah pulak.. dr nak wat test.. takut ada problem lain.. masa nak amik darah tu, aku risau gak adik meraung nanti.. so doktor yang nak amik darah tu pun pegi la panggil sorang lagi bantu dia.. dia pun cuak gak takut adik meronta nanti.. dia pegang tangan adik..

"ok.. siap!" kata doktor tu..
"Macamni, tak payah pegang pun takpe" kata doktor tu lagi sambil tersenyum..

Aku pandang adik.. terkejut aku.. adik sikit pun tak menguit.. sikit pun tak!! waaaah!! dasat la adik.. abah pun bangga dengan adik..

Lpas tu kami kembali ke tempat Dr.Ruzini.. 15 minit menunggu nama adik dipanggil semula.. Dr jelaskan masalah adik.. Dr kata 2 minggu lagi datang jumpa Dr balik sebab doktor nak tengok perkembangan adik.. Dr kata ada infection kat usus adik kesan dari adik cirit birit aritu.. sebab tu adik demam tapi masih cergas.. risau gak aku... harap adik takde ape2 2 minggu lagi dan hari-hari seterusnya..

Friday, April 2, 2010

Resepi : Siakap Tiga Rasa

Tetiba terasa lak nak tulis pasal resepi.. bukan apa, adik lelaki aku yang tinggal kat keramat tu teringin sangat nak masak resepi ni.. dah 2x aku ajar dia.. melalui fon jer la hehehehe.. tapi takpe, kalau pas ni anjang masih lupa agi, online jer.. bukak blog akak k..huhuhuhu.. memula aku nak cerita pasal bahan yang digunakan.. tapi sebelum tu aku nak bagitau lah, mungkin resepi aku tak sama dengan resepi orang lain.. walau bagaimana pun, hasil daripada resepi aku ni hanya kaum keluarga ku saje yang tahu kesedapannya huwahuwahuwa.. puji diri sendiri la pulak.. ok lets we start..

Bahan-bahannya:

Ikan Siakap 1 ekor

Bahan A
bawang besar 1 biji
bawang putih 3 ulas
cili api 5 biji
halia (nak sikit jer) 1/4 inci

Bahan B
Sos Thai 5 sudu
Tomato (potong dadu) 2 biji
Nenas (potong dadu) 1/4 biji

Bahan hiasan
cili merah & hijau
salad

Cara memasaknya:
1.Tumis bawang ngan bawang putih yang dah ditumbuk separuh gareng, masukkan halia ngan cili api yg dah ditumbuk jugak, tumis kejap sampai naik bau..
2. Masukkan sos thai dan tumis seketika
3. Masukkan pulak tomato ngan nenas yang dah di potong dadu.. biar masak kejap..
4. Masukkan cili merah dan cili hijau yang dipotong panjang2 (ikut suka)
5. Masukkan garam dan sedikit ajinomoto.. (garam buh sikit2.. rasa dulu k)
6. Dah masak, angkat.. hidangkan atas dulang yang dialaskan salad terlebih dahulu..

waaahhh!! nak kene masak ni.. leh post gambar kat sini.. cuba laaa..

Iklan