Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 2 umat islam berpuasa.. dan semalam alhamdulillah ibadat puasa dikerjakan dengan sempurna tanpa ada rasa lapar dan dahaga.. dan bersyukur juga abang achap berpuasa dengan tenang dan tak banyak bersunggut macam tahun lepas..mungkin sebab dah besar agaknya.. dan untuk tahun ni aku tak sebut pun pasal ganjaran kalau puasa sebulan dan dia pun langsung tak bertanya hal tu.. aku nak dia puasa kerana tuntutan agama.. perlu lakukan dengan ikhlas.. insyallah.
Semalam menu sahur keluarga aku sediakan ikan cencaru sumbat dan ayam goreng.. dan hari ni lak aku sediakan daging sambal berbuka semalam hehehe.. ada belen jgn membazir.. dan yang ni achap suka..aku pun suka..udang tepung.. just simple jer.. kalau makan berkuah untuk sahur ni biasanya tak jalan.. tak lalu nak makan..
Hmmm.. berbuka semalam aku sekeluarga alhamdulillah dapat berbuka dengan mak n ayah ngan adik2 kat umah mak.. tapi agak tak meriah sebab man ngan aye takde.. dorang berbuka kat umah masing-masing..takpelah..mungkin esok-esok insyallah.. semalam aku cuma sempat masak daging sambal ngan sayur kailan ikan masin jer sebab aku ada class semalam.. kul 5 petang baru sampai umah.. dan semalam berkat hari pertama puasa presentation kami berjaya dan mendapat pujian lecturer..alhamdulillah.. thank girls atas kerjasama kalian semua submit part masing2 awal.. so dapatla saya cuba edit dan hiasi slide yang mana termampu.. walaupun sering tak cukup tido, aku rasa berbaloi.. so girls we do it for the next assignment k..insyallah.
No comments:
Post a Comment