Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, August 14, 2009

Botol Susu Bayi #7 bahaya?!!! betul ke?

Hampir semua botol susu jika tidak semua botol susu plastik diperbuat daripada bahan poli karbonat atau PC. Tetapi penggunaan PC untuk tujuan tersebut mewujudkan kebimbangan besar dari segi sebatian 2,2-Bis(4-Hidroksifenil) Propana atau 2,2 Bis (4-HydroxyPhenyl) Propane atau (Bisphenol A). Nama popularnya adalah BPA. BPA adalah sebatian asas pembuatan bahan PC. PC juga digunakan untuk membuat bekas makanan dan minuman.

Pelbagai pihak industri plastik terutamanya yang menyokong pendapat bahawa BPA adalah selamat menyangkal pendapat bahawa BPA adalah merbahaya pada tahap yang dijumpai dalam badan manusia. Walaubagaimanapun, perkembangan terbaru dalam kajian penilaian BPA dan kesannya pada kesihatan telah dilaporkan dari beberapa buah negara dan agensi-agensi mereka (seperti, kerajaan dan ahli kajian kepentingan awam).

Pakar-pakar dalam Jawatankuasa Standard Industri di bawah Jabatan Standard Malaysia iaitu ISC J dan MPMA (yang merupakan organisasi penuliasn standard) sudah semestinya sedia maklum bahawa BPA adalah penghalang endokrin (endocrine disruptor); bermakna ia mengganggu fungsi hormon dalam benda hidup. BPA pada mulanya digunakan sebagai hormon buatan bagi mengawal masalah mengandung wanita. Penggunaanya dihentikan selepas ubat baru dijumpa. Tetapi pada masa tersebut, industri plastik telah menemui kegunaan baru untuk BPA iaitu pembuatan plastik Poli Karbonat atau PC.

Sebagai penghalang fungsi endokrin, BPA menyebabkan sel bertindak seakan-akan sama dengan tindakan sel tersebut terhadap hormon estradiol (hormon estrogen). BPA bergabung dengan reseptor berkaitan dengan estrogen tetapi tidak boleh menggantikan aktiviti estrogen. Akibatnya BPA mungkin memberikan kesan estrogen palsu kepada badan, mengganggu keseimbangan hormon yang diperlukan bagi perkembangan manusia yang sihat.

Ujian pada haiwan mengaitkan pendedahan pada dos yang rendah kepada pelbagai masalah kesihatan yang serius termasuk:

- kanser prostat dan payudara
- pencapaian akil baligh awal
- kegemukan
- hiperaktiviti
- bilangan sperma yang rendah
- masalah keguguran dalam kandungan
- diabetes
- perubahan sistem ketahanan(1)

Pendedahan terhadap Bisfenol A adalah luas. Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (US CDC) mendapati 95% orang Amerika yang diuji mempunyai tahap BPA dalam badan yang boleh dikesan(2)Satu lagi kajian pada tahun 2008 menunjukkan bahawa tahap BPA yang dijumpa dalam badan manusia adalah paling kurang dalam dewasa, sederhana pada remaja dan paling tinggi dalam kanak-kanak(3) Ikatan kimia antara molekul BPA adalah tidak stabil. Oleh itu dengan masa, BPA akan menjerap ke dalam makanan atau minuman dalam bekas yang diperbuat daripada bahan yang mengandungi BPA (contohnya susu)(4). Satu kajian yang dilakukan di Universiti Cincinnati, Amerika Syarikat mendapati penjerapan BPA daripada botol Nalgene (satu jenama botol susu bayi popular di Amerika Syarikat)(5).

Pada bulan Ogos 2007, Kumpulan Kerja Alam Sekitar di Amerika Syarikat telah menjumpai BPA telah menjerap daripada lapisan dalam tin makanan bayi berjenama popular. Pada Mac 2007, ujian oleh makmal-makmal bebas telah menjumpai BPA dalam lebih separuh daripada 97 tin makanan seperti buah-buahan, sayur-syauran, soda dan lain-lain makanan tin yang biasa dijumpai.(6)


Kajian dan Penilaian terhadap Kehadiran dan Kesan BPA

Pelbagai kajian dan penilaian telah dilakukan oleh kumpulan industri, agensi kepentingan awam bebas dan kerajaan. Banyak yang menuntut bahawa tahap BPA yang dijumpai dalam badan manusia pada masa sekarang tidak memudaratkan kesihatan. Tetapi banyak kajian lain yang tidak menggalakkan penggunaan PC terutamanya untuk bekas makanan dan minuman bayi dan kanak-kanak.

Oleh itu, banyak negara yang menangani isu-isu yang tiada kepastian ini menggunakan prinsip ’precautionary’ (berjaga-jaga). Dengan itu banyak negara telah menetapkan (dalam sesetengah kes telah menghadkan dalam undang-undang) had BPA berdasarkan pengambilan mikrogram/berat badan.


Precautionary Principle
When an activity raises threats of harm to the environment or human health, precautionary measures should be taken even if some cause and effect relationships are not fully established scientifically. "Key elements of the principle include taking precaution in the face of scientific uncertainty; exploring alternatives to possibly harmful actions; placing the burden of proof on proponents of an activity rather than on victims or potential victims of the activity; and using democratic processes to carry out and enforce the principle-including the public right to informed consent.

Sila kunjungi link ini untuk maklumat lanjut.

http://www.standardsusers.org/standardsusers/index.php?option=com_content&view=article&id=316:bisfenol-a-dan-botol-susu-bayi-spesifikasi-ulasan-kedua-ms-735&catid=36:features&Itemid=70

Nampaknya bukan setakat bekas air jer kene tukar..botol susu pun sama..demi anakku..

No comments:

Iklan