Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Kemerdekaan ke 52 Malaysia..



Dengan bertemakan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan tahun ini, hari ni Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52.. alhamdulillah.. semoga Malaysia terus makmur dan aman selamanya..Amin.

Lokasi sambutan tahun ini adalah di Bangunan Parlimen bagi menghormati bulan Ramadhan..dan takut kat H1N1.. tapi berkumpul jugak tu kan ahaks..

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.


Lirik Lagu 1 Malaysia

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Monday, August 24, 2009

Hari ke 3 Puasa Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 3 umat islam berpuasa.. Dan alhamdulillah juga aku dapat tunaikan ibadahku sempurna 5 waktu yang dah lama aku jarang-jarang lakukan.. alhamdulillah.. puasa pula tidak menjadi masalah padaku.. dengan cuaca yang redup, aku dan keluarga ku dapat berpuasa tanpa rasa apa pun sulitnya terutama achap yang mana aku belom lagi dengar keluhan dia berpuasa.. kalau dulu.. asik lapar..lapar.. alhamdulillah.. syukur kepadaMu Ya Allah kerana permudahkan ibadah kami.. Amin.

Dah berpuasa tentu ada berbuka kan.. tak banyak pun sikit kene berbuka juga.. hari ni aku masak ayam masak kicap ngan udang goreng tepung lagi.. kali ni nak bawak pegi umah mak.. nak semua rasa kesedapan udang goreng tepung tu.. habiiisss you..alhamdulillah..

Tapi malam aku di kejutkan dengan satu berita oleh adik aku, su.. barang2 bisnes dia habis di curi.. siapa curi? adalah hamba Allah tu.. semoga barang-barang tersebut dapat dikembalikan kepada tuannya.. aku yang mendengarnya cukup panas hati.. nak jer aku lempang2kan anak orang tu.. sabar-sabar.. Ramadhan..

Sunday, August 23, 2009

Hari ke 2 Puasa Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 2 umat islam berpuasa.. dan semalam alhamdulillah ibadat puasa dikerjakan dengan sempurna tanpa ada rasa lapar dan dahaga.. dan bersyukur juga abang achap berpuasa dengan tenang dan tak banyak bersunggut macam tahun lepas..mungkin sebab dah besar agaknya.. dan untuk tahun ni aku tak sebut pun pasal ganjaran kalau puasa sebulan dan dia pun langsung tak bertanya hal tu.. aku nak dia puasa kerana tuntutan agama.. perlu lakukan dengan ikhlas.. insyallah.

Semalam menu sahur keluarga aku sediakan ikan cencaru sumbat dan ayam goreng.. dan hari ni lak aku sediakan daging sambal berbuka semalam hehehe.. ada belen jgn membazir.. dan yang ni achap suka..aku pun suka..udang tepung.. just simple jer.. kalau makan berkuah untuk sahur ni biasanya tak jalan.. tak lalu nak makan..

Hmmm.. berbuka semalam aku sekeluarga alhamdulillah dapat berbuka dengan mak n ayah ngan adik2 kat umah mak.. tapi agak tak meriah sebab man ngan aye takde.. dorang berbuka kat umah masing-masing..takpelah..mungkin esok-esok insyallah.. semalam aku cuma sempat masak daging sambal ngan sayur kailan ikan masin jer sebab aku ada class semalam.. kul 5 petang baru sampai umah.. dan semalam berkat hari pertama puasa presentation kami berjaya dan mendapat pujian lecturer..alhamdulillah.. thank girls atas kerjasama kalian semua submit part masing2 awal.. so dapatla saya cuba edit dan hiasi slide yang mana termampu.. walaupun sering tak cukup tido, aku rasa berbaloi.. so girls we do it for the next assignment k..insyallah.

Friday, August 21, 2009

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN....

1. Bulan diturunkan Al-Quran
Yang bermaksud:(masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan yang membezakan antara benar dengan yang susah ( surah Al Baqarah : 185 )

2. Bulan penuh berkat

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, di tengahnya pengampunan dan akhirnya merdeka daripada api neraka.

3. Bulan penghapusan dosa

Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar

Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu pada dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibrail dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam) sehingga terbit fajar.(surah Qadr:1-5)

Monday, August 17, 2009

Resepi Ketam Serai Kunyit

Lebatnya hujan petang ni..dengan angin bertiup kencang..kalau ada goreng pisang panas ke ngan teh o panas sure sedap.. tapi nak keluar malas hehehe so ape yang ada kat dapo ekk nak ganti minum petan ni..hmmm..dalam esbok ada ketam laaa..apa lagi aku capai ketam then bersihkan dan sediakan bahan-bahan untuk masak..Masa ketam tengah mendidih kat atas api, aku dah terliur dengan bau dia.. bukan masak yang susah-susah..masak ngan air jer.. simple dan sedap.. rancangnya nak buat makan malam nanti tapi dek kerna tak tahan nafsu nak makan tu, aku ngan hubby apa lagi..senduk sorang sepiring la..sekor sorang..meratah la kami 3 beranak menggantikan minum petang yang sepatutnya dihidang dengan kueh mueh hehehe.. achap takde..belum balik sekolah..so mira la yang paling banyak dapat makan isi ketam tu.. syyyy..jangan bagitau abang achap tau..

Nak cuba resepi Ketam Masak Air? kat bahagian bawah entry kat blah kanan blog ni aku ada sediakan resepinya.. cuba la.. aku jamin korang mesti puji diri sendiri punye sebab masak sedap.. aku hubby yang puji..tu dah cukup buat aku happy.. so tatata..

Sunday, August 16, 2009

Rahsia Solat dari sudut Sains dan Kesihatan

Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?


Membongkar Rahsia Solat dari sudut sains kesihatan Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:
AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok


Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

Happy Besday Abang!

16hb Ogos.. hari lahir suamiku..

"SELAMAT HARI JADI ABANG" Semoga abang sentiasa memperolehi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki untuk keluarga kita, AMIN.

Itulah ucapan yang sedang aku rangka dalam kad ucapanku..sebab aku hanya mampu lisankan SeLamat Hari Jadi dan ucapan tu.. aku maluuuuu :P

Itulah aku..berjiwa romantik tapi sangat pemalu orangnya huhuuhuhu..

so hari ni apa menu special untuk suami aku ekk..hmm aku cadang nak masak kari arr.. "Kari Kambing" .. aku rasa semua bahan ada kot kat dapo tu.. hmm bolehla..masak pagi2 nanti sebab nak masak kambing sekurang2nya 3 jam baru daging kambing empuk betul.. nanti aku attachkan resepi Kari Kambing tu kat sini k..so sapa2 nak cuba masak..silakan.. terutama isteri-isteri yang jarang masak untuk suami.. cuba la.. mesti suami terkejut dengan hasil masakan anda..sedaaap kata anak2 aku dan suamiku. alhamdulillah..

Friday, August 14, 2009

Botol Susu Bayi #7 bahaya?!!! betul ke?

Hampir semua botol susu jika tidak semua botol susu plastik diperbuat daripada bahan poli karbonat atau PC. Tetapi penggunaan PC untuk tujuan tersebut mewujudkan kebimbangan besar dari segi sebatian 2,2-Bis(4-Hidroksifenil) Propana atau 2,2 Bis (4-HydroxyPhenyl) Propane atau (Bisphenol A). Nama popularnya adalah BPA. BPA adalah sebatian asas pembuatan bahan PC. PC juga digunakan untuk membuat bekas makanan dan minuman.

Pelbagai pihak industri plastik terutamanya yang menyokong pendapat bahawa BPA adalah selamat menyangkal pendapat bahawa BPA adalah merbahaya pada tahap yang dijumpai dalam badan manusia. Walaubagaimanapun, perkembangan terbaru dalam kajian penilaian BPA dan kesannya pada kesihatan telah dilaporkan dari beberapa buah negara dan agensi-agensi mereka (seperti, kerajaan dan ahli kajian kepentingan awam).

Pakar-pakar dalam Jawatankuasa Standard Industri di bawah Jabatan Standard Malaysia iaitu ISC J dan MPMA (yang merupakan organisasi penuliasn standard) sudah semestinya sedia maklum bahawa BPA adalah penghalang endokrin (endocrine disruptor); bermakna ia mengganggu fungsi hormon dalam benda hidup. BPA pada mulanya digunakan sebagai hormon buatan bagi mengawal masalah mengandung wanita. Penggunaanya dihentikan selepas ubat baru dijumpa. Tetapi pada masa tersebut, industri plastik telah menemui kegunaan baru untuk BPA iaitu pembuatan plastik Poli Karbonat atau PC.

Sebagai penghalang fungsi endokrin, BPA menyebabkan sel bertindak seakan-akan sama dengan tindakan sel tersebut terhadap hormon estradiol (hormon estrogen). BPA bergabung dengan reseptor berkaitan dengan estrogen tetapi tidak boleh menggantikan aktiviti estrogen. Akibatnya BPA mungkin memberikan kesan estrogen palsu kepada badan, mengganggu keseimbangan hormon yang diperlukan bagi perkembangan manusia yang sihat.

Ujian pada haiwan mengaitkan pendedahan pada dos yang rendah kepada pelbagai masalah kesihatan yang serius termasuk:

- kanser prostat dan payudara
- pencapaian akil baligh awal
- kegemukan
- hiperaktiviti
- bilangan sperma yang rendah
- masalah keguguran dalam kandungan
- diabetes
- perubahan sistem ketahanan(1)

Pendedahan terhadap Bisfenol A adalah luas. Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (US CDC) mendapati 95% orang Amerika yang diuji mempunyai tahap BPA dalam badan yang boleh dikesan(2)Satu lagi kajian pada tahun 2008 menunjukkan bahawa tahap BPA yang dijumpa dalam badan manusia adalah paling kurang dalam dewasa, sederhana pada remaja dan paling tinggi dalam kanak-kanak(3) Ikatan kimia antara molekul BPA adalah tidak stabil. Oleh itu dengan masa, BPA akan menjerap ke dalam makanan atau minuman dalam bekas yang diperbuat daripada bahan yang mengandungi BPA (contohnya susu)(4). Satu kajian yang dilakukan di Universiti Cincinnati, Amerika Syarikat mendapati penjerapan BPA daripada botol Nalgene (satu jenama botol susu bayi popular di Amerika Syarikat)(5).

Pada bulan Ogos 2007, Kumpulan Kerja Alam Sekitar di Amerika Syarikat telah menjumpai BPA telah menjerap daripada lapisan dalam tin makanan bayi berjenama popular. Pada Mac 2007, ujian oleh makmal-makmal bebas telah menjumpai BPA dalam lebih separuh daripada 97 tin makanan seperti buah-buahan, sayur-syauran, soda dan lain-lain makanan tin yang biasa dijumpai.(6)


Kajian dan Penilaian terhadap Kehadiran dan Kesan BPA

Pelbagai kajian dan penilaian telah dilakukan oleh kumpulan industri, agensi kepentingan awam bebas dan kerajaan. Banyak yang menuntut bahawa tahap BPA yang dijumpai dalam badan manusia pada masa sekarang tidak memudaratkan kesihatan. Tetapi banyak kajian lain yang tidak menggalakkan penggunaan PC terutamanya untuk bekas makanan dan minuman bayi dan kanak-kanak.

Oleh itu, banyak negara yang menangani isu-isu yang tiada kepastian ini menggunakan prinsip ’precautionary’ (berjaga-jaga). Dengan itu banyak negara telah menetapkan (dalam sesetengah kes telah menghadkan dalam undang-undang) had BPA berdasarkan pengambilan mikrogram/berat badan.


Precautionary Principle
When an activity raises threats of harm to the environment or human health, precautionary measures should be taken even if some cause and effect relationships are not fully established scientifically. "Key elements of the principle include taking precaution in the face of scientific uncertainty; exploring alternatives to possibly harmful actions; placing the burden of proof on proponents of an activity rather than on victims or potential victims of the activity; and using democratic processes to carry out and enforce the principle-including the public right to informed consent.

Sila kunjungi link ini untuk maklumat lanjut.

http://www.standardsusers.org/standardsusers/index.php?option=com_content&view=article&id=316:bisfenol-a-dan-botol-susu-bayi-spesifikasi-ulasan-kedua-ms-735&catid=36:features&Itemid=70

Nampaknya bukan setakat bekas air jer kene tukar..botol susu pun sama..demi anakku..

Thursday, August 13, 2009

Info Tentang Plastic

Ntah kenapa kebelakangan ni aku begitu amik berat pasal penggunaan bekas minuman keluarga aku.. dulu bukan aku tak tau yang bekas minuman sesetengahnya langsung tak boleh di recycle..atau diguna balik macam yang aku buat kat botol mineral water tu.. tapi mungkin kesedaran tu belum timbul macam hari ini.. aku mula mengumpul duit untuk membeli bekas2 plastic untuk kegunaan keluarga aku terutama bekas air untuk menyimpan air masak sejuk yang aku gunakan untuk minum dan juga untuk bancuhan susu anak perempuan aku tu.. aku dah pun beli 2,3 buah bekas air minuman yang dijamin kualitinya.. alhamdulillah.. semoga ahli keluarga aku sentiasa sihat hendaknya..

Di sini aku ada beberapa maklumat mengenai bekas minuman atau bekas plastic yang ada nombor2 kat bawah tu.. itu pun aku cari dalam website juga..amik sane sini.. then aku satukan di sini..semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua..insyaAllah.






Before you know which type of plastic container to buy the next time you hit the store, you first need to know how to tell them apart. Plastics are typically classified by a number from #1 to #7, each number representing a different type of resin. That number is usually imprinted on the bottom of your container; flip it upside down, and you'll see a recycling triangle with the number in the middle.

Here's a quick breakdown of plastic resin types:

#1 polyethylene terephthalate (PET or PETE)
Product examples: Disposable soft drink and water bottles, cough-syrup bottles

#2 high density polyethylene (HDPE)
Product examples: Milk jugs, toys, liquid detergent bottles, shampoo bottles

#3 polyvinyl chloride (V or PVC)
Product examples: Meat wrap, cooking oil bottles, plumbing pipes

#4 low density polyethylene (LDPE)
Product examples: Cling wrap, grocery bags, sandwich bags

#5 polypropylene (PP)
Product examples: Syrup bottles, yogurt cups/tubs, diapers

#6 polystyrene (PS)
Product examples: Disposable coffee cups, clam-shell take-out containers

#7 other (misc.; usually polycarbonate, or PC, but also polylactide, or PLA, plastics made from renewable resources)
Product examples: Baby bottles, some reusable water bottles, stain-resistant food-storage containers, medical storage containers

Now that you know what each of the numbers represents, here are the kinds you should look for at the store:

Safer Plastics
#2HDPE, #4LDPE and #5PP

These three types of plastic are the healthiest. They transmit no known chemicals into your food and they're generally recyclable; #2 is very commonly accepted by municipal recycling programs, but you may have a more difficult time finding someone to recycle your #4 and #5 containers.

#1 PET

#1 bottles and containers are fine for single use and are widely accepted by municipal recyclers. You won't find many reusable containers made from #1, but they do exist. It's also best to avoid reusing #1 plastic bottles; water and soda bottles in particular are hard to clean, and because plastic is porous, these bottles absorb flavors and bacteria that you can't get rid of.

PLA

PLA (polylactide) plastics are made from renewable resources such as corn, potatoes and sugar cane and anything else with a high starch content. The starch is converted into polylactide acid (PLA). Although you can't recycle these plant-based plastics, you can compost them in a municipal composter or in your backyard compost heap. Most decompose in about twelve days unlike conventional plastic, which can take up to 100 years.

Plastics to Avoid
#3 PVC

#3 polyvinyl chloride (PVC) is often used frequently in cling wraps for meat. However, PVC contains softeners called phthalates that interfere with hormonal development, and its manufacture and incineration release dioxin, a potent carcinogen and hormone disruptor. Vinyl chloride, the primary building block of PVC, is a known human carcinogen that also poses a threat to workers during manufacture.

#6 PS

Extruded polystyrene (#6 PS; commonly known as Styrofoam) is used in take-out containers and cups, and non-extruded PS is used in clear disposable takeout containers, disposable plastic cutlery and cups. Both forms of PS can leach styrene into food; styrene is considered a possible human carcinogen by the International Agency for Research on Cancer. It may also disrupt hormones or affect reproduction.

#7 PC

#7 Polycarbonate (PC) is found in baby bottles, 5-gallon water bottles, water-cooler bottles and the epoxy linings of tin food cans. PC is composed of a hormone-disrupting chemical called bisphenol A, which has been linked to a wide variety of problems such as cancer and obesity.

From: National Geographic 's The Green Guide (Home > Product Category List > Kitchen > Plastic Containers)

Tuesday, August 11, 2009

Udang Goreng Bersalut Tepung..NyumNyum!!

Sekarang dah kul 4.20 ptg..aku ingat nak masak udang goreng tepong laa wat minum petang..hmm..bukan ape, geram kat udang yang hubby beli pagi tadi..udang kapas tapi saiz XL.. fuhh puas hati ni kalau makan..pastu cicah sos cili yang aku alter sikit..hmm terliur aku dah.. so aku online ni bukan ape.. sebenarnya aku tengah cari resepi goreng udang bertepung..tapi kebanyakkan semua guna tepung naik sendiri.. alahai..maner ada tepung tu kat umah..tadi dah order tepung tu tapi macama lambat agi je nak sampai..aku ingat nak buatkan minum petang untuk bapa mertua aku yang ada kat umah ni..kan aku ni menantu yang baik huhuuhu...hmmm nak buat tepung naik sendiri macam tak reti jerk..gimane yak..atau aku kensel jer pasal masak udang tu..untuk minum petang suh jer adik ipar aku gi beli kat bawah...tapi..tak best la..aku nak goreng udang tu jugak..klah..nanti aku tunjuk kan hasilnya k..

Semangat mengoreng udang bersalut tepung terus berkobar-kobar..akhirnya tepung naik sendiri pun sampai..apa lagi..aku terus adun tepung then adik ipar aku yang goreng hehehe..malas aku nak tunggu kat periuk..baik aku tunggu kat meja hahaha.. so ku biarkan dia menggoreng sedangkan aku..sedap-sedap makan sambil borak2 agi..bukan selalu mood menolong ipar aku ni datang.. dalam sepuluh mood, 1 jer mood rajin..9 lagi mood pemalas je dia ada hahaha..mampus kalau dia tau aku kutuk dia.. takleh gurau pi dok... huwahuwa.. so akhirnya aku dapat juga resepi sedap goreng udang..setelah membelek2 website..aku buat resepi sendiri..cuba lah..

Thursday, August 6, 2009

Janatul tak sengaja dilukai..

Hari kalau tak silap aku Nisfu Sya'ban.. besar pahalanya bila kita berpuasa..tapi aku ni lupa pulak nak puasa..sedap2 hirup milo o panas subuh tadi tengahari baru aku teringat niat aku nak berpuasa tu.. aku ni nampaknya makin lalai dengan suruhanNya.. astagfirullahalazim.."Ya Allah, semoga Kau kuatkan imanku dan lembutkan hatiku supaya aku tidak tersesat daari jalanMu, Amin".

Ni lain pulak storynye..

Hmm.. tadi masa budak2 nak gi sekolah, then aku pulak sebuk kat dapur tiba-tiba si Izudin panggil..

"makcik!!.. janatul jatuh .. mulut dia berdarah!

Aku bergegas bila dengar suara budak2 ni kat depan umah aku..aku tengok darah menitik nitik kat lantai..kat mulut janatul pun banyak darah..

"Ya Allah..nape ni izudin, janatul? achap mane? tiba-tiba teringat aku kat anak aku achap yang bersama dorang tunggu keter nak gi sekolah..

"Achap pegi umah makdah..bagitau janatul berdarah" izudin bagitau aku sambil dia dok bebel nak terangkan keadaan sebenar macamane dia boleh terlanggar janatul sampai gitu sekali, aku suh dorang turun sebab bila2 masa je nanti 'pakcijan sampai..aku terus bawa masuk janatul dan suh dia dok kat kerusi.. then aku yang sedia takut ngan darah terketar-ketar cuci mulut janatul tu.. aku panik..aku ambik first aids tapi tak tau nak guna ubat yang mane satu.. aku cuma berhentikan darah then tekap dengan kain kasa..pastu aku antar janatul gi umah makdah yang jaga dia tu..

aku tengok darah ada kat merata-rata.. aku siapkan masak kejap then aku ambik mop & mop lantai depan umah aku sampai tangga tingkat 1.. aku tinggalkan achap kejap kat umah, agipun aku dekat2 situ jer.. pastu aku masuk umah bagi mira makan then tidokan dia.. darah yang belom cuci tu bapa janatul yang cuci bila dorang balik dari klinik.. budak2 ni kalau bergurau kasar..takde yang lembut2..baik lelaki baik jantan..nasiblaa anak aku tak terlibat sama..semoga anak aku akan menjadi anak contoh darisegi budi perketi dan juga pelajarannya..InsyaAllah.

Iklan