Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Sunday, September 30, 2012

Kuih Sagu

Ini pun entry tertunggak lagi.. minggu lepas memang xde mood langsung nak mengupdate blog saya ni ha. tapi minggu ni mood ke laut tu macam dah hilang jer.. tu yang laju jer menaip.. siap ada entry auto publish lagi.. kalaulah mood mcm ni dapat dikekalkan lama2, kan best..

Kali ni saya masak Kuih Sagu.. alahai senang jer rupanya wat kuih ni.. sat jer dah masak.. cuma ambik masa sikit jer nak mengacau sagu tu kat atas api.. resepi ni saya ambik dari blog kakwan... saya mohon untuk share kat sini pulak yer.. minta dihalalkan yer sis..

Kuih ni memang sedap.. aritu saya bawa kuih ni wat minum petang kat rumah bonda.. makan ramai2 lagi lah sedapkan.. kejap jer habis.. nanti leh wat lagi.. :)


Kuih Sagu
resepi: Kakwan
 
1 cawan sagu - basuh dan toskan
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 sudu besar sirap rose
Kelapa parut + sedikit garam

Cara2:
  1. Basuh sagu dan toskan
  2. Masak air hingga mendidih, masukkan sagu, kacau supaya tidak berketul.
  3. Kacau hingga separuh masak. Masukkan gula, daun pandan dan sirap rose. Kacau lagi hingga sagu menjadi likat. Keluarkan daun pandan.
  4. Masukkan ke dalam loyang/acuan yang dah dibasahkan. Kukus selama 10 minit hingga sagu menjadi jernih. Tapi saya biarkan sagu kelihatan ada putih2 sedikit..
  5. Sejukkan dahulu dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih.
  6. Potong dan gaulkan dengan kelapa yang dicampurkan dengan sedikit garam.

Kuih Lapis Seri Wangi

Kalau selasa lepas saya masak kek cawan, esoknya saya mengukus kuih lapis untuk minum petang pulak.. saya masak kuih ni tengahari, so sempatlah disejukkan betul2 baru dipotong.. kalau tak, nanti tak cantik..

Resepi ni saya ambil dari blog kakyati.. cuma saya olah sikit ikut selera saya.. takpe yer kak.. kalau kawan2 nak cuba, silakan.. resepi asal di sini.. izinkan saya kopi n pes yer kak :p



Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A

  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tpng jagung
  • 1 sk garam
  • 1 cwn santan pekat
  • 1 cwn santan cair
Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 1 cwn santan cair
  • 1 cawan air              }
  • 3 helai daun pandan  } jadikan 1 cawan air daun pandan
Bahan C
  • pewarna hijau
Cara-cara.
  1. Blend 3 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan tapis.
  2. Satukan kesemua bahan A & B di dlm mangkuk dan gaul rata. Saya blend jer senang kerja :), kemudian tapiskan.
  3. Bahagikan pada 3 bahagian. Bahagian 1, saya biarkan warna asli daun pandan, bahagian 2, saya letak 3 titis pewarna hijau dan bahagian 3, saya lagi letak 5 titis pewarna hijau.
  4. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  5. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  6. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  7. Masukkan 1 cawan adunan bahagian 3 dan kukus selama 5 minit.
  8. Kemudian masukkan 1 cawan adunan bahagian 2 dan kukus lagi 5 minit.
  9. Seterusnya masukkan 1 cawan adunan bahagian 3 dan kukus 5 minit juga.
  10. Teruskan hingga habis semua adunan.
  11. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  12. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya. Selamat Mencuba

Saturday, September 29, 2012

Cupcake Coklat


Kek cawan ni saya buat untuk anak2 makan selasa lepas.. 1 bancuhan dapat dalam 30 biji.. pastu agih2kan pada anak2 jiran skit..  sedap rasa coklat ganache tu.. i like!!

Friday, September 28, 2012

Intipati Belanjawan 2013 : Fokus 5

Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat

INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA – PFI 2
54. Menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

MENGURANGKAN KADAR JENAYAH
55. Inisiatif mengurangkan kelakuan jenayah
-Tambahan perjawatan baru polis
-Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal – rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan
-Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis
- Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

56. Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman
-Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan – geran RM10,000 kepada persatuan penduduk
-Mempertingkat peranan rukun tetangga (KRT) – 6,500 KRT menjelang 2013
-Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif
-Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan

MENAMBAHBAIK LALUAN KERJAYA WARGA PDRM
57. Kajian secara komprehensif sedang dijalankan oleh pihak JPA

MENAMBAHBAIK SPRM
58. Tambahan 150 perjawatan sehingga 5,000 anggota

59. Memperbaiki kedudukan Kerajaan dalam Indeks Persepsi Rasuah

YAYASAN BANTUAN GUAMAN
60. Tambahan peruntukan RM20 juta kepada Yayasan Bantuan Guaman

MEMACU TRANSFORMASI KOMUNITI
61. Penubuhan National Strategic Coordination Unit
- merancang dan menyelaras program menyeluruh UTP dan RTP

62. Perluasan 6 UTC di seluruh negara
- Alor Star, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu & Kuching
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan & swasta dalam 1 bangunan
63. Perluasan 5 RTC dan mini RTC di seluruh negara
- Melaka, Johor, Pahang, Sabah & Sarawak
- Menyediakan perkhidmatan komuniti & hasil pertanian di 1 pusat integrasi

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN MASYARAKAT ORANG ASLI
 64. Projek pembangunan infrastruktur luar bandar
-Bina 441 km jalan luar bandar & jalan perhubungan desa – manfaat 220,000 penduduk
-Projek bekalan air – manfaat 24,000 rumah
-Projek penyambungan bekalan elektrik – manfaat 19,000 rumah
-Program Desa Lestari – melibatkan 29 kampung dan manfaat 38,000 penduduk
-Program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli – RM88 juta
-Membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak

KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN
 65. Projek pembangunan perkhidmatan kesihatan
-Peruntukan RM19.3 bilion bagi perkhidmatan kesihatan
-Membaik pulih 350 buah klinik Kerajaan – peruntukan RM100 juta
-Tambahan 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan seluruh negara

66. Klinik 1Malaysia
- Tambahan 70 Klinik Rakyat 1Malaysia (keseluruhan 240 klinik di seluruh negara)
- Menyediakan perkhidmatan ujian darah, ujian kolesterol & glukosa serta ujian urin

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT
 67. Program pembangunan wanita dan masyarakat
- Program Pengarah Wanita ‐ melatih 500 wanita sebagai Ahli Lembaga Syarikat
- Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I‐KIT)
-Program Get Malaysian Business Online (GMBO) – geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil untuk membangunkan website
-Pemeriksaan percuma ujian Mamogram – manfaat 100 ribu wanita
- Program KAR1SMA – manfaat RM1.2 bilion
-Program 1AZAM – manfaat 58,330 peserta

68. Tambahan 6 Anjung Singgah dan 5 Anjung Kasih di seluruh Negara

BELIA DAN SUKAN
 69. Program pembangunan Atlet dan Sukan
- Penyediaan atlet ke kejohanan sukan antarabangsa – Sukan SEA, Sukan Para ASEAN, Sukan Komanwel dan program Road to Rio
- Pembinaan Akademi Badminton di Bukit Kiara
- Pembinaan kompleks Velodrom tertutup di Seremban

70. Program pembangunan belia
- Program Y-Creative – penglibatan persatuan belia seluruh negara
- Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) – usahawan muda menceburi bidang ICT
- Penubuhan Young Enterpreneur Fund – pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)
- Program 1M4U – menggalakkan aktiviti sukarelawan belia

71. Rebat RM200 kepada belia 21‐30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G – manfaat 1.5 juta pengguna

GOLONGAN SENIMAN & KARYAWAN
 72. Bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan berdaftar

MEMPERLUAS JARINGAN PENGANGKUTAN AWAM BANDAR
73. Penubuhan perkhidmatan bas RapidKuantan pada 1 Disember 2012

74. Diskaun 50% kadar tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan – RM3,000

PERUMAHAN UNTUK RAKYAT
75. Pembinaan hampir 123,000 unit rumah – RM1.9 bilion

76. Menambah baik Skim Rumah Pertamaku:
- Had pendapatan pinjaman Individu dari RM3,000 kepada RM5,000
- Had pendapatan pinjaman bersama suami-­‐isteri kepada RM10,000
- Nilai maksimum hartanah RM400,000
- Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem sebanyak 50% sehingga 31 Dis. 2014

77. Kajian Semula Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT)
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan tidak melebihi 2 tahun: RPGT 15%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 2 hingga 5 tahun : RPGT 10%
-Pelupusan hartanah bagi tempoh pegangan melebihi 5 tahun: RPGT tidak dikenakan

78. Insentif cukai pemulihan perumahan terbengkalai:
-Institusi perbankan diberi pengecualian cukai ke atas pendapatan faedah yang diterima daripada kontraktor penyelamat;
- Kontraktor penyelamat diberi potongan cukai 2 kali ke atas bayaran faedah dan semua kos langsung dalam mendapatkan pinjaman;
- Kontraktor penyelamat diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan pindah milik tanah atau rumah dan surat cara pinjaman bagi membiayai kos pemulihan; dan
- Pembeli asal rumah terbengkalai diberi pengecualian duti setem ke atas semua jenis surat cara yang disempurnakan bagi tujuan mendapat pembiayaan tambahan dan pindah milik rumah.

BANTUAN DAN SUBSIDI
79. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0)
-Bantuan tunai RM500 – isirumah berpendapatan ≤ RM3,000
-Bantuan tunai RM250 – individu bujang berumur 21 tahun ke atas ≤ RM2,000

80. Pengurangan subsidi gula 20 sen (Kerajaan masih menanggung 34 sen
dengan perbelanjaan RM278 juta)

81. Subsidi minyak masak (penstabilan harga) – RM 1.5 bilion

82. Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
-Subsidi kos pengangkutan (LPG 14kg setong: asal RM70; harga subsidi RM26.60)
- Tambahan 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan

83. Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri Sarawak-­‐Labuan-­‐Sabah

84. Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barangan Sarawak‐Labuan-Sabah

BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM
85. Pemberian 1 bulan setengah bonus


MEMPERMUDAH IBADAH HAJI
86. Membenarkan pencarum KWSP membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran RM3,000

KAJIAN SEMULA CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU DAN KOPERASI
87. Individu: kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan – RM2,500 ringgit ~ RM50 ribu

88. Koperasi: kadar cukai pendapatan dikurangkan antara 1 ~ 7 mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai

MERINGANKAN BEBAN PENGUSAHA BAS
89. Bantuan kepada pengusaha bas sekolah :
-Pemberian rebat RM10,000 dan subsidi kadar faedah 2% ke atas pinjaman membeli bas baru untuk menggantikan bas sekolah lama yang berusia melebihi 25 tahun dengan kapasiti 12 hingga 18 tempat duduk
-Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah (had perlindungan sehingga RM100 ribu)

MENGURANGKAN KOS PEMBELAJARAN PELAJAR
90. Program kebajikan kepada pelajar sekolah ‐ RM2.6 bilion
-Merangkumi bantuan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, bantuan buku teks

91. Program bantuan persekolahan – RM100 kepada pelajar sekolah
-Manfaat 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5

92. Program Baucar Buku 1Malaysia – RM250 kepada pelajar universiti
-Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6

93. Menaikkan pelepasan cukai SSPN daripada RM3,000 kepada RM6,000

PINJAMAN PTPTN & SKIM SSPN
94. Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30 September 2013)

95. Diskaun 10% setahun kepada yang membayar pinjaman secara konsisten

AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
97. Pihak GLC menyokong usaha CSR
-FELDA: Membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan FELDA, membaiki rumah-­‐rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran
- Yayasan 1MDB: pemberian geran pendidikan, Klinik Bergerak 1Malaysia & program membaikpulih rumah – RM300 juta
-Syarikat GLIC dan GLC (RM500 juta) dalam pembangunan komuniti, biasiswa

Intipati Belanjawan 2013 : Fokus 4

Fokus 4: Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam

PENGUKUHAN KONSOLIDASI FISKAL
42. Memastikan defisit fiskal terus berkurangan dan mencapai bajet berimbang – 3% menjelang 2015

43. Memperkukuh sistem percukaian negara
-Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama

44. Perolehan Kerajaan dan pembelian berdasarkan prinsip value for money

MENGUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
45. Meningkat kecekapan Perkhidmatan Awam
-Penekanan kepada amalan kerja secara cepat, tepat dan berintegriti
-Perkhidmatan yang lebih efisyen, efektif dan responsif

46. Pesara Kerajaan
-Menyelaras mininum pencen yang berkhidmat sekurang­kurangnya 25 tahun: daripada RM720 kepada RM820
-Manfaat kepada 50,371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)

47. Warga Emas
- Diskaun 50% bayaran pemprosesan pasport (tempoh 5 tahun:RM300 ke RM150 dan tempoh 2 tahun:RM100 ke RM80)
-Berkuatkuasa Januari 2013

48. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM
- Menambah baik kelayakan masuk (Ijazah – pegawai; Diploma – askar Laskar)
- Kenaikan pangkat secara time-based (8 tahun: Prebet ke Lans Koperal & Lans Koperal ke Koperal)
- Bayaran insentif khas RM200 sebulan (manfaat: 125,708 anggota ATM)
- Menaikkan elaun khidmat tugas anggota Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut & Udara (dari RM4.00 sejam ~ RM7.80 sejam)

49. Pesara Tentera tidak Berpencen (berkhidmat kurang 21 tahun)
- Bantuan tunai one-off, RM1,000 – manfaat 224 ribu bekas tentera

INSURANS BERKELOMPOK TENTERA DAN POLIS
50. Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggota Tentera & Polis
- Had perlindungan maksimum: RM15,000
- Manfaat kepada hampir 242,000 anggota

PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
51. Bahagian Pinjaman Perumahan (MOF) akan disusun semula
-Bank komersial sebagai panel bak yang menguruskan pinjaman
-Manfaat dan bantuan sedia ada kekal (kadar peratus 4%)

52. Wang proses permohonan pinjaman perumahan
- Mengurangkan caj wang proses (dari RM1 setiap RM1,000 pinjaman kepada RM100 falt rate)

PELATIH PRA PERKHIDMATAN
53. Pelarasan elaun Pra­Perkhidmatan
- Menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan
- Manfaat kepada 13 skim dengan anggaran 31,135 pelatih

Intipati Belanjawan 2013 : Fokus 3

Fokus 3: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
37. Pembangunan PKS
-Harta intelek dijadikan cagaran untuk peroleh pembiayaan
-Penyediaan Dana Pembiayaan Harta Intelek -­‐ RM200 juta (Kerajaan menanggung 2% kadar faedah dan CGC menjamin 50%)
-Program latihan penilai harta intelek – RM19 juta

MEMPERGIAT AKTIVITI R&D
38. Peruntukan R&D kepada 5 Universiti Penyelidikan – RM600 juta
- Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi
- Bidang strategik: nano teknologi, automatif, bio-teknologi & aero-angkasa

39. Insentif cukai kepada syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti R&D
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan
-Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
-Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatan

40. Mengarusperdanakan program kreativiti dan inovasi
-Program Inovasi Inklusif – kerjasama agensi Kerajaan & NGO

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU
41. Menambahbaik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
-Tambahan peruntukan bagi SPTH RM2 bilion
-Pelanjutan tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2015

Intipati Belanjawan 2013 : Fokus 2

FOKUS 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan

MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN
29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 -­‐ 2025
- Peruntukan sektor pendidikan -­‐ RM38.7 bil. @ 15% dari keseluruhan peruntukan
- Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
- Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)

30. Pembangunan Sektor Pendidikan
- Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah(RM1 Bilion)

31. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
- Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN – RM1.2 bilion
- Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak‐kanak swasta
- Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan kanak‐kanak
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 % setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak‐kanak dan prasekolah swasta

32. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU
-OKU down syndrome, autisme, OKU penglihatan, OKU pekak dan bisu, OKU fizikal dan OKU masalah pembelajaran

LATIHAN & KEMAHIRAN
33. Peruntukan dalam latihan teknikal dan vokasional – RM3.7 bilion
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran – RM440 juta
- Peralatan ILP & IKBN – RM366 juta
- Program latihan berstrategik tinggi – melatih 5,000 orang
- Program RAPID di Pengerang – melatih 300 belia dalam bidang minyak & gas
- Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN -­‐ melatih 3,200 pelajar India

34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) – memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya

35. Skim Latihan 1M’sia – potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat

36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO

Intipati Belanjawan 2013 : Fokus 1

FOKUS 1: Mengarang Aktiviti Pelaburan

PELAKSANAAN 12 NKEA
1.Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
- Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
-Pengindahan Sungai Klang (River of Life); dan
-Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan

MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK
2.Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA

3.Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
 4. Pembangunan PKS
- Skim Pembangunan PKS – RM1 Bilion (SME Bank)
- Pelan Induk PKS (2012-­‐2020) – RM 30 juta bagi tahun 2013
- Dana Industri Halal – RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal

5. Penjaja dan peniaga kecil
-Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit)
-Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor)

SEKTOR PELANCONGAN
6. Merancak Sektor Pelancongan
- Program Tahun Melawat Malaysia 2013 / 2014 dengan sasaran 26.8 juta pelancong
- Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang
mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan

HAB DAGANGAN MINYAK DAN GAS
7. Insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum:
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10 tahun
-Pengecualian cukai pegangan
-Pengecualian duti setem

8. Projek pelaburan minyak dan gas:
-Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid)
-Terminal minyak dan gas – Johor dan Sipitang, Sabah
- Loji Regasifikasi di Melaka

9.Insentif cukai ke atas Program Global Incentive for Trading (GIFT) sebagai menjadikan Malaysia Hab dagangan komoditi antarabangsa :
-Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 3 tahun pertama operasi syarikat dagangan LNG
-Memperluas dagangan komoditi di bawah program GIFT seperti pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas dan kimia.

PENEKANAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN
10. Mencergas sektor pertanian & perladangan
- Pembangunan program pertanian melalui aplikasi teknologi terkini – RM 30 juta
- Meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan – RM75 juta
- Program penanaman semula pokok kelapa sawit – RM432 juta
- Pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi – RM127 juta
- Memperkasa Projek Azam Tani – RM 41 juta (manfaat hampir 6,700 peserta)

11. Menambah 4 kawasan jelapang padi baru – keluasan 19 ribu hektar
- Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan
- Jangkaan menghasilkan 104 ribu tan metrik & penyertaan 12,237 pesawah

INSENTIF UNTUK NELAYAN
12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan – manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan – perlindungan hingga RM100,000

MENINGKAT AKTIVITI PERTANIAN
15. Penerusan subsidi dan insentif pertanian – RM2.4 bilion
- Pemberian Subsidi Harga Padi -­‐ 480 juta ringgit
- Pemberian Subsidi Baja Padi -­‐ 465 juta ringgit
- Insentif Peningkatan Hasil Padi -­‐ 80 juta ringgit
- Insentif Pengeluaran Padi -­‐ 563 juta ringgit
- Subsidi Harga Beras -­‐ 528 juta ringgit
- Subsidi Benih Padi Sah -­‐ 85 juta ringgit

16. Skim Perlindungan Takaful Pertanian
- Jumlah pampasan sehingga RM13,000
- Manfaat kepada 172 ribu pesawah

MENCERGASKAN PASARAN MODAL DAN KEWANGAN
17. Pasaran Modal
- Menerajui terbitan sukuk – RM171 bil. @ 71% drpd jumlah terbitan sukuk global
-Terbitan sukuk tunggal terbesar dunia dengan nilaian RM30.6 bil. – PLUS Berhad
-Penubuhan Pusat Promosi Pasaran Modal di Suruhanjaya Sekuriti
-Program Graduate Representative – melatih 1,000 graduan dalam pasaran modal

18. Tawaran Awam Awal (IPO)
-Terbitan dua daripada tiga IPO terbesar di dunia – FELDA Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) dan IHH Healthcare Berhad (RM6.3 bilion)

19. Pasaran Bon dan Sukuk
- Rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit – Suruhanjaya Sekuriti
- Pegangan bon dan sukuk runcit oleh individu
- Potongan cukai dua kali bagi menerbitkan bon dan sukuk runcit
- Pengecualian duti setem ke atas surat cara dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
- Potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun bagi terbitan AgroSukuk

MENGGALAKKAN AMANAH PERNIAGAAN
20. Pengendalian perniagaan melalui Amanah Perniagaan
-Layanan cukai sama seperti syarikat
-Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah

21. Tambahan peruntukan modal Danajamin -­‐ RM400 juta; 2 tahun
-Merancak penerbitan bon dan sukuk oleh syarikat

22. Penubuhan Yayasan Pasaran Modal -­‐ RM 100 juta
- Pembangunan modal insan bagi industri sekuriti

23. Tun Razak Exchange (TRX)
- TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menawakan 40 ribu peluang pekerjaan
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX)
- Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee
- Pengecualian cukai bagi pemaju hartanah

24. Pembangunan Wakaf Korporat
-Merangka Pelan Induk Wakaf Korporat – JAWHAR bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri

PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA
25. Projek MRT -­‐ sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera

26. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank -­‐ RM 1 bilion

27. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
-Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Disember 2013
-Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
-Meningkatkan kelayakan pemegang syarikat sehingga RM20 juta

28. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
-Peruntukan 2013: RM350 juta , termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India

Intipati Belanjawan 2013 Fokus 1-5


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.

Belanjawan yang dibentangkan Najib yang juga Menteri Kewangan itu juga bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 berjumlah  RM251.6 billion di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Belanjawan bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" itu bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.
Najib berkata pada 2013, berdasarkan persekitaran ekonomi global yang dijangka lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara diunjur berkembang lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus.

"Julung kalinya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal dijangka melepasi paras RM1 trilion," katanya.

Belanjawan 2013


Semua dah maklum dan dah tengok pun Belanjawan 2013 dibentangkan tadi oleh PM kita.. ada tak yang menarik yang dapat mengurangkan beban kita rakyat Malaysia selain dari Penjawat Awam? hurmm.. bertuah org2 gomen ni kan.. dah lah faedah banyak, dapat lagi bonus 1 bulan setengah gaji.. huhu.. kayo kayo!!!.. time BR1M pun depa dapat jugak.. benci!! jeles akak!..

Oh yer.. nanti akan ada BR1M 2.0 .. dan ada peruntukan untuk ORG BUJANG der!!!!  beruntunglah sapa jadi orang bujang time ni.. dengan gaji bawah 2k, dorang boleh mohon dapatkan BR1M 2.0 ni.. sah sah dapat RM250.. korang orang bujang jangan lupa mohon.. mulai November ni korang dah leh mohon.. secara ONLINE atau datang terus ke pejabat Lembaga Hasil dalam Negeri seluruh negara...

Lagi apa yang menarik Bajet 2013 tadi?  bagi BB1M pula, program itu akan diteruskan, kepada setiap penuntut Institusi Pengajian Tinggi dan pra-universiti... nilai baucar ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250,.. jangan tukar kepada wang tunai & beli benda lain yer dik hihi..

Ada lagi?? banyak lagi yang menarik dan yang tak menarik huhu.. esok boleh beli surat khabar k.. semua tertulis kat situ..


Wednesday, September 26, 2012

Sarapan oh sarapan..

Jom layan gambar menu2 sarapan yang menjadi pilihan keluarga saya dalam 2 minggu ni.. mood ke laut pulak nak tulis panjang2 pagi ni.. adehhh.. :)

 Kueteaw Goreng .. terbaik minggu lepas

Nasi Lemak + Sambal Telur + Ayam Goreng Berempah

 Roti Canai Segera + Dalca

 seronok tengok kakak mira ngan abg asyraaf
berselera makan roti canai ngan dalca


Sosej + Telur Mata.. menu paling simple

so mana satu pilihan hati uols hihi.. saya suka kueteaw tu.. walaupun takde kerang tapi tetap mengancam..

Friday, September 21, 2012

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh 2013


Permohonan dan dibuka.. bagi murid2 darjah 6 tahun 2012 yang belum memohon bolehlah mohon masuk ke Sekolah Berasrama Penuh 2013 secara online.. tapi bagi sesetengah sekolah macam sekolah anak saya, pihak sekolah awal2 dah edarkan borang biru untuk diisi..tak kisahlah.. janji mohon k.. Klik SINI atau sini Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia atau taip http://www.moe.gov.my/ untuk memohon.

Wednesday, September 19, 2012

Resepi Agar-agar

Resepi agar-agar ni saje saya letak sini untuk rujukan saya pada masa akan datang.. bukan tak tau nak buat kalau takde resepi tapi sukatan tu tak tepat.. kadang2 agar-agar hasilnya agak keras, kadang-kadang lembut sangat la pulak.. maklumlah, buatnya bukan selalu.. tu tak ingat sukatan hihi..

Agar-agar Gula Melaka @ nama lain Agar-agar Santan @ Agar-agar Lumut ni saya buat ahad lepas.. Agar-agar Sirap Rose pula saya buat semalam.. cuaca kat KL sekarang ni panas kan.. elok sangat saya sejukkan tekak suami ngan anak-anak dengan agar-agar ni.. dorang pun suka.. :)

Kalau ada kawan-kawan nak cuba, silakan..

sedap dan lemak..

plain, bila sejuk nyaman jer masuk ke tekak..

Agar-agar Gula Melaka

  • 1 paket agar-agar tali (20gm)
  • 1200 ml air
  • 1 cawan santan pekat + 650 ml air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam

 Cara membuatnya:
  • Masak air dalam periuk hingga mendidih.
  • Basuh agar-agar, masukkan ke dalam periuk tadi dan masak hingga agar-agar betul-betul cair.
  • Masukkan gula, gula merah, dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Tapis agar-agar dan masukkan kembali ke dalam periuk.
  • Didihkan kembali dengan api sederhana.
  • Campurkan santan + 650ml air, telur dan sedikit garam. Kacau sebati.
  • Tuangkan campuran santan ke dalam periuk dan kacau selalu sehingga nampak santan seolah naik macam lumut.
  • Tuang dalam loyang atau acuan yang disukai. Biar sejuk diluar seketika sebelum masukkan dalam peti sejuk. 

Agar-agar Sirap Rose

Bahan-bahannya:
  • 1 paket agar-agar tali (20gm)
  • 2.1 liter air 
  • 1 1/2 cawan gula
  • 3 sudu sirap rose
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam
Cara memasaknya:
  • Masak air dalam periuk hingga mendidih.
  • Basuh agar-agar, masukkan ke dalam periuk tadi dan masak hingga agar-agar betul-betul cair.
  • Masukkan gula, sirap rose, sedikit garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Tapis & tuang dalam loyang atau acuan yang disukai. Biar sejuk diluar seketika sebelum masukkan dalam peti sejuk. 

Monday, September 17, 2012

Bayaran Masuk ke LEGOLAND

Sekarang ni semua orang bercakap tentang Legoland.. almaklumlah baru dirasmikan semalam kan kan.. tapi saya nak bagitau siang2 lah kan.. bagi yang poket tak mewah sangat macam saya ni hihi kalau nak ke sana, baik plan dulu betul2.. bukan apa.. serba serbi di sana adalah MAHAL.. biasa lah tu kan.. kalau nak beli tiket pun ada cara nak dapat tiket murah sikit berbanding beli kat kaunter kat sane nun.. caranya dengan beli secara ONLINE..

Tiket dewasa kalau beli baru RM105 berbanding harga kat sana RM140.. beza banyakkan.. haaa.. tu pasallah kena plan betul2 dulu k..jom kita check harga tiket Legoland Malaysia..

Tiket (1Hari)                          Harga Kaunter                           Harga Online
Dewasa (12-59)                       RM  140                                      RM 105
Kanak2 (3-11)                          RM 110                                      RM  75
Warga Emas (60+)                   RM  110                                     RM   75

Kalau macam saya.. anak ada 4 org.. yang twin tu sahihlah FREE kan hihi... sebab bawah umuq.. 2 lagi tu sorang 12 tahun, sorang lagi 5 tahun.. pastu saya ngan asben.. jom kita check berapa kosnye..

Dewasa 3 x   RM 105
Kanak2    x    RM  75
Total:             RM 390




oh yer.. kanak2 umur 12 tahun di kira harga DEWASA ok.. hihi.. adehh.. anakandaku asyraaf dah dewasa rupanya hihihi..tapikan.. jimat banyak kalau beli ANNUAL PASS/PASS TAHUNAN -sah 1 tahun dari tarikh beli.. hari2 pun boleh pegi Legoland.. harga macam beli 2x ke sana padahal UNLIMITED.. kalau yang berjiran dengan Legoland ok kot hihi..

Tu belum masuk lagi penginapan.. hurmmm.. makan lagi.. kurang2nya kalau nak holiday ke sana kena ado RM1k.. baru selesa berholiday kan kan..

Pada mereka yang dah ke sana.. mesti 1 pengalaman indah kan.. Legoland Malaysia tuuu.. jom layan gambar yang kawan saya snap kat sana..

LEGOLAND MALAYSIA

opening semalam..

ramainye..

mahkamah kat dataran merdeka

 tengok org dlm tu.. dah macam GIANT jer hihi

  macam pameran jer kan kan

oh yer kata kawan saya, kalau adult yang sukakan cabaran xbrapa best.rides dia semua biasa je... tp kalau bawak kids mmg syurga la bagi diorang.. so dont expect yang lebih2 k hihi.. ada banyak lagi gambar2 yang menarik.. nanti berjela pulak entry ni hihi.. oklah.. selamat berjimba yer..


Friday, September 14, 2012

Syukur Asyraaf dah habis UPSR

Hari ni saya masak pulut kuning dengan kari ayam tanda kesyukuran anakanda saya yang sulung asyraaf habis UPSR dengan kesihatan yang baik.. risau sangat sebab adik2 dia semua sakit mata silih berganti.. lepas sorang sorang.. takut menganggu tumpuan dia jer nanti.. tapi alhamdulillah dia xde apa2.. syukur alhamdulillah.. jom layan mata.. yummy!! :)



Monday, September 10, 2012

Bloglist HASRULHASSAN.COM | 200 Blog Terawal Sahaja!

Tadi masa bw, ternampak 2,3 blog yang ada entry cam atas ni.. macam menarik jer.. so saya pun terus klik link ke blog tersebut.. hurmm.. dalam hati tertanya2 gak.. siapa HASRULHASSAN ni.. so lama gak lah saya menelek blog saudara Hasrul tu.. banyak info2 dan tips2 berblog yang menarik ada kat blog saudara Hasrul tu..

Saudara Hasrul ni ada wat segmen 200 bloglist terawal.. teringin gak nak join.. tapi ada gak syarat2nya.. ala mudah jer syaratnya.. kalau berminat jugak leh la ke HASRULHASSAN.COM


Sunday, September 9, 2012

UPSR selasa ini

1 hari jer lagi.. risaunya..


"Ya Allah, aku mohon kepadaMu, berikanlah kesihatan yang baik kepada anakandaku asyraaf, terangkanlah hatinya, berikanlah ketenangan kepadanya dan permudahkanlah untuknya menjawab kesemua soalan peperiksaan UPSR nanti. amin."

Monday, September 3, 2012

Cek Nuffnang Dah Sampai

Alhamdulillah.. ni kira wit raya lah ni hihi.. walaupun bukan ribu riban tapi ok arr.. alhamdulillah.. adalah juga sesuatu dari nuffnang kan kan kan.. :P .. lama gak tunggu.. sebulan lebih arr baru sampai.. apa2 pun saya nak ucap terima kasih kat nuffnang atas kiriman cek tersebut dan atas pemberian iklan BE tempoh hari.. kalo xde BE, bukan takleh dapat.. tapi jenuhlah nak tunggu tabung tu penuh..lambat banyak hihi..


note: nuffnang, saya nak BE lagi..pls :)  .. bosan ar takde BE ni.. x meriah.. bagi ek.. tq :p


Sunday, September 2, 2012

Bisnes OpenHouse

Fuh.. dah banyak hari gak tak update blog ni.. 3,4 hari ni bz sikit.. selain bz memenuhi jemputan openhouse n makan2 kat rumah adik2 dan teman2 saya jugak lately bz ngan tempahan muffin, lollichoc dan kuih muih untuk openhouse.. alhamdulillah.. buat bisnes kecik2 jer.. :)

Kalau ada yang berminat nak order, silalah.. jangan malu2 k.. :) .. saya baru jer buka 1 blog baru untuk saya highlight kan apa yang saya jual/ambil tempahan.. baru jer.. ada yang lom update.. x sempat hihi.. kalau free nanti jalan2lah ke blog Choco Little House ek..

 Set Nasi Tomato

Kuih Muih


Kat bawah ni kira jenis2  tempahan yang saya ambil untuk openhouse...

Muffin 
  • Coklat
  • Blueberry
 Kuih Muih (Top 3)
  • Kasui
  • Popia Goreng
  • Karipap Kentang
Nasi Tomato bersama:
  • Dalca Sayur
  • Ayam Masak Merah
Pemanis Mulut
Jelly Kelapa


Harga: Sangat berpatutan.. :) boleh tengok kat SINI

Iklan