Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, December 31, 2012

Yuran PASTI

Alhamdulillah hajat saya nak anak perempuan saya sekolah tadika kat PASTI tercapai juga.. jumaat aritu saya tak sabar2 call tadika islam tu.. bercakap dengan Cikgu Zahra.. bila cikgu kata masih ada kekosongan untuk murid 6 tahun, suka nya saya.. tak sabar2 saya nak ajak asben pegi daftar cepat.. bukan apa.. takut penuh la pulak nanti kan.. hhihi

Lepas jumaat, saya ngan asben call lagi sekali bagitau yang kami nak ke sana untuk daftar.. zaaaassss haritu juga terus daftar hihi.. yuran takdelah mahal sangat.. sebulan RM135 .. below budget kitorang :p oklah..

Jom semak yuran penuh PASTI IBNU SINA ni..

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN DAN YURAN PASTI IBNU SINA SESI 2013
  1. Sukatan pelajaran adalah mengikut sukatan PASTI PUSAT MALAYSIA.
  2. Umur kelayakan pelajar adalah 3,4,5 dan 6 tahun
  3. Waktu belajar adalah selama 4 jam dari pukul 8.00 pagi hingga 12 tgh.
  4. Hari persekolahan adalah 5 hari seminggu iaitu Isnin hingga Jumaat
  5. Pelajar hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam PASTI semasa belajar.
  6. Bayaran yuran bulanan selama 12 bulan diwaktu cuti sekolah adalah diwajibkan.
  7. Segala kemusykilan dan pertanyaan bolehlah diajukan kepada pihak pengurusan PASTI IBNU SINA. 
         En Abu Bakar : No tel:016-223 2718 email;abubakrun@yahoo.com.my atau
         Pn. Zahrah      : No tel:019-734 1103

     8. Kadar yuran adalah  seperti berikut:

BilPerkara4thn-12thn3,4,5thn6 thn4,5 thn 6 thn
1.Pendaftaran Tahunan Pelajar Baru
100100

2.Pendaftaran Pelajar Lama


4545
3.Bulanan (Pasti) + (iqra')
135135135135
4.Buku teks & buku kerja
48404840
5.Pakaian sepasang (1 set)
35353535
6.Peralatan sukan
100100100100
7.Bag sekolah
xx2828
8.Pakaian sukan
35353535
9.Penyampaian sijil (ihtifal)
x20x20
10.Sukan tahunan
50505050
11.Buletin & kertas peperiksaan
25252525

Jumlah
528545501513
12.Transit (1ptg - 2ptg) 150



13.Bulanan Mengaji (4thn ++++) 30



14.Smart Pasti (2.30ptg-4.00ptg)175175175

15.Pra Tahfiz70



16.Kupiah / Tudung8




Jumlah
703700


hahaha.. full version.. so mana2 parent yang plan nak hantar anak2 ke PASTI tahun 2014 dah boleh plan dah.. dah boleh bajet kan.. kalau ada perubahan harga pada masa akan datang rasanya takdelah lari banyak kot.. masih boleh bajet.. Alhamdulillah saya dah bayar yuran semua.. nanti bayar duit bulanan jer.. RM135 sebulan.. harap mira happy dan belajar elok2.. esok2 boleh dia ajar adik2 dia si hazim ngan haziq tu.. mesti comelkan.. hihi..

note: tak sabar tengok mira gi sekolah pakai tudung.. :D

Friday, December 28, 2012

Belum Daftar Tadika 6 tahun

Aduh.. hari makin suntuk.. tinggal berapa hari jer lagi sesi persekolahan 2013 nak mula.. tapi mira belum ada sekolah nak di tuju.. kami masih mencari.. dan tercari2 tadika yang sesuai untuk mira.. dan sesuai dengan bajet saya dan asben hihi.. tahun ni mira sekolah kat Tadika Jasmani, Taman Dato Senu .. bukan tak mau sambung kat sana untuk tadika 6 tahun ni tapi rasanya macam nak berubah angin la pulak..

Puas menggoogle tadika di sekitar bandar baru sentul dan taman dato senu.. tapi tak banyak yang paparkan detail tentang tadika dorang.. kalau yang detail macam Smart Reader Kids, The Little Caliphs tu ader lah.. mak aii.. tak mampu lah nak bayar yuran sebanyak tu.. kalau setakat RM150 sebulan masih boleh tanggung lagi.. ni sah-sah RM200/RM300 plus plus.. huhu.. xpelah.. cari jer tadika yang lain kan.. :p org kata, kalau nak berbelanja tu ukurlah kain di badan sendiri kan kan hihi..

Kenapa tak pegi jer Tabika Kemas? huhu soalan yang tak berapa gemar nak jawab.. rasanya takyah jawab lah kot hihi.. jangan tanya tau sebab takde jawapan.. :D

Hurm.. nampaknya susah2 cari, ke tadika lama lah yer kakak mira.. mama tak larat dah nak menggoogle.. ok kan sekolah tu.. ada monkey bar.. kan kakak suka panjat memanjat.. kawan2 lama pun ada.. sekolah yang menjadi kenangan buat Arwah Sarah Khadijah ..

Anak dara saya ni dah bosan nak gi sekolah lama.. dia nak gi sekolah lain pulak.. tu la pasalnya.. kalau dah sekolah rendah esok masih bosan2 pasal sekolah memang lah nak kena kan kan .. mama garang ni hihi..

Esok kena buat keputusan juga.. dan daftar as soon possible .. tak boleh tangguh2 dah.. tapi dalam mencari2 tu saya sangat tertarik dengan Tadika Pasti.. anak saya 6 tahun, harap belum terlewat untuk dia bertatih belajar ilmu agama.. saya dah google.. esok nak call.. harap masih ada kekosongan.. amin.


Monday, December 24, 2012

BARAKA KAPSUL HABATUSSAUDA KEMBALI!!

 
TERBARU!!! Dah sampai... BARAKA KAPSUL HABATUSSAUDA

Kesan pergolakkan yang berlaku di Mesir, hampir 2 bulan kami menanti stok baru Baraka.. Hari ini Baraka Kapsul Habatussauda kembali ke Malaysia..dapatkan dengan segera sementara stok masih ada..

Untuk mengetahui khasiat Habatussauda boleh klik SINI atau di FB Baraka Kapsul atau Google saje khasiat habatussauda.. pasti akan bertemu kepelbagaian khasiatnya.

ATURAN MAKAN
1 kotak mempunyai 24 biji gel.
Dewasa: 1-2 biji gel, 3 x sehari
Kanak-kanak: 1 biji gel, 3 x sehari

CARA PEMBAYARAN
Maybank Transfer/Bank in

CARA PENGHANTARAN/PENERIMAAN
1. Self Collect : Area LRT Sentul Timur/ Komuter Sentul @ tempat2 yang dipersetujui bersama.
2. POS - postage bergantung kepada kuantiti order.

Sila sms atau call kami di talian 012-3637531 (Yus) untuk maklumat lanjut. Terima kasih kerana berurusan dengan kami.

Saturday, December 22, 2012

Ribena Fresh Strawberry

Tengah2 malam layan Ribena Strawberry.. bukan ribena strawberry yang dah siap bancuh tu, ni Ribena Fresh Strawberry..  air tangan encik asben.. kalau buat air yang macam ni memang encik asben pakar.. tq dear :) .. memang fresh rasa ribena ni.. sedap sangat.. cara bancuh pun senang jer.. klik SINI untuk lihat resepi nya.. lepas minum ribena ni terus segar mata saya.. kalau tak aduhai tak larat nak buka mata nak layan si kembar adik yang takmo tido lagi tu..


jemput minum :D

Sunday, December 16, 2012

Semakan dan Cetakan Tawaran ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh

Kepada pelajar2 cemerlang UPSR 2012 yang ada buat permohonan ke sekolah berasrama penuh, boleh semak keputusan permohonan anda di laman moe.gov.my mulai hari ini.. semoga berjaya!


Dimaklumkan juga oleh seorang teman, jika nama anda telah disenaraikan menerima tawaran di mana2 SBP, anda tidak akan ditawarkan ke sekolah MRSM.. so jangan tolak peluang yang diberikan ok..

Sunday, December 9, 2012

Cek Nuffnang Dis 2012

Alhamdulillah .. minggu lepas sampai juga yang ditunggu2.. meski pun tak banyak, xpe.. rezeki santai namanya ni.. tayangan cek di sini bukan untuk menunjuk tapi sekadar pembakar semangat kat adik2 yang kukenali yang baru berkecimpung dalam dunia nuffnang..

Terima kasih kat Nuffnang atas pemberian cek ni.. dan terima kasih sekali lagi atas penambahan BE terkini.. tq tq :) .. jangan putuskan BE saya yer hihi.. love u :D


Friday, December 7, 2012

Inilah Jantung Hati Mama & Abah

Tetiba rasa teringin pula nak wat entry pasal anak2 saya.. rasanya jarang sangat saya bercerita tentang mereka.. maybe sebab dorang ada blog sendiri kot so semua cerita tentang anak2 saya ni, saya kumpulkan kat situ.. dalam satu blog Cerita Tentang Kami ..


Inilah buah hati saya.. yang sulung anak bujang saya.. saya panggil acap.. nama sebenarnya asyraf.. sangat ringan tulang membantu saya menjaga adik2 nya.. baru habis UPSR.. dan sangat mendengar kata.. alhamdulillah...

yang ke-2 pula merupakan nak perempuan tunggal saya amira.. dah perempuan sorang, manja lah sikit kan.. tapi suka buat memek muka kat adik kembarnya.. selagi adik2 tak ketawa, selagi tulah dia takkan putus asa sampai adik2nya ketawa.. kerajinan ikut mood :) ..

dan si comel berdua tu.. amir hazim & amir haziq pengarang jantung saya.. sekarang dah berusia hampir 7 bulan.. kembar tak seiras.. mempunyai karekter yang berbeza.. si abg agak cergas berbanding si adik.. adik ni manja sangat.. adik tidur siang, berjaga malam.. abg tidur malam berjaga siang hihi.. lain kan..

walau macamana susah saya menjaga mereka, saya tetap bahagia.. melihat anak2 gembira buatkan hati saya turut gembira..

semoga anak2 mama menjadi anak2 yang baik, soleh dan solehah, hormat mama ngan abah sepanjang hayat kami, hormat semua orang, berilmu, beramal, dan berpendapatan tinggi bila besar nanti agar dapat membantu insan2 lain yang memerlukan. amin yarobballalamin.

Thursday, December 6, 2012

Borong di hari akhir MAHA 2012

Ahad lepas, hari last MAHA 2012.. geramnya saya tak dapat nak join asben ngan biras saya gi shopping kat MAHA.. kalaulah ada yang sudi jaga si wiwin tu.. awal2 lagi saya dah ajak asben ke sana.. last day shopping memang best la kan.. harga memang gila2 turun.. saya pesan ngan asben belikan durian mousang king lagi tapi malangnya pukul 5 lagi durian dah CLEAAARRRR!!!... asben gi MAHA kol 6.30 petang.. so tengok orang kemas booth jer lah yer hihi..

Tapi asben sempat gaklah belikan mak saya pokok limau purut.. alahai comel jer pokoknya... tapi sangatlah lurus asbenku ini.. sepokok tu jerlah yang dibelinye.. untuk rumah sendiri, nan ado ok.. adoiiiii... kena pesan sejibik sejibik lah asbenku ini.. tapi.. bab satu lagi ni asben memang 1st class.. hihi.. seperti yang diidamkan pada awal MAHA aritu.. DOUBLE SIDE PAN .. dalam genggaman tangan hihi.. made from KOREA.. tak sama macam pan yang tengah popular kat Malaysia sekarang ni ok.. yang ni sangat2 berkualiti dan yang penting tahan lama..




dan dah kalau otak bisnes, bisnes juga.. sempat lagi bincang bisnes dengan owner Korea Double Side Pan tu.. terbaikk!! .. so pada yang berminat.. mai order mai.. harga? boleh tahan..  jangan dibanding pada harga, tapi banding pada kualiti masakan dan kualiti produk ok..

dan sebelum melangkah pulang, asben dan biras saya singgah ke booth negara China pula.. dorang siap borong kain pasang lagi.. asben saya sambar 3 pasang kain dan birasku memborong 6 pasang kain.. dasaatttt.. lembut dan chatekk kain2 tu semua.. harga? rahsia hihi.. harga disebalik tirai.. harga rakan2 booth tak sama dengan harga pelanggan2 yang lain.. anyway.. tq yer.. :)

Wednesday, December 5, 2012

Shopping @ MAHA International 2012

Dah hampir seminggu cerita tentang MAHA terperuk dalam lappy ni tak dipublishkan.. malas la pulak nak menaip.. hari ni baru teringan sikit jemari ni nak mengetuk keyboard lappy kesayangkan saya tu hihi.. kalau penyakit m datang menyerang, memang takleh nak wat apa2.. :D

Siapa gi MAHA aritu? yang berlangsung dari 23hn Nov hingga 2 Dis 2012.. saya sempat lah juga ke sana dengan asben & biras saya.. dan anak2 saya hihi.. wiwin tu pun saya heret sama jugak.. geramnya saya tengok kat kawasan pokok2 orkid yang depa jual tu.. kalaulah rumah saya ada halaman luas, nak jer saya beli.. tapi apakan daya dok umah bertingkat ni, lantai org punya, dinding pun org punya.. semua berkongsi.. so tengok ajer lah yer..

Lepas tu lalu pulak kat kawasan org jual durian.. makk oiiii harum semerbak bau durian tu.. mula lah hati ni menggeletek nak beli durian, nak beli durian, nak beli durian.. alhamdulillah encik asben faham isi hati isterinya ketika itu.. kata encik asben "balik nanti kita lalu sini balik k.. kita beli mousang king!!!!" wow!! mousang king u!!! i loike!! tq dear.. dalam hati terusik curiga kejap "jangan tak jadi beli sudah!" hihi

Perjalanan diteruskan.. kali ni saya dibawa mendaki bukit sejauh hampir 100 meter.. uwaaaaaa.. dengan kepayahan saya jalan perlahan2 sambil dukung si kembar abg.. si kembar adik dah ke depan dengan biras saya.. dan akhirnya sampai juga kami kat atas.. kat Dewan C .. kat dewan tu semua booth2 International.. sejukkkk dewan tu.. hilang penat mendaki bukit tadi.. kat Dewan C ni ada adik ipar saya buka booth Thailand.. dorang pamerkan Baja Tawan Dang dari Thailand.. siapa nak cuba baja dari Thailand ni atau nak info pasal baja ni leh gi kat SINI ok.. baja ni memang terbaik lah..hasil buah-buahan nye fuhhh... gemukz2 belaka.. tau tau jerlah buah dari siam camner rupanya kan..


posing dalam Dewan C.. mai petik mai..

lepas ronda2, saya sempat lagi membeli belah sikit produk2 IKS ni.. dan dalam kepenatan tu tetap ingatkan encik asben.. "mousang king yer bang".. hihi.. dan alhamdulillah.. encik asben belikan 7 biji mousang king dengan harga RM9/kilo.. dan destinasi terakhir malam tu, kami singgah makan kat Restaurant Hadramawt kat Bangi.. eh eh.. pastu sempat lak singgah kat homestay adik ipar saya dengan kawan2 dia

Iklan