Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Saturday, October 13, 2012

Kata Doktor, Potassium Saya Rendah

2 hari lepas saya gi klinik ada date dengan doktor.. doktor baca kan result ujian darah yang saya kena buat bulan lepas.. suspen pun ada.. dengan teliti saya mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulut doktor zam aritu.. kata doktor tahap kolesterol saya ok.. alhamdulillah.. tahap gula saya pun ok.. alhamdulillah cumaaa.. aduhh.. ada cuma la pulak.. cuma tahap potassium saya jer rendah.. tak sepatutnya potassium saya ni rendah sangat.. 2.4 jer.. tahap normal 3.5.. terdiam saya kejap.. memula yang bermain difikiran.. "potassium tu apa?" satu2 soalan saya ajukan.. doktor jelaskan kat saya itu ini begitu begini dan last sekali.. "nanti makan ubat dalam sebulan, kita bagi appointment datang balik klinik buat ujian darah lagi".. haaa.. cucuk lagi??? adehhhh.. xpelah nak wat camner kan.. cucuk pun cucuklah..

Tadi saya menggoogle maklumat tentang kurangya potassium.. adalah sikit maklumat yang saya dapat.. xpelah.. nanti jumpa doktor saya tanyakan lagi sampai saya puashati..

Inilah info yang saya dapat tentang potassium.. ada berkaitan dengan buah pinggang .. klik sini untuk penjelasan seterusnya..

Apakah potassium dan apakah fungsinya di dalam tubuh anda?

Potassium adalah mineral di mana fungsinya untuk mengawal fungsi urat saraf dan otot.Satu daripada otot yang sangat penting iaitu jantung,berdenyut dengan rentak yang normal adalah disebabkan oleh potassium.Selain itu potassium juga diperlukan untuk menjaga keseimbangan cecair dan elektrolit dan juga tahap pH.
Untuk memastikan agar potassium melakukan fungsi-fungsi ini dengan baik,tahap darah mestilah dijaga supaya berada diantara 3.5 dan 5.5 mEq/L.Buah pinggang membantu untuk memastikan agar potassium berada pada tahap yang normal.Ini kerana sekiranya potassium berada pada tahap yang tinggi atau rendah ianya boleh mendatangkan bahaya.

Bagaimana saya boleh tahu apakah potassium saya berada pada tahap yang tinggi atau rendah?

Potassium Rendah
Kandungan potassium datangnya dari sumber makanan kita.Buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan ke dalam urin untuk membantu mengekalkan tahap potassium yang normal di dalam darah.Oleh kerana kebanyakan makanan kita mengandungi potassium,potassium rendah (hypokalemia) jarang berlaku kepada mereka yang mengamalkan pengambilan diet yang sihat.Pengambilan makanan yang kurang zat,muntah dan cirit-birit yang berlebihan,dan mengambil ubat-ubatan tertentu seperti deuretik boleh menyebabkan berlakunya potassium kepada anda.
Beberapa kesan akibat potassium rendah ialah:
  • Otot menjadi lemah
  • Kekejangan
  • Kebingungan
  • Masalah dengan koordinasi otot
  • Denyutan jantung menjadi tidak teratur
  • Jantung gagal berfungsi
Masalah potassium rendah jarang berlaku kepada mereka yang gagal fungsi buah pinggangnya kerana  buah pinggang telah kehilangan kemampuan untuk menghilangkan potassium.Ujian darah akan dilakukan bagi membantu doktor untuk memastikan tahap potassium.

10 comments:

Akak Kembang said...

1st time tau jugak ni kak atie

atieaizam said...

@Alin Marlini: tu ar.. akak pun sama.. risau jugak ni..

Dayang Deno said...

ptassium rendah? deno skrg potassium tahap yg normah.. kalau rendah, biasanya deno makan pisang dan anggur... durian pun tinggi potassium... :)

caliph shuriken said...

noted.. cmtu rupanya ^^

Unknown said...

ayie pernah dengar pasal potassium nih...

rupa2nya begitu kepentinganya pd tubuh badan manusia... :)

semoga atie akan betul2 sihat..insya Allah

Unknown said...

potassium ni sejenis elektrolit dlm badan..penting sgt utk degupan jantung...selain potssium,dalam badan kita ade sodium yg jugak penting dlm badan..mmg la..kalau tinggi sgt pon tak boleh..sbb boleh menyebabkan degupan jantung terhenti...so semua bahan2 ni kene dlm keadaan yg normal :) jaga makan k..

Unknown said...

Assalammulaikum...sy jga mmpunyai masalh yg sma potassium dlm badan x normal..dengupan jantung sy x normal..skrg nie mmg mkn ubat yg doktor bgi..sy nak tnya xda nafsu makan, muntah2, mual, pening kpala tu normal x lpas mkn ubat??..

atieaizam said...

@Comie Mye

Waalaikumussalam..
Mmg sebelum ni degupan jantung sy tak stabil.. kadang2 laju.. tapi skrg dah ok.. sy amalkan makan pisang 1biji sekali seminggu.. sy x boleh makan pisang byk sbb sy ada kencing manis.. alhamdulillah sebiji pun byk membantu sy.. masa sy dibekalkan dgn ubat yg doktor bagi, alhamdulillah sy xde alami simptom yg macam sis cakap tu.. mungkin ubat x sama.. sis cuba refer balik pada doktor.. sy doakan sis Comie kembali sihat hendaknya..amiin .. jgn stress k..

wani said...

as slm sis atie.nk tny.mcm mn dgn masalah hypo K.Da ok ke?

atieaizam said...

@wani

wsalam wani.. alhamdulillah skrg akak tak pernah lagi kene hypo..akak cuma jaga makan ubat.. ubat kene makan ikut waktu yg ditetapkan..

Iklan