Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, June 4, 2012

Jom Belajar Buat Dadih

Ni bukan aku yang masak.. almaklumlah dalam pantang, kena jadi pemerhati jer.. ni semua adik iparku si Farah yang buat.. Amalina pun ada datang membantu semalam.. dorang nak sediakan 400 biji dadih untuk tetamu Majlis Aqeqah nanti..

Aku tak penah buat dadih ni.. tapi tengok cara buatnya.. senang jer.. hurmm.. leh cuba nanti.. Jom sapa yang nak mencuba.. bahan2nya dan cara membuatnya ada kat bawah ni ok.. :)



Bahan-bahan:

1 tin susu cair
3 liter air
1 1/2 cawan gula
1 packet serbuk dadih perisastrawberi/coklat


Cara Memasak:
  1. Campurkan 3 liter air dan 1 1/2 cawan gula di dalam periuk.
  2. Tambahkan 1 tin susu cair, masak hingga mendidih.
  3. Padamkan api dan masukkan serbuk dadih perlahan-lahan dan kacau hingga sebati.
  4. Tambah gula buah-buahan malik yang ada dalam packet serbuk dadih dan kacau lagi 2-3 minit.
  5. Tuangkan dalam acuan dan sejukkan..
Note: 1 packet boleh dapat 40 bekas dadih saiz kecil.. cubalah..

2 comments:

hunnyAPIS said...

sedapnyerr...nak 1..:)

~emi~ said...

Saya suka makan dadih. Tapi tak pernah buat sendiri. Balik kampung cuti sem nanti nak try buat la :)

Iklan