Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, February 1, 2011

Aku @JB Part1

Sepatutnya ini n3 semalam.. tapi aku tertido awal pulak.. penat sikit sebab dok 6 jam dalam keter tak keluar2.. mana taknye, perjalanan balik dari JB semalam sepanjang jalan diiringi dengan curahan hujan lebat, macamana nak keluar.. nak benti minum2 pun malas.. nasib sebelum gerak balik kami dah makan kat UTM.. cousin yang drive tu pun terpaksa menahan kebosanan sebab kena drive sekitar 100km/jam.. adakala jalan kat depan tak nampak, bahaya kalau drive laju2.. Alhamdulillah kami selamat sampai umah dalam kol 8.00 malam..

Alhamdulillah juga sebab kesihatan aku nampaknya semakin pulih.. kat JB pun aku takde lah rasa pening2 sangat atau rasa lemah2 badan.. dan aku harap next trip aku ke JB juga takde masalah besar..insyallah.. ini pun berkat doa dari kawan2 jugak.. terima kasih semua :)

Kat UTM aku menginap kat Scholar's Inn, dalam UTM.. cantik gak apartment 2 bilik tu.. fully aircond.. harga pun murah.. RM100/apartment.. kalau org luar RM150.. aku dah siap2 booking untuk 6 trip lagi.. aku ingat aku jer yang wat mcmtu.. rupa2nya ramai yang lagi advanced. apartment tu dah hampir fully booked.. sabo jer lar.. hehe.. so skrg ni aku ngah berperang ngan tesis.. so nampaknye aku terpaksa menjarangkan diri untuk BW.. tapi bila aku free, aku jenguk korang ekk.. sayang korang.. :) .. jom layan sekeping 2 gambar nih..

sempat lagi bergambar kat library..


ngan member2 bilik depan..
gambar ni di'snap'kan oleh anak dara aku.. mira :)

5 comments:

munna said...

takde rempuh mana2 banjir ke atie.. dekat johor kan tgh banjir skrg ni

atie aizam said...

@munna: masa kami kat sane banjir ontheway nak jadi,. so kami takde lah terperangkap kat mane2.. tapi ptg tu tengok sungai2 tepi jalan dah melempah2.. sesetengah kawasan rendah air dah naik.. nasib highway tinggi..

- GC - said...

skudai tak banjir kan? segamat terukkk

atie aizam said...

@-GC-: kawasan sya gi tu kawasan bukit sikit kot.. sya tak nampak pun banir area tu.. segamat teruk? awak hati2 yer..

Adem and Cats said...

best nya jalan2..

ademncats

Iklan