Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, December 26, 2016

BAHAYA PAYWAVE DEBIT KAD BARU

TIPS ELAK HILANG WANG DARI KAD DEBIT BARU
.
.
Bermula 1.1.2017 semua kad debit dan kredit hanya akan gunakan sekuriti PIN menggantikan tandatangan.
.
Bagi yang dah tukar ke Debit Kad yang baru, anda perasan tak dalam kad baru telah ditambah fungsi Contactless Transaction (Paywave) yang membolehkan transaksi TANPA masukkan SEKURITI PIN untuk belian RM250 kebawah.

Dengan Contactless Transaction, anda hanya perlu sentuhkan kad pada terminal dan duit anda akan ditolak dari akaun. Nilai maksimum untuk setiap transaksi adalah RM250. (Amount Bank Standard Chartered)

Bayangkan kalau anda ada 4 kad debit yang baru dari bank yang berlainan, anda akan kehilangan RM1000 jika wallet anda hilang atau dicuri.

Bagaimana nak atasi masalah ini?

Perkara pertama setelah dapat kad debit yang baru

1. Hubungi pusat servis bank yang mengeluarkan kad debit anda dan bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan mereka

2. Minta mereka berikan amount Contactless Transaction untuk kad anda.

3. Minta pihak bank hapuskan atau kurangkan nilai Contactless Transaction kad anda.

4. Pihak bank akan mengambil masa 3 hari waktu bekerja untuk kemaskini sistem ini.

5. Hubungi pihak bank selepas 3 hari untuk pastikan Contactless transaction telah dihapuskan atau nilai telah dikurangkan.
.
Bagi aku biar leceh sikit kena masukkan sekuriti pin bagi setiap transaksi daripada tau tau duit susut dalam akaun tanpa kita sedar. RM250 kecil bagi sesetengah orang tapi besar bagi aku.
.
Benda ni penting bagi aku dan aku rasa dah jadi tanggungjawab untuk aku share benda ni pada orang lain.

Please share kalau rasa bermanfaat untuk kawan-kawan lain.

Assalamualaikum

Anwar Badroldin

#kredit to Anwar Badroldin

Sunday, December 25, 2016

DOA KAN AKU YA KAWAN

Ya Allah.. Kau tenangkan lah hatiku ini.. Kau permudahkanlah urusanku.. Kau murahkanlah rezeki buatku sekeluarga..amiin

Yupp.. malam ni hati aku betul2 tak selesa.. meronta ronta.. kacau bilau.. dok pikir je dari tadi.. boleh ke aku???

Kenapa aku tak buat je.. Kenapa aku perlu malu? Aku ada masalah modal ke?? Modal boleh cari.. tapi kenapa??? Kenapa teragak2.. aku yakin pelan2 InsyaAllah aku boleh.. aku boleh!! aku boleh!! tapiii.. kenapa mesti ada TAPI??

Aku nak meniaga.. aku nak sgt jual laksa resepi mak.. dulu laksa mak popular .. laksa che'som ..

Kawan2 yg ada membaca entry Ni mohon doakan aku berjaya utk mula kan yang aku impikan ye..  terima kasih .. sayang korang..


Thursday, December 15, 2016

SOGO DAH ADA AH CHENG LAKSA

Best best best!! Lepas ni klau ngidam laksa ahcheng.. gi sogo jer..

Saturday, December 3, 2016

MAHA 2016 BAJA TAWANTEK TECHNOLOGY

Ni kali ke-2 encik asben turut serta memeriahkan MAHA 2016.. encik asben buka booth bersama kawan dia.. abgman.. tapi hari ni encik asben baru dapat pegi sana.. dah beberapa hari berehat kat rumah je.. ni semua angkara BISUL .. kesian dia .. berdiri sakit, berjalan sakit, duduk lagi sakit.. so baring je lah..

Nanti kite share gambar2 kat booth encik asben ye.. encik asben membawa masuk produk BAJA.. tahun sebelum ni baja jugak.. sape sape yang ada tanaman, kebun, pokok bunga yang perlukan baja, dijemput ke booth encik asben.. booth TAWANTEK kat HALL C .. BOOTH E24.. dengar khabar dari abgman, hari pertama baja yang dipek kecil habis.. sold out.. sampai yang utk display pun habis.. mudah2an tanaman saudara saudari yang membeli baja kami tu mengeluarkan hasil yang baik..

Anda MESTI cuba baja TAWANTEK ni tau.. baja inovasi terbaru yang anda pasti tersenyum lebar tengok hasil tanaman anda nanti.. Mari-mari.. rugi tak datang.. event sampai 11hb.. tapi harap stock baja mencukupi sehingga hari penutup.. jumpa di sanaaa..!!!
#bajatawantek
#bajatawantekmaha2016

Monday, November 28, 2016

ANUGERAH CEMERLANG 2016

Alhamdulillah.. tahun ni sekali lagi kakak berjaya naik pentas utk ambik hadiah..
Alhamdulillah.. wlpun kakak agak frust sbb x capai target yg dikehendakinya tapi mama tetap bangga dgn kejayaan no.6 terbaik dari keseluruhan darjh 3.. paling penting result exam akhir byk peningkatan.. semoga terus berjaya dan jadi ank yg baik..amiin

Friday, November 4, 2016

BISUL PARACUT

Kesian kat anak saudara ku.. Isha.. mklong tengok gambar pun dah seriau.. kat kepala kot.. dia baru discaj smlm.. kata maknye tu bisul paracut.. pada yg nak tau bisul paracut tu apa hihi boleh google la ye.. semoga isha cepat sembuh..amiinn 

DAH BALIK MUKA ADA MANIS

Sebulan lebih mak ke Pokok Sena.. mak gi rumah adikku.. alhamdulillah hari ni mak kembali ke rumah kesayangannya.. rumah yg dirindui sgt2.. hari2 kol nak balik KL hehehe.. cemoiiih dok kedah lama2 kta nye..

Mlm ni mak dah boleh tidur lena la.. dapat balik bantal busuk dia..

Mak balik naik ets dri Alor Setar.. ditemani adik aku Sue.. seronok tapi lenguh kaki katanye naik ketapi tu.. boleh tahan gak hga nye.. Alor Setar - KTM KL rm77 seorang.. klau aku anak ramai ni.. hmmm sgt mahal kot hehe..

Wednesday, November 2, 2016

KINETIC SAND MURAH

Ralit oiii.. anak2 dah tak cari hpon dah.. asik nak main pasir je .. selain menguji kreativiti anak2, bermain pasir juga boleh merehatkan mata, mengurangkan risiko anak2 mendapat rabun klau asyik dgn hpon je.. seronok tau layan anak2 main pasir ni.. boleh ajar mcm2 bentuk..


Kinetic sand ni x bahaya.. tak melekit.. senang nak kemas, cantik, ada mcm2 kaler tau.. 1 set 1 kaler.. set ni sekali dgn tray n accessories.. harga pun tak mahal.. klau COD rm35 jer utk 1 set.. cod kat stesen lrt sentul timur je.. 

Mai la dptkan 1 set Kinetic Sand ni.. sebelum cuti sekolah ni kan, mommy dah standby mainan utk anak2 agar mereka ada aktiviti nanti.. klau berminat, boleh order melalui wtsap 0123637531 ye.. 

Sunday, October 30, 2016

ZARA AISYAH DAH SETAHUN

30.10.2015... setahun yang lalu.. terasa lagi tangan yang menolak, menarik.. terasa lagi jahitan itu.. masih terbayang kesakitan itu.. aduuhhhhh zara.. sakitnya mama ketika melahirkan kamu sayang.. bius habis tapi jahitan belum siap.. yang aku ingat ketika itu hanya menyebut Allah.. selesai mengeluarkan dirimu sayang, mama di tolak ke wad.. malangnye mereka letak mama di wad yang salah.. aduhaiii.. ikut kata abah, lama abah tunggu.. abah pun dah risau.. bila tanye nurse.. nurse kata mama dah selesai.. dah selamat.. mungkin di tolak ke unit rawatan rapi.. abah dah tengok wajahmu sayang.. alhamdulillah zara dah ditolak ke wad.. cuma mama je yang tak sampai2.. kenangannnn.. dah lah.. tu semua dah berlalu.. mama bersyukur melahirkan dirimu.. comel sangat.. akhirnya kakak mira ada teman.. AINA ZARA AISYAH .. alhamdulillah..

Hari ni.. zara dah setahun.. dah pandai berlari.. zara mula belajar jalan masa umur 8 bulan.. 9 bulan dah berjalan.. kedek kedek zara berjalan hihi.. cuma satu je mama sangat susah hati kat zara ni.. bab makan.. zara tak macam abang2 n kakak.. cukup senang makan.. zara ni dah lah susah makan, bila makan sikit sangat pulak tu.. haiii zara.. awak dah la comel.. makin comel la badan tu sayang..

Mama doakan zara menjadi anak yang solehah, sayang mama, abah, abg2 & kakak, sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, berjaya di dunia & akhirat. Aamiinn Yarabbal Alamin.

Friday, October 21, 2016

SOGO BUKA 5 CAWANGAN BARU

SOGO yang dah bertapak di Kuala Lumpur semenjak 1994 (22 tahun) akhirnya bakal bukak bukan 1 tapi 5  cawangan di seluruh Malaysia dlm masa 4 tahun...

Tahun dpn..2017 start kat JB.. so mesti org JB suka kan kan..

Tempat lainnye..

1.SOGO Paradigm Mall, Johor Bahru - 2017
2.SOGO Central i-City Mall, Shah Alam -2018
3.SOGO Paragon @ KL Northgate,  Selayang - 2019
4.SOGO Mayang Mall, Kuala Terengganu - 2019 /2020
5.SOGO Prai Mall,  Penang - 2019/2020

Happy Shopping semua Sogo Fans! :D

Thursday, October 6, 2016

UNDANG-UNDANG MEGGI

Selamat pagi semua.. 

Menu ku pagi ni.. bila tekak teringin jerrr baru layan megi ni.. makan pun kene tunggu anak2 gi sekolah dulu.. konon takmau anak2 makan megi hehe.. bukan tak bagi langsung.. boleh tapi bukan waktu sekolah & waktu periksa.. so nak mkn tunggu cuti sekolah.. hahahaha kejam tak..
Kalau bagi, hurmm mmg nak sgt la budak2 ni.. tu yg buat undang2 ketat sikit.. nasib anak2 tak membantah.. daku senang je.. daku ajar si abg dulu.. bila abg dah pass, nanti adik minta..abg akan ajar adik.. "tak boleh la dik, cuti sekolah nanti abg buatkan tau" bla bla bla.. ayat si abg .. berbunga hati ibu mendengarnye.. alhamdulillah..
Adoiii tgh menaip ni fening la pulak.. tu maleh mkn megi ni.. oklah nak tidur sat.. 

Saturday, October 1, 2016

FAMILY GATHERING CHAR KUE TEAW

Char kue teaw.. bukan tak biasa beli.. tapi sekali aku rasa char kue teaw maksu, aku terus jatuh hati.. jatuh hati kau.. bahan2 sama je dengan yang org jual tapi yang buat beza nye sos tu.. sos yang maksu guna tu bagi aku mmg sedap sangat.. sampai makan berulang2.. sos tu maksu order dgn kawan dia.. teringin nak dapatkan resepinye.. rasa2 kalau minta kawan maksu bagi ke ekk.. hehehe..



Bahan-bahan lain: Kue teaw, udang kertas, kerang (xde pun xpe), cili kering + bawang besar + bawang putih (blend), bawang putih, minyak masak, telur, taugeh, kucai

Cara membuatnya:
Anak bujang aku pun pandai hehe.. senang je..
  1.  Dalam kuali, masukkan sedikit minyak masak..
  2. Ketuk sebiji bawang putih, masukkan dlm kuali yang dah panas tadi..
  3. Masukkan 3 ekor udang, goreng balik2 kan bersama bawang putih tadi..
  4. Kemudian masukkan cili blend ikut pedas yang kita suka, tumis kejap..
  5. Masukkan sos char kue teaw secukupnya..kuatkan sikit api..
  6. Masukkan kueteaw & telur sebiji, kacau2..
  7. Akhir sekali masukkan taugeh & kucai.. aku masukkan last sbb nak makan rangup2.. 
  8. Kaup balik & angkat.. wow terangkat uuu!!
Boleh bukak kedai tak ekk.. hehe.. terbaik!!

Friday, September 30, 2016

CARA TUKAR KAD ATM MAYBANK SECARA ONLINE

Masih ingat lagi yang viral baru2 ni bahawasanya semua kad bank perlu ditukarkan kepada MyDebit / PayWave atas arahan Bank Negara Malaysia SEBELUM 1.1.2017?
Kad sekarang (yang TIADA perkataan "MyDebit / Paywave" sah digunakan sehingga hujung tahun ni saja).
Jika x ditukarkan, nak guna kad apa ye tak? Camne nak kuarkan duit kat atm?? pasal kad yang lama tidak boleh digunakan lagi pada tahun 2017..  pertukaran lps 1 jan 2017 tetap free ye.. kalau hilang baru kene bayor.. tapi korang keluarkan lah siap2 duit pada 31 Dis 2016 tu.. kalo tak nak makan ape hihihi..
Selain pergi ke kaunter, kita jugak boleh tukar kad di http://www.maybank2u.com.my/ .
Disini saya kongsikan step by step untuk tukar kad secara online. X sure bank lain ada jugak ke x.
- Tiada cas dikenakan
- Jimat masa
- Kad akan siap selama 14 hari bekerja.
- Selama 14 hari bekerja, kita masih boleh guna kad ni.
- Pihak bank akan poskan kad seperti alamat yang kita berikan.
P/s : Sy sudah.. awak dah ke belom?

Wednesday, September 21, 2016

ANDAINYA TAKDIR ANUAR ZAIN

Biarlah tiada pesan dan janji
Biar tiada kau di sisi
Aku mengerti

Seterdaya semampuku
Kucoba menunggu
Biarlah lompang hatiku ini
Mengharap pulang kau yang pergi

Kembalilah kepadaku
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu
Episod-episod duka, biar berlalu

Biarlah waktu ini
Kau bebas berlari
Jika tersasar hilang arahmu
Pulang ke pangkal ku menunggu

Kembalilah kepadaku
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu
Episod-episod duka, biar berlalu

Biar sementara ini
Tiada terisi kekosongan hati
Diriku air tenang mengalir tuju muara
Andainya memang takdir, berakhir, kuredha

Kembalilah di saat perlu
Episod-episod duka, biar berlalu

Ohhh..
😂😂😂😂😂😉 Layannnn

Friday, September 2, 2016

PERBEZAAN WHIPPING CREAM

Perbezaan Whipping Cream
Perhatikan betul betul setiap gambar di bawah. Jika nak beli patikan anda benar benar tahu apa yang anda beli.
Kek Coklat Ganache menunjukkan DAIRY WHIPPING CREAM - rasa susunya kuat (boleh di beli di pasaraya dan kedai bahan bakery)
KEK Krim Putih menunjukkan NON DAIRY WHIPPING CREAM - rasanya sedikit manis (boleh di beli di kedai bahan bakery sahaja)
Kredit: Chef Poji

ILMU FRESH CREAM TERBAIK

Dah lama cari ilmu pasal Fresh Cream ni.. alhamdulillah bertemu jua.. jom beginner.. kita hadamkan ilmu yang dikongsi bersama ni.. semoga owner dimurahkan rezeki hendakNya.. amiinn..

Cara Guna, Simpan, dan Warna Fresh Cream (Non-dairy whipping cream) 

   Post ini dibuat khas untuk orang yang tiada pengalaman langsung dalam menggunakan fresh cream (nama lain non-dairy whipping cream).  
Step-by-step cara mudah (bergambar) memukul fresh cream atau non-dairy whipping cream untuk tujuan hiasan kek. 

Selalu fresh cream didapati di bahagian freezer di kedai bakeri supplier dan berada dalam keadaan beku. Sebelum boleh menggunakan fresh cream ikuti beberapa langkah di bawah:   

1) Fresh cream yang dibeli biasanya dalam keadaan beku. Nyahbekukannya semalaman atau seharian di bahagian bawah peti sejuk jika ingin menggunakannya esok hari. Jika ingin menggunakannya pada hari itu juga, nyahbeku pada suhu bilik tetapi pastikan jangan sampai terlalu cair. Biar kotaknya masih sejuk (mungkin titisan air akan kelihatan di luar kotak) tetapi apabila digoncang tiada ketulan-ketulan besar kedengaran.   


2) Sangat penting: goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan cream dan air yang terdapat di dalamnya telah 'seperate' atau terpisah. Jika anda terus tuang dan pukul tanpa menggoncangkannya terlebih dahulu, berkemungkinan fresh cream anda akan lembik dan tidak kaku walaupun telah dipukul lama. Ada kemungkinan anda hanya menuangkan air ke dalam mixer dan bahagian creamnya tertinggal di dalam kotak.   


3) Tuangkan jumlah yang ingin digunakan sahaja ke dalam mangkuk mixer. Pastikan tidak melebihi kapasiti mangkuk mixer tersebut kerana fresh cream akan mengembang berkali ganda dari saiz (cecair) asalnya. Tuang 1/5 saiz atau 20% saiz mangkuk mixer anda.  


4) Sebaiknya simpan bekas mixer dan beaters (pemukul mixer) dalam peti sejuk hingga sejuk sebelum hendak memukul fresh cream. Ini kerana ia lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Gunakan mangkuk stainless steel (jika ada). Walau bagaimanapun mangkuk plastik juga boleh digunakan.   


5) Mulakan dengan memukul fresh cream pada kelajuan rendah. Perlahan-lahan tingkatkan kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas beberapa minit apabila fresh cream mula kelihatan pekat, perlahankan speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi 1C fresh, masa yang diambil untuk memukulnya hingga ke keadaan kental adalah lebih kurang 2 minit.   


6) Perhatikan fresh cream anda. Jika ia kelihatan halus tanpa buih-buih besar dan gebu ia sudah boleh digunakan serta tidak terlalu 'lembik' atau 'keras'. Fresh cream yang terkurang pukul akan kelihatan masih boleh mengalir dan lembik. Jika terlebih pukul ia kelihatan kasar dan sangat pekat (apabila cuba dilepa atau dipicit dengan nozzle dalam icing bag ia seperti terlalu berketul-ketul). Jika terkurang pukul, tambah lagi masa memukul. Jika terlebih pukul, tambah sedikit fresh cream (yang masih dalam keadaan cecair dari kotak) dan aduk hingga ia lebih cair.   


7) Fresh cream dalam keadaaan kaku (kental) boleh terus digunakan atau disimpan dalam freezer beberapa bulan (bergantung pada jenama). Kek yang dihias dengan fresh cream biasanya akan mula mengeras (hiasan fresh creamnya) selepas hari ke-3. Seeloknya hias sehari atau pada hari anda ingin menghidangkan kek tersebut (setelah beberapa jam disimpan dalam peti sejuk).   


8) Apabila anda ingin menggunakan fresh cream yang sudah di'freeze'kan, nyahbekukan fresh cream yang kaku tadi sebentar pada suhu, atau boleh juga dalam peti sejuk bahagian bawah.  


9) Fresh cream boleh diwarnakan setelah dipukul kaku. Sebaiknya guna pewarna gel atau jika tiada, pewarna cecair (pastikan jangan terlebih letak, takut kandungan cecair tinggi menyebabkan fresh cream lembik). Ambil kuantiti yang diperlukan dan titiskan beberapa titis pewarna dan kacau menggunakan sudu. Fresh cream yang sudah diwarnakan akan 'matang' atau lebih terang warnanya setelah ia disimpan beberapa jam/semalaman di dalam peti sejuk. 

Fresh cream kental yang dinyahbekukan kemungkinan akan sedikit cair. Jika ini berlaku, sebelum digunakan pukul dengan mixer sebentar hingga kembali kental. 

Fresh cream tidak sesuai untuk perjalanan jauh (contoh: perjalanan 5 jam dalam kereta) lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang terik. Paling jauh ia tahan (berdasarkan pengalaman customer) kek yang dihias dengan fresh cream adalah 3 jam dalam perjalanan dalam kereta beraircond. Juga pastikan cream yang digunakan adalah benar-benar non-dairy whipping cream dan bukannya dairy whipping cream. Dan pastikan creamnya telah dipukul hingga betul-betul kental untuk elak cepat cair. 

12) Untuk mendapatkan fresh cream yang licin dan tidak berlubang-lubang ketika melepa, pukul fresh cream dalam satu arah sahaja. Jangan pukul kiri-kanan kemudian atas-bawah. Pukul samada ikut jam atau lawan jam, 360 darjah, speed medium pada saat-saat akhir. Ini bagi mengelakkan kita memasukkan gelembung udara ke dalam adunan (sama seperti kita membuat buttercream, perlukan kesabaran). Apabila ia kelihatan sudah kental, gunakan speed paling rendah dan kacau perlahan. Tujuannya untuk menyebatikan kembali mana-mana gelembung udara yang terdapat dalam fresh cream tersebut.

13) Sekiranya cuaca ketika anda ingin memukul fresh cream tersebut agak panas, anda boleh meletakkan mangkuk mixer (pastikan ia besi/stainless steel) di dalam mangkuk yang berisi ketulan air dan ais. Ini akan mengekalkan suhu fresh cream supaya sejuk dan memudahkan ia dipukul dengan lebih baik. (Credit to Puteri Aida sebab beritahu pengalamannya pada saya.)

Credit buat Zack atas perkongsian ini..  http://zachoes.blogspot.my/

Thursday, September 1, 2016

SAMBUTAN HARI MERDEKA


Memenuhi permintaan anak daraku.. dgn tidur x cukup, badan yg penat, aku gagah juga la bersiap pagi tu.. nak tengok perbarisan merdeka katanye..

Sampai stesen lrt, aduhai dah sesak beratur beli tiket.. apa da.. bagi je la 1 day free utk rakyat malaysia sempena merdeka ni.. dekut toiii..  nak tak nak kene la beratur..

Kami turun kat stesen bandaraya je.. malas nak ke dataran.. kat sini pun okay.. perbarisan tamat kat sogo.. pbarisan tamat, kami ke sogo pulak hehe ..

Lepas mkn2 kami gerak balik..

Friday, August 26, 2016

CARA TURUNKAN PANAS ANAK DEMAM

Turunkan Panas Badan Anak Demam Dengan Hanya Guna Telur Rebus.. tak percaya?? Jom baca..

Kalau anak demam, hati ibu ayah mana yang tidak susah hati. Kasihan melihat si kecil merengek dan tidak aktif seperti biasa. Badan panas, hingus meleleh dan tekak sakit sebab batuk.

Selain membawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan perubatan, ibu tentu biasa membuat rawatan sendiri di rumah dengan menggunakan cara tradisional atau semula jadi.

Ada macam-macam petua dan kaedah rawatan semula jadi menurunkan suhu badan anak yang panas semasa demam telah dikongsikan sebelum ini dan salah satu cara rawatan yang mendapat perhatian adalah menggunakan telur rebus.

Eh! Telur rebus pun boleh kurangkan panas badan anak yang demam. Biar betul? Caranya mudah sahaja. Tak salah mencuba selagi ia tidak memudaratkan. Rawatan ini juga sesuai untuk orang dewasa.

1. Basuh telur dengan bersih dan rebus hingga masak sepenuhnya.

2. Kupas kulit telur dengan sebaiknya dan jangan sampai pecah.

3. Balut telur menggunakan napkin atau tuala bersih. Ketebalan kain untuk membalut berdasarkan suhu telur.

4. Golek-golekkan telur di seluruh badan anak yang demam terutama di kawasan yang panas. Golek selembut mungkin bagi mengelakkan telur pecah. Berbual dengan anak untuk memastikan dia boleh duduk diam sambil berdoa dalam hati supaya diberikan kesembuhan segera kepada anak.

5. Apabila telur sudah suam, boleh keluarkan daripada kain lapik. Anda akan nampak telur sudah mula menggerutu. Abaikan keadaan telur dan teruskan menggolek sampai telur sejuk (lebih kurang setengah jam proses menggolek telur).

6. Ketepikan telur dan biarkan telur dalam masa 10 hingga 15 minit. Kemudian pecahkan telur putih dengan berhati-hati. Anda akan nampak kuning telur menggerutu.

7. Sekiranya panas badan anak belum reda, boleh ulang lagi langkah-langkah di atas. Untuk kesan yang elok, telur itu makan lama makin kurang gerutunya. Anda boleh buat tiga kali rawatan dalam sehari.

InshaAllah dengan izin Allah SWT, selepas rawatan ini suhu badan anak akan normal kembali. Pastikan anda beri anak banyak minum air masak dan kerap mandikan dia.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Kredit: fb kelab pakar hamil
 

Wednesday, August 10, 2016

PINGAT PERTAMA MALAYSIA OLIMPIK RIO 2016

Tahniah!!! Malaysia boleh!!
Hehe.. bangga kot.. bukan senang nak dpt medal kat sukan Olimpik..
Tahniah buat Pandelela & Hoong Cheong.. 

Wednesday, July 6, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

Saya *YUS Faarysa Aizam & Seisi Keluarga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun & maaf atas segala dosa yang telah saya/kami lakukan samada yang saya sedari atau tidak, dari tutur kata, teks, gambar, perbuatan yang menyinggung perasaan semua samada dgn sengaja atau tidak sengaja. Moga ibadah kita semua sepanjang bulan ramadahan ini diberkati dan diterima Allah S.W.T.....In Shaa Allah_

*"Moga dipertemukan kita semua dengan ramadhan yang akan datang"*

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

* MINAL AIDIL WAL FAIZIN MAAF ZAHIR DAN BATIN*

Friday, June 24, 2016

KEDAI BAHAN BUAT KEK & BISKUT

Hari ni makpah baik hati.. makpah pulak.. semalam mak jemah.. tapi sedap gak..makpah hihi.. makpah nak senaraikan kedai bahan buat kek & biskut sekitar KL ni.. nanti klau ada kawan2 kat luar sana nak alamat makpah.. ehh alamat makpah watpe ye dak hahaha.. alamat kedai kek.,. boleh la mai sini.. moh kita merempit wat biskut....

Kedai 2ply Selayang (bersebelahan NSK Selayang)
No tepon kedai: 03-6137 3711

Kedai Bagus
214 -215, Jalan Negara 2, Taman Melawati, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 603 4161 3752
Fax: 603 4106 0688
Business Hours: 9:00a.m. - 7:00p.m. (Everyday & closed on selected public holidays)





Bake with Yen Chowkit
Korang boleh klik SINI.. makpah ada citer pasal kedai bake yen ni pjg lebor.. ada siap penunjuk arah lagi..


Lagi???? udah le tu.. ni pun jenuh nak cari.. hehe..
Nasihat makpah.. buat list sebelum ke kedai2 ni.. biasanya biasanya poket anda pasti lebih ringan klau dah ke sini..









Thursday, June 23, 2016

BAKE WITH YEN CHOWKIT WAKTU OPERASI BULAN RAMADHAN 2016

Hahaha.. berjela tajuk.. meh mak jemah nak kongsi lagi info pasal kedai bahan buat kek biskut paling popular seantero Mesia hehehe.. ramai nak tau kan kan spjg ramadhan ni.. pukoi berapa operasinye.. ahad bukak ke? kan kan kan..

Bukan apa.. semua pakat tahun ni nak buat beskut raya sendiri.. nak jimat selagi boleh iye dak? malas nak sembang pasal ekonomi skrg ni tapi tulah,. dgn gst, dgn brg naik harga.. dgn bla bla bla bla.. sedaya upaya mak jemah dgn kwn2 mak jemah nak berjimat.. betoi tak? moh kita ..





ni beskut mak jemah baru buat.. paling senang abad ini.. no bake bake.. just cairkan coklat dah gaul.. kasi masuk cup & tabur hiasan..siappp.. pastu sile sorok sebalang utk raya.. klau tak, habis dingap oleh anak2 ikan kaloi..

ok.. ni waktu operasi BWY time posa ni ye.. yeh yeah yeah ahad bukak!! hehe.. selamat semua..




Wednesday, June 22, 2016

BAKE WITH YEN CHOW KIT CUTI NUZUL QURAN 2016

Salam Nuzul Quran.. Selamat bercuti kepada semua yang bercuti hari ni...

Meh mak jemah nak bagitau.. hari ni.. hari ni.. kedai kek bake yen ni bukak tau cam biasa.. so korang korang korang boleh la gi shopping barang wat kuih ni.. pi la kol 9 pagi.. dijangka kesesakkan akan berlaku hari ni.. nasib aku dah borong lagi semalam hehe.. selamat shopping!!


Sunday, June 19, 2016

BAKE WITH YEN CHOW KIT


Bagi pembuat kek & biskut BWY atau Bake with Yen ni bukanlah nama asing bagi mereka.. aku mula kenal kedai kek ni menerusi adik aku.. klau tak aku pun tak tau kat mana lokasinye.. agak susah nak cari bagi beginner macam aku.. dulu la... skrg aku boleh dijadikan kaunter pertanyaan lokasinye.. xde hal.. hehehe..

Bake with Yen ni ada banyak cawangan.. ni aku cerita BWY cawangan Chow kit tau.. jangan pulak korang ingat ni tunjuk arah cawangan puchong.. sampai 7 keturunan pun x akan jumpa hahahaha.. paling senang korang kene cari MYDIN CHOWKIT.. mydin chowkit ni depan shell .. senang je.. ok.. dah jumpa MYDIN?? dah?? ok dah.. yg naik keter, sila ambil lane paling kanan.. lps mydin dan ke dpn sikit ada traffic light.. masuk susur kanan tu.. pastu bawa pelan2 sikit.. tengok belah kanan, ada parking lot.. masuk susur ke kanan lps parking lot tu.. senang citer.. pi lah parking kat situ.. sbb nak cari parking free mmg berpeluh la korang tunggu.. ok.. dah parking? ok.. korang tengok bangunan yg nampak sisi je.. belah kiri korang klau korang keluar dari parking tadi.. bangunan tu lah ada BWY ni.. klau time ni korang jumpa yang tak sepatutnya.. abaikan lah ye.. yang bawa abg tu.. kepit kuat2 hahahaha.. karang ada yg tawar cik abg something hahahaha..

ehh dah jumpa ke? belum?? tak jumpa?? ishh kesiannya.. cer ringan sikit mulut tanya kat abg jaga parking tu.. kompom dia tau.. bagi yang dah jumpa tu.. sy ucapkan Selamat Bershopping!! jangan rambang mata tau.. :)

ehhh lupa pulak yang berjalan kaki atau naik motor.. maap ye.. ok.. korang dah jumpa MYDIN? dok depan mydin skrg kan? ok.. nampak tak lorong tepi mydin tu.. ok.. korang masuk lorong tu.. terus je sampai jumpa jalan utama.. x jauh pun.. seminit dua je naik motor.. bukan lorong belakang tau hehe.. dah jumpa? ok.. buka mata besar2.. tengok belah kiri bangunan depan ko tu.. ada tak tertulis nama kedai ni BAKE WITH YEN.. jumpa?? ok.. Selamat ye.. selamatkan duit anda hahahaha..

Saturday, June 18, 2016

MOOD BUAT KUIH RAYA 2016

Alhamdulillah.. selain diberi kesihatan yang baik selepas 7 bulan melahirkan baby zara.. diberi juga mood yang sgt baik utk buat biskut raya hehe.. selalulnya mmg mood ke laut.,. beli je.. ada kala tu biskut apa pun xde.. sabar je la kan.. setakat ni aku dah buat biskut Chocolate Chip Famos Amos, Conflakes Coklat, Tart Nenas & Muruku sedap hihi.. nanti aku share resepinya.. sgt mabelesss.. terutama tart..

Iklan