Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, September 2, 2016

ILMU FRESH CREAM TERBAIK

Dah lama cari ilmu pasal Fresh Cream ni.. alhamdulillah bertemu jua.. jom beginner.. kita hadamkan ilmu yang dikongsi bersama ni.. semoga owner dimurahkan rezeki hendakNya.. amiinn..

Cara Guna, Simpan, dan Warna Fresh Cream (Non-dairy whipping cream) 

   Post ini dibuat khas untuk orang yang tiada pengalaman langsung dalam menggunakan fresh cream (nama lain non-dairy whipping cream).  
Step-by-step cara mudah (bergambar) memukul fresh cream atau non-dairy whipping cream untuk tujuan hiasan kek. 

Selalu fresh cream didapati di bahagian freezer di kedai bakeri supplier dan berada dalam keadaan beku. Sebelum boleh menggunakan fresh cream ikuti beberapa langkah di bawah:   

1) Fresh cream yang dibeli biasanya dalam keadaan beku. Nyahbekukannya semalaman atau seharian di bahagian bawah peti sejuk jika ingin menggunakannya esok hari. Jika ingin menggunakannya pada hari itu juga, nyahbeku pada suhu bilik tetapi pastikan jangan sampai terlalu cair. Biar kotaknya masih sejuk (mungkin titisan air akan kelihatan di luar kotak) tetapi apabila digoncang tiada ketulan-ketulan besar kedengaran.   


2) Sangat penting: goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan cream dan air yang terdapat di dalamnya telah 'seperate' atau terpisah. Jika anda terus tuang dan pukul tanpa menggoncangkannya terlebih dahulu, berkemungkinan fresh cream anda akan lembik dan tidak kaku walaupun telah dipukul lama. Ada kemungkinan anda hanya menuangkan air ke dalam mixer dan bahagian creamnya tertinggal di dalam kotak.   


3) Tuangkan jumlah yang ingin digunakan sahaja ke dalam mangkuk mixer. Pastikan tidak melebihi kapasiti mangkuk mixer tersebut kerana fresh cream akan mengembang berkali ganda dari saiz (cecair) asalnya. Tuang 1/5 saiz atau 20% saiz mangkuk mixer anda.  


4) Sebaiknya simpan bekas mixer dan beaters (pemukul mixer) dalam peti sejuk hingga sejuk sebelum hendak memukul fresh cream. Ini kerana ia lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Gunakan mangkuk stainless steel (jika ada). Walau bagaimanapun mangkuk plastik juga boleh digunakan.   


5) Mulakan dengan memukul fresh cream pada kelajuan rendah. Perlahan-lahan tingkatkan kelajuan hingga ke maksimum speed. Selepas beberapa minit apabila fresh cream mula kelihatan pekat, perlahankan speed mixer kepada sederhana (speed 4). Bagi 1C fresh, masa yang diambil untuk memukulnya hingga ke keadaan kental adalah lebih kurang 2 minit.   


6) Perhatikan fresh cream anda. Jika ia kelihatan halus tanpa buih-buih besar dan gebu ia sudah boleh digunakan serta tidak terlalu 'lembik' atau 'keras'. Fresh cream yang terkurang pukul akan kelihatan masih boleh mengalir dan lembik. Jika terlebih pukul ia kelihatan kasar dan sangat pekat (apabila cuba dilepa atau dipicit dengan nozzle dalam icing bag ia seperti terlalu berketul-ketul). Jika terkurang pukul, tambah lagi masa memukul. Jika terlebih pukul, tambah sedikit fresh cream (yang masih dalam keadaan cecair dari kotak) dan aduk hingga ia lebih cair.   


7) Fresh cream dalam keadaaan kaku (kental) boleh terus digunakan atau disimpan dalam freezer beberapa bulan (bergantung pada jenama). Kek yang dihias dengan fresh cream biasanya akan mula mengeras (hiasan fresh creamnya) selepas hari ke-3. Seeloknya hias sehari atau pada hari anda ingin menghidangkan kek tersebut (setelah beberapa jam disimpan dalam peti sejuk).   


8) Apabila anda ingin menggunakan fresh cream yang sudah di'freeze'kan, nyahbekukan fresh cream yang kaku tadi sebentar pada suhu, atau boleh juga dalam peti sejuk bahagian bawah.  


9) Fresh cream boleh diwarnakan setelah dipukul kaku. Sebaiknya guna pewarna gel atau jika tiada, pewarna cecair (pastikan jangan terlebih letak, takut kandungan cecair tinggi menyebabkan fresh cream lembik). Ambil kuantiti yang diperlukan dan titiskan beberapa titis pewarna dan kacau menggunakan sudu. Fresh cream yang sudah diwarnakan akan 'matang' atau lebih terang warnanya setelah ia disimpan beberapa jam/semalaman di dalam peti sejuk. 

Fresh cream kental yang dinyahbekukan kemungkinan akan sedikit cair. Jika ini berlaku, sebelum digunakan pukul dengan mixer sebentar hingga kembali kental. 

Fresh cream tidak sesuai untuk perjalanan jauh (contoh: perjalanan 5 jam dalam kereta) lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang terik. Paling jauh ia tahan (berdasarkan pengalaman customer) kek yang dihias dengan fresh cream adalah 3 jam dalam perjalanan dalam kereta beraircond. Juga pastikan cream yang digunakan adalah benar-benar non-dairy whipping cream dan bukannya dairy whipping cream. Dan pastikan creamnya telah dipukul hingga betul-betul kental untuk elak cepat cair. 

12) Untuk mendapatkan fresh cream yang licin dan tidak berlubang-lubang ketika melepa, pukul fresh cream dalam satu arah sahaja. Jangan pukul kiri-kanan kemudian atas-bawah. Pukul samada ikut jam atau lawan jam, 360 darjah, speed medium pada saat-saat akhir. Ini bagi mengelakkan kita memasukkan gelembung udara ke dalam adunan (sama seperti kita membuat buttercream, perlukan kesabaran). Apabila ia kelihatan sudah kental, gunakan speed paling rendah dan kacau perlahan. Tujuannya untuk menyebatikan kembali mana-mana gelembung udara yang terdapat dalam fresh cream tersebut.

13) Sekiranya cuaca ketika anda ingin memukul fresh cream tersebut agak panas, anda boleh meletakkan mangkuk mixer (pastikan ia besi/stainless steel) di dalam mangkuk yang berisi ketulan air dan ais. Ini akan mengekalkan suhu fresh cream supaya sejuk dan memudahkan ia dipukul dengan lebih baik. (Credit to Puteri Aida sebab beritahu pengalamannya pada saya.)

Credit buat Zack atas perkongsian ini..  http://zachoes.blogspot.my/

No comments:

Iklan